12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

c) Pelantikan KontraktorProjek RTB Sungai Darau Pakej 1, 2 dan 3 ditawarkan kepada kontraktor yangdilantik melalui proses tender terbuka yang diiklankan dalam akhbar utamamanakala bagi projek RTB Sungai Telipok, kontraktor dilantik terus olehKementerian Kewangan Negeri Sabah. Tanggungjawab bagi menyediakan LaporanPenilaian Tender untuk semua tawaran yang diterima akan dilakukan olehJawatankuasa Penilaian Tender JPS mengikut peraturan kewangan yangberkuatkuasa. Jawatankuasa Penilaian Tender JPS ini akan membuat analisisterhadap kelayakan penender melalui tiga peringkat iaitu:i) Penilaian Peringkat PertamaPada peringkat ini antara perkara penting yang disemak ialah tender yangditerima telah mematuhi kesemua syarat tender yang dinyatakan di dalam iklandan disokong dengan dokumen-dokumen wajib seperti salinan akaun syarikatyang telah diaudit dan salinan penyata bulanan akaun bank mengenai wangdalam tangan penender. Mana-mana tawaran tidak mengikut peraturan tidakakan dinilai pada peringkat kedua.ii) Penilaian Peringkat KeduaPenilaian peringkat kedua antaranya adalah berkaitan dengan keupayaankewangan iaitu dinilai berasaskan sama ada modal pusingan mencukupi bagimembiayai projek-projek dalam tangan dan keupayaan teknikal yangberasaskan faktor-faktor seperti pengalaman kerja, kakitangan teknikal danperalatan asas.iii) Penilaian Peringkat KetigaPada peringkat ini penentuan tawaran adalah berasaskan kepada tawaran yangpaling menguntungkan dengan mengambil kira penilaian yang dibuat diperingkat pertama dan kedua.Laporan Penilaian Tender akan dikemukakan kepada Lembaga PerolehanPersekutuan Sabah. Penender yang dipilih akan diberitahu melalui surat tawaran.Perjanjian kontrak akan ditandatangani antara pihak Kerajaan dan kontraktor.d) Koordinasi Antara JPS Dengan Agensi LainKoordinasi dengan jabatan atau agensi lain amat diperlukan untuk memastikanprojek RTB ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Bagi melancarkan prosespelaksanaan projek RTB, koordinasi dengan agensi-agensi lain yang terlibatdilakukan dengan melibatkan mereka dalam mesyuarat yang diadakan dari semasake semasa. Mesyuarat tersebut adalah penting untuk menyelesaikan sebarangmasalah atau halangan yang timbul.148

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!