12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4. <strong>Jabatan</strong> Pengairan Dan Saliran: Pengurusan Projek Tebatan BanjirObjektif Rancangan Tebatan Banjir (RTB) adalah untuk memperbaiki sistem sungaisupaya kekerapan banjir di kawasan bandar dapat dikurangkan melalui pelaksanaanprojek yang telah dikenal pasti oleh <strong>Jabatan</strong> setiap tahun. Di bawah RMK-8 (2001-2005),JPS telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi program RTB bajetsejumlah RM35.60 juta untuk melaksanakan sebanyak 4 daripada 6 projek yang dimohonmanakala di bawah RMK-9 (2006-2010) diperuntukan siling sejumlah RM100.10 juta untukmelaksanakan sebanyak 13 daripada 15 buah projek yang dimohon. 3 projek adalahprojek sambungan dan 10 lagi adalah projek baru. Bagaimanapun daripada 13 buah projekitu hanya 3 projek sambungan yang dapat diteruskan kerana bajet yang diluluskan untuk10 projek baru sejumlah RM7.30 juta tidak mencukupi untuk memulakan projek. DaripadaKerajaan Negeri Sabah pula di bawah RMK-8, JPS telah menerima bajet sejumlahRM14.99 juta manakala di bawah RMK-9 diperuntukan siling sejumlah RM15 juta bagimelaksanakan projek RTB Sungai Telipok. Pelaksanaan projek tersebut yang memberimanfaat kepada penduduk sekitarnya, bagaimanapun kemajuan kerja terjejas keranamenghadapi masalah tapak. Di samping itu, bagi projek yang sedang dalam pelaksanaan<strong>Jabatan</strong> perlu meneruskan pemantauan yang baik untuk memastikan kelancaran projekdan spesifikasi kerja dipatuhi.5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar: Pembangunan Program PembasmianKemiskinanPembangunan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan melalui KementerianPembangunan Luar Bandar Sabah sebagai penyelaras program adalah bertujuan untukmengeluarkan golongan miskin tegar dari garis kemiskinan selaras dengan dasar dan halatuju <strong>Negara</strong>. Objektif utama pembangunan program ini adalah untuk mengurangkan kadarkemiskinan di Negeri Sabah kepada 0.5% dan kemiskinan tegar kepada sifar menjelangpenghujung RMK-9. Program pembasmian kemiskinan dilaksanakan melalui 3 programiaitu Program Peningkatan Ekonomi (PPE), Program Pembangunan Sumber Manusia(PPSM) dan Mini Estet Sejahtera (MESEJ). Berdasarkan 18 projek PPE yang dijalankanauditan, secara keseluruhannya pelaksanaan program pembasmian kemiskinan yangdijalankan adalah tidak memuaskan. Daripada 18 projek PPE itu, sebanyak 7 projek tidakberjaya, 4 belum siap dan 7 lagi masih beroperasi dan belum matang. Projek PembinaanPelantar Pengeringan Ikan masin di Sungai Pukul, Tawau bernilai RM132,133 merupakansalah satu projek PPE yang terbengkalai sejak tahun 2006. Terdapat kelemahan dalampematuhan pengurusan kewangan seperti contoh projek belum siap sepenuhnya tetapibayaran telah dibuat oleh Agensi Pelaksana. Manakala Agensi Pembimbing tidakmembuat pemantauan terhadap projek selain pemantauan oleh Kementerian adalahlemah.viii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!