28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

JPSPN dipertanggungjawabkan menyelaras Pameran Kitar Semula dengan kerjasama Alam Flora Sdn.

Bhd. (AFSB) dan Danish International Development Assistance (DANIDA). Pelbagai aktiviti telah diadakan di

khemah Pameran Kitar Semula termasuk pameran oleh JPSPN, AFSB dan DANIDA. Pameran Kitar Semula

ini juga diadakan bersempena dengan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2008 di mana tarikh rasminya ialah

pada 11 November setiap tahun. Pelbagai aktiviti diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai

kitar semula seperti kaunter membeli barangan kitar semula oleh AFSB, permainan untuk kanak-kanak oleh

AFSB dan demonstrasi kraf tangan oleh Pertubuhan Mawaddah Malaysia serta demonstrasi pengkomposan

oleh CETDEM (sebuah pertubuhan NGO).

PROGRAM INISIATIF KOMUNITI PSP DENGAN KERJASAMA DANISH INTERNATIONAL

DEVELOPMENT ASSISTANCE (DANIDA)

Jabatan juga bersama-sama dengan DANIDA telah mengadakan beberapa siri program Inisiatif Komuniti

dan pendidikan mengenai PSP di peringkat PBT. Program sebegini dilihat dapat meningkatkan penglibatan

orang awam, terutamanya penerapan nilai-nilai positif dalam PSP.

• Bank Kitar Semula di Sekolah dan Aktiviti 3R di Kawasan Luar Bandar yang diadakan

di Peringkat Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Program Bank Kitar Semula di Sekolah ini melibatkan guru-guru serta 500 murid sekolah rendah

(Sekolah Kebangsaan Balik Pulau) dan 1,400 murid sekolah menengah (Sekolah Menengah Seri Balik

Pulau). Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk minat dalam kalangan murid-murid supaya

mengamalkan amalan kitar semula melalui Bank Kitar Semula yang disediakan.

Laporan Tahunan 2008

61

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!