12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

12.1.9 Kaedah PemantauanBagi memastikan program penyenggaraan jalan raya Negeri berjalan lancar,pemantauan akan dijalankan di peringkat Kementerian Pembangunan Infrastruktur, IbuPejabat Jabatan Kerja Raya dan Pejabat JKR Daerah. Mesyuarat di antara pegawaikanan dan Pengarah JKR diadakan mengikut keperluan untuk membolehkan sebarangmasalah yang dihadapi dapat dibincang dan diselesaikan bersama. Bagi kerja-kerjapenyenggaraan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi, pemantauan akan dilakukanoleh pihak JKR dengan melantik pegawai yang akan melakukan pemeriksaan terhadapkerja-kerja yang dilakukan. Laporan pencapaian setiap bulan akan disediakan olehsyarikat konsesi dan dikemukakan kepada JKR.Pada pandangan Audit, perancangan program penyenggaraan jalan raya adalahbaik.12.2 PELAKSANAANSesuatu program perlu dilaksanakan sebaik mungkin mengikut perancangan yangditetapkan. Pemeriksaan terhadap aspek pelaksanaan penyenggaraan jalan raya danjambatan Negeri mendapati perkara berikut:12.2.1 Dasar Program Penyenggaraan Jalan RayaDasar Kerajaan terhadap penyenggaraan jalan raya adalah untuk menentukaninfrastruktur yang diberi dapat dinikmati oleh rakyat bagi menjamin keselesaan dankeselamatan pengguna jalan raya. Semakan Audit mendapati JKR menetapkan misiuntuk menaikkan taraf pembangunan sosio-ekonomi dengan menyediakan prasaranayang teguh dan mantap. Selain berfungsi antara lainnya untuk menyenggarakemudahan infrastruktur, JKR juga menetapkan dalam piagam pelanggannya untukmenyenggara jalan raya dengan gangguan yang minimum supaya pengguna dapatmenikmati perjalanan dengan selesa dan selamat. Ini adalah sejajar dengan dasarKerajaan dalam memberi penekanan terhadap usaha menangani isu berhubungpenyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.Pada pendapat Audit, dasar program penyenggaraan jalan raya adalah baik dimana fungsi dan objektif Jabatan dinyatakan selaras dengan Dasar Negara sertaseiring dengan hala tuju Kerajaan Negeri.12.2.2 Garis Panduan Dan PeraturanGaris panduan dan peraturan yang berkaitan perlu dirujuk dan dipatuhi sebagaipanduan penyenggaraan yang efektif dan efisien. Garis panduan yang diterima pakaioleh JKR untuk penyenggaraan jalan raya dan jambatan adalah seperti berikut:a) A Guide On The Administration of Public Works ContractsPeraturan yang terkandung di dalam panduan ini antaranya adalah berkaitanpengurusan penyenggaraan jalan yang dilaksanakan oleh kontraktor.63

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!