12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDARPEMBANGUNAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN26. LATAR BELAKANG26.1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) ditubuhkan pada 17November 1995 dan bertanggungjawab atas semua aktiviti dan program yang berkaitandengan pembasmian kemiskinan. Mengikut bancian pada tahun 2004/2005, seramai19,534 KIRT telah berdaftar dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) dan layak menerima bantuan. Bagaimanapun, berdasarkan pendaftaran terbukasehingga 30 September 2007, terdapat seramai 21,514 keluarga miskin tegar di Sabah.Miskin Tegar didefinisikan sebagai golongan yang mempunyai Pendapatan GarisKemiskinan (PGK) makanan dan mengikut PGK makanan kaedah tahun 2005, gariskemiskinan bagi Negeri Sabah ialah RM503 sebulan. Oleh itu, isi rumah yang mempunyaipendapatan kurang dari RM503 sebulan adalah tergolong sebagai miskin tegar. Mengikutrekod bancian tahun 2002, kadar kemiskinan di Negeri Sabah masih lagi tertinggi diMalaysia iaitu sebanyak 16%.26.2 Program Pembasmian Kemiskinan ini dilaksanakan melalui 3 program iaitu ProgramPeningkatan Ekonomi (PPE), Program Pembangunan Sumber Manusia (PembangunanInsan) dan Mini Estet Sejahtera (MESEJ). PPE adalah projek kecil-kecilan yang tertumpukepada bidang pertanian, perikanan dan penternakan haiwan. Program ini dilaksanakansama ada secara individu atau berkelompok. Manakala PPE yang berasaskan ternakanlaut dan pengkulturan rumpai laut pula dikenali sebagai MESEJ Atas Air (MAA) di manapenempatan peserta disediakan. Kedua-dua program dirancang boleh memberi pulangandalam masa 6 hingga 9 bulan selepas projek dilaksanakan. Program PembangunanSumber Manusia (PPSM) pula merupakan asas penting untuk membolehkan Ketua IsiRumah (KIR)/Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar dan miskin mengubah sikap, memperbaikikehidupan dan berdikari di samping menerima dan mendapat manfaat daripadaprogram/projek pembangunan pembasmian kemiskinan yang disertai. Program inidilaksanakan melalui Kursus Pemulihan Sikap KIR/AIR dan Kursus Latihan dan KemahiranKIR/AIR. Manakala Mini Estet Sejahtera (MESEJ) merupakan projek baru yang diwujudkandalam RMK9. Program ini bertujuan untuk membantu Ketua Isi Rumah Miskin Tegar(KIRMT) meningkatkan pendapatan melalui pelaksanaan projek ekonomi yang berdayamaju dan menghasilkan pengeluaran yang tinggi berasaskan tanaman utama iaitu getahdan kelapa sawit. Program MESEJ adalah terdiri daripada aspek pembangunan ekonomidan pembangunan sosial. Semua pengurusan dan kos pembangunan ekonomi MESEJdibiayai oleh Kerajaan Negeri. Manakala kos pembangunan sosial iaitu keperluanpenyediaan asas seperti infrastruktur dan utiliti disediakan oleh Kerajaan Persekutuanmelalui Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS).185

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!