28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan Perumahan Negara

Projek perumahan lewat ditakrifkan sebagai projek yang mengalami kelewatan dalam tempoh pembinaan

di mana perbezaan jurang kemajuan kerja sebenar di tapak berbanding jadual kerja yang ditetapkan

dalam Perjanjian Jual dan Beli adalah di antara 10% hingga 30% dan juga termasuk projek-projek belum

siap selepas tarikh yang ditetapkan di dalam Surat Perjanjian Jual Beli.

Projek perumahan sakit ditakrifkan sebagai projek yang mengalami kelewatan dalam tempoh pembinaan

di mana perbezaan jurang kemajuan kerja sebenar di tapak berbanding jadual kerja yang ditetapkan

dalam Perjanjian Jual dan Beli adalah melebihi 30%.

Kaedah Pemantauan Projek Perumahan Swasta

Modus operandi dalam memantau projek perumahan swasta adalah berdasarkan kepada penerimaan

Laporan Kemajuan Projek (7f) pada setiap enam bulan, mesyuarat berkala dan lawatan ke tapak projek

bagi pemajuan yang berstatus lewat dan sakit serta pemantauan terhadap akaun pemajuan perumahan

(HDA). Selain itu, untuk projek yang telah dua bulan memperolehi kelulusan lesen pemajuan perumahan,

BPPS mengadakan lawatan ke tapak projek atau mengarahkan pemaju menghantar foto kemajuan

projek yang terkini di tapak sebagai langkah awal pemantauan projek.

Pada tahun 2008, bilangan projek lancar bagi Setengah Tahun Kedua tahun 2008 yang berasaskan

Laporan 7f sesi 2/2008 (Julai – Disember 2008) adalah sebanyak 1,784 projek yang melibatkan 174, 169

buah unit rumah. Bilangan projek lewat bagi tahun 2008 yang berasaskan kepada Laporan 7f sesi 2/2008

(Julai – Disember 2008) adalah sebanyak 208 projek yang melibatkan 22,474 unit rumah. Manakala

bilangan projek sakit bagi tahun 2008 yang berasaskan kepada Laporan 7f sesi 2/2008 (Julai – Disember

2008) adalah sebanyak 216 projek yang melibatkan 43,944 unit rumah.

iii. Penguatkuasaan

Pengurusan Aduan Perumahan

Mulai 12 April 2007, KPKT telah meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966

[Akta 118] dan Peraturan-Peraturan bagi menjamin kepentingan para pembeli rumah dalam sesuatu

urusniaga jualan atau belian hartanah terbabit. Oleh itu, JPN menjangkakan peningkatan jumlah aduan

diterima daripada para pembeli. Saluran utama aduan-aduan perumahan yang diterima adalah seperti

berikut:-

i. Surat dan kaunter aduan ;

ii. Emel ;

iii. Biro Pengaduan Awam (BPA) ; dan

iv. Keratan akhbar.

Jenis-jenis aduan-aduan yang diterima oleh BP/JPN adalah meliputi aduan perumahan yang bersifat

teknikal dan bukan teknikal.

34 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!