27.03.2013 Views

BUKU ABSTRAK - Universiti Putra Malaysia

BUKU ABSTRAK - Universiti Putra Malaysia

BUKU ABSTRAK - Universiti Putra Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Social Sciences

Amalan Komunikasi Berkualiti dalam Keluarga: Strategi Menangani Salahlaku

Remaja

Prof. Dr. Md. Salleh Hj. Hassan

Institute of Social Science Studies, University Putra Malaysia,

43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.

+603-8946 8571; mdsalleh@putra.upm.edu.my

Clark and Shields (1997) dan Klein et al. (1997) mendapati mendapati komunikasi anak dengan ibu bapa sebagai salah

satu daripada pembolehubah yang berkait dengan peningkatan dan penurunan kadar salah laku dalam kalangan kanak-kanak.

Hartos dan Power (2000) juga turut mendapati komunikasi antara remaja dan ibubapa mempunyai kaitan dengan tingkah laku

positif dan negatif seseorang remaja. Manakala Barberet (2004) menjelaskan hubungan yang rapat antara ibu bapa dengan

anak-anak dapat menjadi penghalang kepada salah laku remaja. Kajian oleh Siti Noor Diana Juhari (2007) menyatakan antara

faktor lain yang mempengaruhi amalan komunikasi berkualiti adalah persekitaran yang kondusif iaitu dari segi persekitaran

fizikal dan juga sosial. Dapatan oleh Salleh et. al. (2009) menggariskan kriteria yang membentuk komunikasi berkualiti adalah

keterbukaan, telus, kejujuran, jelas, berkomunikasi seperti rakan, membuat aktiviti dan meluangkan masa bersama. Menyedari

akan peri pentingnya komunikasi berkualiti dalam membentuk sahsiah diri seorang remaja dan akan masalah sosial remaja yang

semakin membimbangkan kebelakangan ini, maka kajian ini diharap dapat menguraikan isu tersebut dan memberikan alternatif

penyelesaian yang lebih berkesan dalam membantu mengatasi masalah sosial remaja hari ini. Kajian ini telah dijalankan ke

atas 641 orang pelajar sekolah menengah harian biasa di sekitar Kuala Lumpur. Sampel dipilih secara rawak berperingkat.

Peringkat pertama dipilih berdasarkan gred sekolah dengan jumlah pelajar melebihi 1500 orang dan terdiri daripada lelaki

dan perempuan. Seterusnya pemilihan dibuat berdasarkan nisbah pelajar mengikut kaum iaitu 5Melayu: 4Cina: 1India. Kajian

mendapati bahawa secara keseluruhan tahap salahlaku remaja berada pada tahap yang rendah dengan jenis salahlaku tertinggi

dilakukan ialah ponteng sekolah. Majoriti remaja (62.9%) merasakan tahap amalan komunikasi mereka adalah sederhana.

Didapati pembolehubah kaum dan masa yang diperuntukkan untuk berkomunikasi mempunyai kaitan terhadap amalan

komunikasi seseorang remaja. Manakala analisis perkaitan (korelasi) mendapati terdapat perkaitan yang signifikan tetapi

songsang (r = -.172; p = .000) antara amalan komunikasi dengan salah laku.

Keywords: Komunikasi berkualiti, komunikasi keluarga, salah laku remaja

Keperluan Ciri-ciri Portal E-komuniti Berkonsepkan Minda Kelas Pertama

Prof. Dr. Musa Abu Hassan

Siti Zobidah Omar, Rusli Abdullah, Jusang Bolong and Narimah Ismail

Faculty of Modern Languages and Communication, University Putra Malaysia,

43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.

+603-8946 6992; musa@putra.upm.edu.my

Perkembangan pesat teknologi komunikasi terutamanya penggunaan Internet, telah membawa kepada kewujudkan satu

masyarakat baru yang berkomunikasi di alam siber iaitu masyarakat e-kommuniti. Fenomena e-komuniti ini adalah selaras

dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat berpengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT). Selaras dengan itu, usaha kerajaan mewujudkan rakyat ke arah berfikiran ‘minda kelas pertama’ telah menjadi kunci utama

dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RM9). Kerajaan telah membina infrastruktur dan kemudahan prasarana teknologi

yang bertaraf kelas pertama bagi membolehkan masyarakat menggunakan ICT bagi pembangunan negara. Portal e-komuniti

juga turut bertambah di alam siber. Namun sejauhmanakah ciri portal e-komuniti minda kelas pertama yang diperlukan? Tujuan

kajian ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri portal e-komuniti minda kelas pertama yang diperlukan. Kajian ini menggunakan

kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal-selidik yang telah diedarkan secara on-line melalui portal e-komuniti

dan juga melalui bersemuka. Sebanyak 651 borang soal-selidik telah dikembalikan. Ciri-ciri portal berkonsepkan minda kelas

pertama telah ditanya berdasarkan kepada ciri-ciri fizikal, kandungan dan pentadbiran. Hasil kajian menunjukan bahawa ciriciri

fizikal portal yang berkonsepkan minda kelas pertama adalah mudah digunakan (96%), menarik perhatian pengguna (89%)

dan mempunyai enjin pencarian yang lain (82%). Sementara dari segi aspek kandungan pula, maklumat dan fakta yang tepat

(91%) amatlah diperlukan serta mempunyai topik pelbagai (90%), adalah merupakan ciri-ciri yang berkonsepkan minda kelas

pertama. Ciri-ciri pentadbiran portal e-komuniti juga mestilah mempunyai ruang maklumbalas (95%), tarikh kemaskini (94%),

dan jaminan keselamatan (94%). Dalam hal ini bagi mewujudkan portal e-komuniti berkonsep minda kelas pertama perkara

di atas perlulah diambil kira. Ini selaras dengan keperluan masyarakat kini yang mempunyai masa yang terhad dan melihat

e-komuniti sebagai salah satu komuniti untuk bersosialisasi. Ia telah mengubah cara mereka bersosialisasi iaitu dari kaedah

tradisional bersemuka kepada melalui perantaraan media teknologi. Hasil kajian ini juga boleh menyumbang kepada pembinaan

model e-komuniti yang memenuhi konsep minda kelas pertama.

Keywords: E-komuniti, media teknologi komunikasi, minda kelas pertama, sistem pengurusan maklumat

182

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!