12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

36.2 PELAKSANAANSemakan <strong>Audit</strong> terhadap pematuhan undang-undang dan peraturan serta pelaksanaanaktiviti penguatkuasaan mendapati perkara seperti berikut:36.2.1 Undang-undang Dan PeraturanUntuk penguatkuasaan yang lebih efektif, undang-undang yang digubal perlumencukupi, komprehensif dan kemas kini. Berdasarkan Seksyen 50 Ordinan KerajaanTempatan 1961, Majlis telah menggubal 22 Undang-undang Kecil pada tahun 1967hingga tahun 1987. Antara Undang-undang Kecil yang digubal ialah Undang-undangKecil (Perniagaan Berbahaya) 1978, Undang-undang Kecil (Hotel Dan Penginapan)1978, Undang-undang Kecil (Pasar) 1978, Undang-undang Kecil (Pub and Bar Lounge)1987 dan Undang-undang Kecil (Premis Makanan) 1978. Selain itu, Majlis masihmenggunakan Undang-undang Kecil (Bangunan) 1951 yang digubal semasa KerajaanColony of North Borneo untuk kegunaan semua PBT di Negeri Sabah pada masa itu.Majlis juga turut menguatkuasakan Ordinan Hiburan Awam 1958 untuk mengawalaktiviti perniagaan hiburan.Semakan <strong>Audit</strong> terhadap 2 Undang-undang Kecil iaitu Undang-undang Kecil(Perniagaan Berbahaya) 1978 dan Undang-undang Kecil (Bangunan) 1951 mendapatiUndang-undang Kecil tersebut belum pernah dipinda. Kadar lesen operasi bagibengkel kereta yang ditetapkan di bawah Undang-undang Kecil (PerniagaanBerbahaya) 1978 ialah RM60 setahun. Kadar tersebut adalah rendah berbanding kadaryang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan lain di Negeri Sabah seperti MajlisDaerah Papar sejumlah RM720 setahun walaupun bersebelahan sempadan. UndangundangKecil (Perniagaan Berbahaya) 1977 bagi Majlis Daerah Papar juga telah 3 kalidipinda iaitu pada tahun 1983, 1987 dan 1989. Manakala Undang-undang Kecil(Bangunan) 1951 pula digubal semasa Kerajaan Colony of North Borneo. MenurutPenampang District Council Instrument 1961, Undang-undang Kecil tersebut hanyaboleh dikuatkuasakan di kawasan bandar iaitu Donggongon, Kasigui dan Putatan dantidak meliputi kawasan perkadaran lain seperti kawasan perumahan dan komersialseperti Berverly Hills, Bundusan Plaza dan Pekan Koidupan. Majlis seharusnyamenggubal sendiri Undang-undang Kecil (Bangunan) berdasarkan kuasa di bawahSeksyen 50 Ordinan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah 1961 yang bolehdikuatkuasakan di seluruh kawasan perkadaran Majlis sepertimana Undang-undangKecil (Bangunan) 1983 bagi Majlis Daerah Keningau.Semakan <strong>Audit</strong> selanjutnya mendapati Majlis telah mencadangkan untuk mewujudkan4 Undang-undang Kecil baru iaitu Undang-undang Kecil (Tempat Letak Kereta),Undang-undang Kecil (Kerja-kerja Tanah), Undang-undang Kecil (MassageEstablishment) dan Undang-undang Kecil (Vandalisme). Perkara ini telah diluluskanoleh Jawatankuasa Ad-hoc Undang-undang Kecil Majlis pada bulan Oktober 2005 dandikemukakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri pada251

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!