12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

kepada sifar menjelang penghujung RMK9. Bagi mencapai sasaran tersebut,Kerajaan Negeri akan menumpukan kepada pelaksanaan lebih banyak programpeningkatan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan sasar secara mapan. Disamping itu, penekanan juga akan diberikan kepada penambahbaikan sistem danmekanisme penyaluran bantuan serta pemantauan yang berkesan ke atasprogram-program yang dilaksanakan demi untuk memastikan kumpulan sasarmenikmati faedah yang maksimum dan berkekalan.30.1.2 Undang-Undang Dan PeraturanUndang-undang dan peraturan seperti prosedur kewangan dan Sekyen 28 (1) OrdinanTanah (Bab 68) akan dirujuk dan diguna pakai dalam melaksanakan program bagimemastikan ia berjalan lancar.30.1.3 Garis Panduan ProgramGaris panduan program adalah penting untuk dijadikan sebagai panduan pelaksanaanprogram pembasmian kemiskinan bagi memastikan hala tuju program tidak tersasardan matlamat dapat dicapai. Selain itu, semua pihak yang bertanggungjawab sepertiAgensi Pelaksana dan Pembimbing memahami fungsi dan peranan masing-masing.Dokumen ini perlu disediakan dan diagihkan kepada Agensi Pelaksana danPembimbing di setiap daerah yang melaksanakan program. Sehubungan itu, KPLBShendaklah menyediakan Garis Panduan Program seperti berikut yang mengandungitatacara dan proses kerja yang lengkap dan terperinci bagi memastikan keberkesananprojek.a) Garis Panduan PPEb) Garis Panduan Program Pembangunan Sumber Manusia (Pembangunan Insan)30.1.4 Kertas Cadangan ProjekKertas cadangan projek adalah penting bagi memastikan projek berdaya maju dandapat meningkatkan tahap pendapatan peserta projek. Agensi Pembimbing dan AgensiPelaksana perlu menyediakan kertas cadangan projek bagi program yang dirancangdan dikemukakan ke KPLBS untuk kelulusan. Kertas cadangan projek ini perlumengandungi nama projek, lokasi projek, Agensi Pembimbing, keterangan projek,anggaran kos projek, faedah dan justifikasi projek serta ulasan Agensi Pembimbing.30.1.5 Sasaran ProgramSasaran utama program pembasmian kemiskinan adalah tertumpu kepada pendudukmiskin tegar. Oleh itu, penduduk miskin tegar perlu berdaftar sebagai Ketua Isi RumahMiskin Tegar dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)sebelum layak untuk mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri.188

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!