08.04.2015 Views

pr1-3 perumahan bertanah (landed housing) - JPBD Selangor

pr1-3 perumahan bertanah (landed housing) - JPBD Selangor

pr1-3 perumahan bertanah (landed housing) - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

M A N UA L G A R I S P AN D UA N DAN PIA W A IA N P E RA N CA N G AN N E G E R I SE L A N G OR

J A B A T A N P E R A N C A N G A N B A N D A R D A N D E S A N E G E R I S E L A N G O R

II. ZON PENAMPAN

Penentuan Zon

Penampan

Pembangunan yang boleh dipertimbangkan dalam zon penampan fizikal

termasuklah jalan raya, longkang dan parit, sungai, tasik, tempat letak kereta dan

kawasan lapang.

Zon penampan ditentukan berdasarkan ciri-ciri cerun , struktur tanah dan tertakluk

kepada penilaian geoteknikal serta kriteria-kriteria berikut:

i. Jarak zon penampan dikira dari garisan bangunan dengan kawasan bercerun

bagi pembangunan di atas plato [Rujuk Rajah AS1 (i)].

ii. Jarak zon penampan dikira dari ketinggian cerun/ tanah tinggi bagi

pembangunan bersempadan dengan cerun/ tanah tinggi [Rajah AS1 (ii)].

Kriteria Penentuan

Jarak Zon

i. Struktur yang dibina berhampiran kaki cerun yang dipotong atau cerun

semulajadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70 o ) di mana tidak

ada sebarang langkah kejuruteraan untuk menstabilkan cerun itu atau langkahlangkah

tebatan kesan-kesan gelongsoran tanah, hendaklah tidak terletak di

dalam zon sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda (2 H) ketinggian cerun.

ii. Cerun tanah semulajadi yang mempunyai kecerunan melebihi 25 darjah atau

ketinggian melebihi 30 meter zon penampan minima 1 H.

iii. Cerun batuan semulajadi zon penampan minima 1 H dengan langkah-langkah

mitigasi tertakluk kepada pemetaan risiko geologi.

iv. Engineered slope tanah maksima 6 berm (1 berm = 6 meter) - anjakan

bangunan minima 20 meter.

v. Engineered slope batuan zon penampan minima 20 meter atau 1 H tertakluk

kepada pemetaan risiko geologi.

vi. Tembok penahan melebihi 6 meter zon penampan minima 10 meter atau 1 H

(yang mana lebih tinggi)

vii. Struktur yang dibina di atas rabung cerun yang dipotong atau cerun

semulajadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70 o ) di mana

terdapat langkah kejuruteraan dijalankan hendaklah tidak terletak di dalam zon

sekurang-kurangnya 15.24 meter atau sekali (1) ganda ketinggian cerun itu

[Rajah AS1 (iii)].

Sumber : Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor (2010), diluluskan oleh Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 11/2010 bertarikh 24 Mac 2010.

g a r i s p a n d u a n a s p e k a l a m s e k i t a r d a l a m p e r a n c a n g a n

5-10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!