28.10.2014 Views

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

visi misi rasional kulit - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Dalam konteks ini, saya berpendapat kesungguhan dan semangat berpasukan yang diamalkan oleh

warga KPKT, sesungguhnya telah berjaya melakukan transformasi dalam segala aspek pengurusan

dengan baik. Komitmen yang diberikan itu dapat dibuktikan menerusi kejayaan meraih pelbagai

anugerah. Di antaranya KPKT menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK) 2008 dan

Anugerah Cemerlang Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia Terbaik 2007 (Tempat pertama

mencapai 5 Bintang). Dalam masa yang sama, Kementerian juga merupakan Kementerian pertama

yang telah memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 bagi keseluruhan proses kerja yang meliputi

kesemua 12 Bahagian/Unit di bawah KPKT. Siri kejayaan yang dikecapi ini membuktikan KPKT amat

komited dalam merealisasikan matlamat sebagai Kementerian No.1 bertaraf 5 Bintang.

Menyedari kesan urbanisasi, Kementerian akan terus memantau ke atas semua yang terlibat dalam

aspek perancangan khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), disamping itu meningkatkan keilmuan

pejawatnya dalam aspek kawalan pembangunan dan memastikan peraturan dan tatacara khasnya

dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, mesra dan mudah.

Kementerian menyedari akan kepentingan pelaksanaan ICT dalam meningkatkan prestasi penyampaian

perkhidmatan. Justeru itu, KPKT telah melaksanakan sistem ePBT Online dan OSC Online yang

berupaya meningkatkan prestasi PBT dengan mengamalkan tadbir urus yang baik, profesional dan

cekap bagi membolehkan orang ramai berurusan dengan lebih mudah. OSC Online membolehkan

maklum balas permohonan Cadangan Pemajuan dapat disampaikan secara tepat dan cepat. Begitu

juga ePBT merupakan kesinambungan daripada perluasan Sistem ePBT yang sedang dilaksanakan.

Kementerian prihatin kepentingan aspek keselamatan nyawa dan harta benda. Kementerian

menyarankan kepada warga Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia (JBPM) supaya konsisten

berkeadaan cergas minda dan sihat tubuh badan serta bersedia berkhidmat pada bila-bila masa demi

negara dan rakyat yang tercinta. Bagi memastikan JBPM terus relevan, pada tahun 2008 Kementerian

telah membelanjakan sebanyak RM432 juta untuk pembelian kelengkapan kebombaan bagi memastikan

tugas memadam kebakaran dan menyelamat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kementerian telah menerima peruntukan bagi tahun 2008 sejumlah RM2,693,732,010.00. Jumlah

peruntukan itu diagihkan untuk keperluan Program Pembangunan sebanyak RM1,719,206,010.00

dan Program Mengurus sebanyak RM974,526,000.00. Dari segi prestasi kewangan, KPKT telah

membelanjakan sebanyak 97.98 peratus untuk perbelanjaan Program Mengurus berbanding 79.34

peratus dibelanjakan untuk Program Pembangunan. Merujuk kepada prestasi fizikal, sehingga akhir

tahun 2008 sejumlah 369 (47.31%) projek siap sepenuhnya; sebanyak 347 (44.49%) projek masih

dalam pelaksanaan dan sejumlah 64 (8.21%) projek masih dalam perancangan.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada warga KPKT yang berusaha

gigih bagi merealisasikan harapan Kerajaan di sepanjang tahun ini. Kepada pembaca budiman,

kandungan Laporan Tahunan KPKT 2008 adalah merupakan catatan prestasi KPKT yang akan memberi

faedah kepada semua pihak yang berkaitan dalam membuat perancangan, penambahbaikan serta

pelaksanaan program dan aktiviti pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Laporan Tahunan 2008

7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!