31.12.2014 Views

Volume 8 – Mechanical and Electrical Services - Malaysia Geoportal

Volume 8 – Mechanical and Electrical Services - Malaysia Geoportal

Volume 8 – Mechanical and Electrical Services - Malaysia Geoportal

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Chapter 9 ASSET MANAGEMENT

9.2.2 Siapa yang tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan

Seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 memperuntukkan bahawa tiap-tiap pegawai perakaunan

adalah tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan, mengenai tatacara kewangan dan perakaunan

termasuk tatacara bagi memungut, menyimpan dan membayar wang awam Persekutuan dan Negeri,

bagi membeli, menyimpan dan melupus harta awam(kecuali tanah) dalam Persekutuan dan Negeri.

Oleh yang demikian AP adalah dikuatkuasakan penggunaannya ke atas semua Kementerian dan

Jabatan Persekutuan, Jabatan Kerajaan Negeri dan juga di terima pakai oleh sebahagian Badanbadan

Berkanun.

9.2.3 Apakah pengubahsuaian / pengemaskinian yang telah dilakukan

Arahan Perbendaharaan (semakan 1997) telah mengubahsuai/mengemaskini Arahan

Perbendaharaan asal mengikut dasar-dasar, pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang

sedang berkuatkuasa pada masa itu. Tidak ada apa-apa perubahan/pengubahsuaian nyata

(substantial) yang telah diperkenalkan dalam jilid ini. Aspek-aspek seperti berikut telah menjadi asas

bagi pengemaskinian/pengubahsuaian yang telah dibuat:

i. segala pembaharuan yang telah diperkenalkan dalam pengurusan Kewangan di kalangan

Kementerian/Jabatan/ Agensi Kerajaan semenjak tahun 1970;

ii. perubahan yang diperkenalkan di bawah pelaksanaan Sistem Belanjawan Program dan Prestasi

dalam tahun-tahun 1970'an dan 1980'an serta Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai semenjak

tahun 1990;

iii. perubahan dan pengubahsuaian yang diperkenalkan dalam sistem perakaunan kerajaan;

iv. pengubahsuaian yang diperlukan selaras dengan penggunaan komputer dan peralatan automasi

pejabat yang lain;

v. pengemaskinian beberapa Arahan Perbendaharaan yang lama yang telah dilakukan melalui

pengeluaran Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dari semasa ke

semasa semenjak tahun 1970;

vi. pengemaskinian penggunaan istilah-istilah baru, ejaan-ejaan baru dan tatabahasa seperti mana

yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka;

vii. penggunaan sistem metrik untuk menggantikan sistem ukuran sukatan tradisional;

viii. penyesuaian dan perubahan yang diperkenalkan kepada tatacara pengurusan stor, pekelilingpekeliling

dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa; dan

ix. beberapa arahan-arahan yang dianggap telah menjadi usang telahpun dikeluarkan daripada AP

asal.

Arahan Perbendaharaan (yang sedang dalam pindaan untuk kali kedua) pula telah mengambilkira

beberapa aspek seperti berikut:

i. pindaan-pindaan yang dibuat melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Pekeliling

Perbendaharaan semenjak 1997 hingga sekarang;

ii. pembaharuan-pembaharuan yang telah diperkenalkan dalam pengurusan kewangan dan

perakaunan selain daripada Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan;

iii. pengubahsuaian dalam sistem perakaunan dan penggunaan sistem berkomputer dan peralatan

automasi pejabat selaras dengan pelaksanaan Kerajaan Elektronik; dan

iv. mengemaskini istilah, ejaan dan tatabahasa yang baru seperti yang digunapakai oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka.

9-2 March 2009

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!