12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

6. Majlis Daerah Penampang : Pengurusan Aktiviti Penguatkuasaan Undang-undangDan PeraturanAktiviti penguatkuasaan adalah penting untuk memastikan undang-undang dan peraturansentiasa dipatuhi oleh orang awam. Pada keseluruhannya, pengurusan aktivitipenguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang dijalankan oleh Majlis DaerahPenampang (Majlis) adalah lemah dan memerlukan penambahbaikan. Hasil pemeriksaan<strong>Audit</strong> di 67 premis perniagaan mendapati 32 kes perlanggaran undang-undang sepertiperniagaan tanpa lesen, lesen operasi tamat tempoh, peniaga tidak mematuhi syarat lesendan pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan. Hal ini menyebabkan kerugian hasildianggarkan sejumlah RM38,436 kepada Majlis dan RM8,020 kepada Kerajaan Negerisetiap tahun. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh Majlis berhubungpengurusan aktiviti penguatkuasaan ialah penyediaan perancangan, prosedur kerja,peralatan, jadual pemeriksaan ke premis perniagaan, penyelenggaraan rekod dan latihankepada kakitangan. Selain itu, penyeliaan dan pemantauan daripada pegawai kanansecara sepenuh masa serta khidmat nasihat daripada Kementerian Kerajaan TempatanDan Perumahan Negeri berkaitan perundangan juga perlu diberi perhatian.7. Majlis Perbandaran Sandakan : Projek Usaha Sama Sandakan Harbour SquarePada bulan April 2003, Majlis Perbandaran Sandakan (Majlis) telah menandatanganiperjanjian dengan Syarikat Ireka Charng Sheng Development Sdn.Bhd. bagimembangunkan pembaharuan bandar Sandakan dikenali Sandakan Harbour Square(SHS) melalui kaedah usaha sama dengan pihak swasta. Keseluruhan projekpembangunan SHS dianggar bernilai RM240 juta melibatkan kawasan seluas 12 ekarterdiri daripada tapak pasar lama seluas 2.32 ekar dan kawasan ditebus guna seluas 9.68ekar. Melalui pelaksanaan usaha sama ini, Majlis dijangka memperolehi balasan berupasebuah pasar umum, jeti ikan, open space, town square/esplanade dan I unit rumah kedai3 tingkat. Majlis telah mengambil keputusan menang-menang bagi kedua-dua belah pihakdalam menjayakan pembangunan ini. Projek pembangunan secara usaha sama ini berjayadan boleh dicontohi oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang lain. Pembangunan SHSmemberi imej baru kepada bandar Sandakan yang merangkumi pembinaan pusatkomersil, hotel dan kemudahan awam dan boleh menyumbang kepada pertumbuhanekonomi, sosial dan industri pelancongan di daerah Sandakan. Pembangunan ini jugaakan menjana hasil dan pendapatan Majlis melalui terimaan cukai pintu dengan terbinanyabangunan-bangunan komersil dan hotel apabila siap. Majlis telah memiliki bangunan pasarumum, jeti ikan, open space dan town square/esplanade tanpa mengeluarkanperbelanjaan untuk menjayakan pembangunan tersebut.ix

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!