12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ii) Pasar Umum, Pasar Ikan Dan Jeti ikanFasa 2 melibatkan pembinaan pasar umum, pasar ikan dan jeti ikan yangmerupakan balasan kepada Majlis. Mengikut klausa 8.1 (a), perjanjian usahasama, kos pembinaan pasar umum merangkumi pasar ikan dan jeti ikan ialahminimum RM20.7 juta yang dibina dan dibiayai oleh pemaju.● Pasar umum baru bagi menggantikan pasar lama Sandakan dibina dikawasan seluas 3.7 ekar, terletak di lokasi yang strategik keranaberdekatan dengan laut. Keluasannya 187,439 kaki persegi, meliputi pasarumum, pasar ikan dan jeti ikan dengan dilengkapi kemudahan yang moden,bersih dan reka bentuk yang terbuka. Pasar umum ini boleh menempatkan1,400 gerai serta pasar ikan yang terletak di tingkat bawah dan sebuahrestoran makanan laut yang terletak di tingkat 1. Pasar umum siap dibinapada 17 Ogos 2006 dan telah diserahkan kepada Majlis pada 18 Disember2006.● Pasar ikan mula dibina pada 1 Disember 2004 dan siap pada 30 Disember2005. Jeti ikan dan pasar ikan telah diserahkan oleh pemaju kepada Majlispada 23 Januari 2006. Keluasan jeti baru merangkumi 17,818 kaki persegiyang mana lebih luas dari saiz asal iaitu 14,152 kaki persegi. Perbezaan inidisebabkan kerja-kerja tambahan pembinaan dek kayu bagi kemudahanpemunggahan dan penurunan barang dari bot ikan. Kos pembinaan jeti ikanini juga merangkumi jumlah RM20.7 juta yang ditanggung oleh pemaju dantelah disiapkan pada 30 Disember 2005.● Tempat meletak kereta bersebelahan dengan pasar umum yang cukup jugadisediakan dan telah digunakan untuk kemudahan pengunjung. Inimembolehkan aliran keluar masuk kenderaan di pasar umum dan kawasansekitar lancar dengan adanya tempat letak kereta yang mencukupi dansistem jalan yang baik. Lawatan <strong>Audit</strong> pada awal tahun 2008, mendapatiopen space yang sepatutnya digunakan untuk penjaja telah digunakansebagai kawasan tempat letak kereta berbayar.Semakan <strong>Audit</strong> mendapati keluasan bagi pasar umum, pasar ikan dan jeti ikantelah menjadi 193,364 kaki persegi berbanding keluasan asal 187,439 kakipersegi iaitu lebih 5,925 kaki persegi menurut laporan dari Arkitek pemaju. Iniadalah kerana pengiraan pelan lukisan bagi pasar umum dan pasar ikanmempunyai pengiraan yang lebih terperinci jika dibandingkan dengan lukisankeseluruhan pelan kawasan pembangunan. Selain itu, perbezaan keluasan jetiikan adalah disebabkan kerja-kerja tambahan pembinaan dek kayu bagikemudahan pemunggahan dan penurunan barang dari bot ikan. Foto 157 dan158 menunjukkan pasar umum dan jeti ikanyang telah digunakan.291

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!