08.04.2015 Views

pr1-3 perumahan bertanah (landed housing) - JPBD Selangor

pr1-3 perumahan bertanah (landed housing) - JPBD Selangor

pr1-3 perumahan bertanah (landed housing) - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

M A N UA L G A R I S P AN D UA N DAN P IA W A IA N P E RA N CA N G AN N E G E R I SE L A N G OR

J A B A T A N P E R A N C A N G A N B A N D A R D A N D E S A N E G E R I S E L A N G O R

sambungan

Aspek Kriteria Garis Panduan

Topografi dan

Struktur Tanah

• Jenis tanah yang paling sesuai ialah tanah terbuka jenis poros

yang akan memudahkan laluan air dan udara ke semua arah.

Tanah jenis ini membolehkan pereputan mayat dengan lebih

cepat jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang lain;

• Tanah perkuburan hendaklah sekurang-kurangnya berada pada

paras 2.0m (6’6”) di atas paras banjir bagi tiap-tiap pusingan 100

tahun;

• Tanah perkuburan tidak sesuai diletakkan di kawasan yang

mempunyai aras mata air yang tinggi. Paras air di dalam tanah

harus melebihi 2.0 m (6’6”) di bawah permukaan bumi;

• Tanah perkuburan tidak sesuai bagi kawasan-kawasan seperti

berikut :

a. Kawasan-kawasan banjir dan tanah runtuh.

b. Kawasan-kawasan yang kerap diancam hakisan seperti sungai

dan laut.

c. Tanah yang bercerun; dan

d. Tanah paya dan jenis tanah liat.

• Tanah perkuburan hendaklah jauh dari kawasan sungai, saliran

atau lain-lain punca air kerana ini akan mengakibatkan pengaliran

air dari kawasan perkuburan ke tempat-tempat tersebut.

b. Keperluan

Ruang

• Keperluan ruang tanah perkuburan untuk sesuatu kawasan

bergantung kepada saiz kubur, kadar kematian, pandangan

penduduk setempat terhadap pembakaran dan penggunaan

semula tanah perkuburan.

• Bagi memudahkan pengiraan keperluan ruang tanah perkuburan

bagi setiap 1,000 penduduk pada masa akan datang, berikut

dirumuskan satu formula secara am bagi tujuan tersebut :

A t = P t x D r / 1000 x 1b x (1 – C e ) / 1000 x S z

Di mana,

A t = Kawasan tanah perkuburan pada tahun unjuran t

P t = Penduduk unjuran

1b = Jarak antara kubur digunakan semula

C e = Faktor pembakaran mayat

S z = Purata saiz kubur = 8.36 mp (90 kp)

Contoh kiraan,

Keluasan kawasan yang diperlukan untuk perkuburan Islam bagi

setiap 1,000 penduduk adalah

A t = 1000 x 6/1000 x 30 x (1-0) / 1000 x 8.36mp

= 1831.1 mp

= 0.2 hektar bagi setiap 1,000 penduduk atau 1 hektar bagi setiap

5,000 penduduk

g a r i s p a n d u a n k e m u d a h a n m a s y a r a k a t

4-15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!