Views
1 week ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.2.1.2 AKTIVITI 2 TAJUK

6.2.1.2 AKTIVITI 2 TAJUK : Garis Hayat OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Peserta dapat memperkembangkan kesedaran kendiri. 2. Peserta dapat menilai pencapaian di dalam kehidupan masing-masing. MASA : 60 minit BAHAN-BAHAN: Kertas dan pen LANGKAH : 1. Setiap peserta diberi sekeping kertas dan pen. 2. Mereka diminta melukis satu garisan di atas kertas tersebut dengan meletakkan satu titik di pangkal dan di hujung. Titik pada sebelah kiri mewakili tarikh lahir mereka. Peserta dikehendaki mencatat tarikh lahir masing-masing di bawah titik tersebut. Titik pada sebelah kanan adalah jangkaan tarikh hayat mereka. Peserta dikehendaki mencatat tarikh itu di bawah titik tersebut. 3. Peserta diminta meletakkan titik di mana mereka berada pada masa kini. Mereka dikehendaki menulis tarikh hari ini di bawah titik tersebut. 4. Peserta diminta melukis dua lengkok, yang pertama dari sejak lahir sehinggalah masa kini, yang kedua dari masa kini sehingga tarikh akhir hayat. Lengkok sebelah kiri adalah peristiwa yang mereka yang telah mereka lalui sedangkan lengkok di sebelah kanan mewakili hayat hidup akan datang. 5. Peserta diminta mengisikan bahagian garisan di sebelah kiri dengan pencapaian masingmasing yang mutakhir misalnya hari pertama persekolahan, pencapaian di bidang sukan, peristiwa keluarga dan sebagainya. 6. Peserta diminta supaya mengisikan bahagian kanan garisan dengan pencapaian yang mereka cita-citakan. Aktiviti ini akan berjalan dengan lebih lancar lagi sekiranya fasilitator melakukan garis hayat mereka di atas papan hitam 51

7. Apabila langkah 5 dan 6 selesai, peserta diminta supaya berkongsi riwayat hidup mereka secara berpasangan atau dalam kelompok. Tarikh Tarikh Tarikh Lahir Hari ini Akhir Hayat REFLEKSI/RUMUSAN : 1. Setiap individu mempunyai skrip dan liku hidup masing-masing yang boleh dijadikan pedoman untuk mendewasakan diri. Penerokaan kendiri dan orang lain akan meningkatkan kesedaran kendiri untuk membuka minda dan meluaskan pandangan terhadap realiti hidup. 52

Modul Pelatihan Animasi Dasar
status pelaksanaan dasar kepelbagaian biologi kebangsaan - NRE
Untitled - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
View/Download Modul - (SEAFAST) Center IPB
Modul Pelatihan Kader Dasar XXIV - pmii komisariat brawijaya
Varia-C 2013 - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul 2 Diklat Manajemen Kursus
Buletin JPMD Edisi Pertama 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia
[ Modul 5] Membangun Jejaring Kerja (Kemitraan)
modul-enterprise-network-sandatindo
modul-enterprise-network-sandatindo
MODUL-MATEMATIKA-EKONOMI-2
Modul 3 Diklat Manajemen Kursus
Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Modul 4 Diklat Manajemen Kursus
modul pelatihan identifikasi lesi rongga mulut dan penatalaksanaan ...
Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...