08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 3

3.6.9 Cadangan Reka Bentuk Bandar

Cadangan bagi kawasan BP 4 (Batu) ini akan tertumpu kepada dua kawasan iaitu Pekan Tg. Sepat dan

Pekan Batu Laut (Rajah 3.6.18 hingga 3.6.22).

i. Pekan Tg. Sepat

a. Zon Hala Masuk

Imej di zon hala masuk ke Pekan Tg. Sepat

dapat ditonjolkan melalui penerapan

elemen-elemen reka bentuk bandar yang

menarik dan disokong dengan elemen

landskap lembut dan kejur. Penyediaan

pintu gerbang dan papan tanda yang

menunjukkan pemandu menghampiri

kawasan ini amat sesuai bagi menimbulkan

suasana ‘Selamat Datang’ kepada

pengunjung dari arah Sepang.

b. Menaiktaraf Nodal-Nodal Utama

Kebanyakan ‘nodes’ di kawasan Pekan Tg. Sepat berada dalam keadaan usang dan tidak terjaga.

Dicadangkan kawasan-kawasan tumpuan utama di kawasan Tg. Sepat ini seperti perhentian bas, pasar

awam, dewan orang ramai, surau dan tokong diperbaiki dari segi fasadnya, kemudahan yang

disediakan dan juga elemen-elemen sokongannya agar kawasan ini terus menjadi tumpuan orang ramai

di samping mempamerkan penampilan yang menarik.

c. Menaiktaraf Jeti Sedia Ada

Jeti sedia ada di Tg. Sepat merupakan jeti

utama bagi penduduk sekitar untuk

menjalankan aktiviti pemunggahan hasil

laut. Namun keadaannya yang usang kesan

dari penggunaan bahan kayu yang mudah

reput menjejaskan imej dan prebiu bagi

Pekan Tg. Sepat. Dicadangkan pembaikan

dari segi fasadnya agar lebih menarik dan

kukuh. Ini penting kerana jeti ini merupakan

antara jeti yang utama sebagai tempat

pendaratan ikan.

d. Laluan Pejalan Kaki dan Lintasan Belang

Reka bentuk papan tanda yang sesuai disediakan di jalan raya

di Tg. Sepat.

Reka bentuk jeti yang unik dan penggunaan warna

yang sesuai adalah penting dalam menghasilkan

satu keadaan pelancongan yang lebih efektif.

Kawasan Pekan lama Tg. Sepat merupakan sebuah pekan yang menawarkan aktiviti perdagangan

kepada penduduk setempat. Disebabkan itu juga kawasan ini mengalami keadaan lalulintas yang sesak

disamping tempat letak kenderaan yang tidak mencukupi. Secara tidak langsung, ianya akan

membahayakan orang ramai terutamanya kepada pejalan kaki.

Dicadangkan agar laluan pejalan kaki dan

lintasan belang disediakan di sekitar

Pekan Tg. Sepat memandangkan

keadaan lalulintas di pekan ini dijangka

akan bertambah di masa hadapan. Laluan

pejalan kaki yang dicadangkan ini akan

menekankan aspek ‘pedestrian friendly’

yang menghubungkan nodal-nodal utama

seperti pasar awam, dewan orang ramai,

sekolah, pejabat pos, tokong dan

sebagainya.

e. ‘Pocket Park’

Pekan Tg. Sepat merupakan salah satu

kawasan yang terawal dan tidak hairanlah

jika terdapat banyak bangunan-bangunan

lama terutamanya di dalam kawasan

pekan lama Tg. Sepat. Penyediaan

‘pocket park’ di antara bangunanbangunan

ini secara tidak langsung dapat

menimbulkan kualiti visual yang lebih

menarik. Penyediaan ‘pocket park’ ini juga

dapat memberi peluang kepada penduduk

setempat berinteraksi dan berehat sambil

menjalankan aktiviti harian mereka.

f. Identiti Kawasan Perumahan

Bagi meningkatkan identiti pembangunan

di Pekan Tg. Sepat, pintu gerbang yang

menggambarkan imej rumah api akan

disediakan di kawasan perumahan Pekan

Tg. Sepat. Tema ini dipilih dan

bersesuaian dengan Pekan Tg. Sepat

kerana terletak di sepanjang pesisiran

pantai. Pekan Tg. Sepat mempunyai

identiti yang tersendiri dan sesuai dengan

fungsinya yang merupakan pintu masuk

para pelancong dari Daerah Sepang.

Ruang bandar yang dilengkapi dengan laluan pejalan kaki, lampu

dan pokok sebagai teduhan.

‘Pocket park’ yang sesuai dibina di Pekan Tg. Sepat yang juga akan

dapat meningkatkan lagi hubungan sosial penduduk.

Reka bentuk pintu gerbang seperti rumah api ini akan menimbulkan

imej di kawasan rancangan tempatan.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.6-30

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!