28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

LATAR BELAKANG

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) diwujudkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

pada 24 Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Pada 18 Julai 1978,

berikutan penyusunan semula Kabinet organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian

Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di

bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.

Peranan utama JKT ialah untuk membantu dan membimbing PBT dalam menyediakan perkhidmatanperkhidmatan

perbandaran yang berkualiti, kemudahan-kemudahan awam, sosial dan rekreasi bagi memenuhi

keperluan penduduk serta meningkatkan peluang-peluang perniagaan. JKT melaksanakan tugas dan

tanggungjawabnya berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar dan

Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-Undang Kecil Bangunan

Seragam (UBBL), Undang-undang Kecil di bawah Akta 171 serta beberapa akta dan undang-undang kecil

yang lain.

JKT menjalankan peranan mengikut fungsi-fungsi berikut :-

i. Membantu membimbing dan menggalakkan PBT dalam merancang, mengawal dan melaksanakan

program-program pembangunan sosioekonomi dan perkhidmatan perbandaran ke arah pembentukan

masyarakat makmur, sejahtera dan berdaya maju selaras dengan matlamat pembangunan negara ;

ii.

iii.

iv.

Menentukan PBT wujud sebagai Unit-Unit Kerajaan Tempatan yang cekap dan berupaya dari segi

pentadbiran dan kewangan agar mereka dapat menyedia dan memberi perkhidmatan-perkhidmatan

yang moden dan bermutu untuk faedah dan kesejahteraan masyarakat tempatan yang ditadbirkan ;

Menentukan PBT dapat memainkan peranan yang aktif dan berkesan dalam pembangunan kawasan

bandar dan luar bandar melalui pelaksanaan projek-projek prasarana, perniagaan dan separuh

perniagaan dan menentukan aktiviti-aktiviti pembangunan di peringkat PBT dijalankan mengikut

kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru dari segi matlamat penghapusan kemiskinan dan penyusunan

semula masyarakat ;

Menentukan PBT dapat memainkan peranan sebagai Unit Pentadbiran Kerajaan yang berkesan dari

segi mendapatkan penyertaan serta penglibatan rakyat tempatan dalam hal ehwal tempatan ;

v. Membentuk dan menjadikan PBT sebagai pihak berkuasa perancangan yang berkesan, berkebolehan

dan cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna di peringkat tempatan dengan mengikut

perancangan yang baik dan sistematik bagi mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan bandar

dan luar bandar melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan ; dan

vi.

Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama yang baik di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan

Negeri dan juga agensi-agensi Kerajaan yang lain di semua peringkat dalam segala hal berkaitan

dengan dasar dan pentadbiran Kerajaan Tempatan.

44 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!