08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 2

BAB 2: KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

2.1 PENGENALAN

Pembentukan konsep dan strategi pembangunan adalah berdasarkan hasil penemuan dan isu-isu

kawasan rancangan tempatan. Konsep dan strategi ini memberi penekanan terhadap wawasan dan

matlamat rancangan tempatan dalam merealisasikan arah tuju pembangunan pada masa hadapan.

2.2 WAWASAN PEMBANGUNAN RANCANGAN TEMPATAN

Wawasan rancangan tempatan ini ialah:

“Menjadikan Morib – Tg. Sepat sebagai satu kawasan pelancongan dan rekreasi marin selaras dengan

pembangunan mampan Negeri Selangor.”

Koridor pesisiran pantai yang wujud di kawasan rancangan tempatan akan dibangunkan dengan

pembangunan dan program yang lebih menekankan kepada aktiviti rekreasi seperti chalet / resort, pusat

rekreasi maritim, institusi latihan dan lain-lain agar potensi semula jadi di kawasan rancangan tempatan

dapat dijana dengan sebaiknya.

Matlamat rancangan tempatan ini adalah:

“Menghasilkan suatu dokumen yang akan memandu ke arah penyelarasan pemajuan dan

pembangunan di kawasan Morib - Tg. Sepat dengan mengenalpasti potensi-potensi pembangunan

kawasan rancangan tempatan dan membentuk strategi dan pelan-pelan cadangan yang terperinci

dalam jangkamasa perancangan hingga tahun 2020, agar ianya selaras dengan wawasan kerajaan

negeri dan tempatan.”

2.3 ASET DAN POTENSI PEMBANGUNAN

Beberapa aset dan potensi pembangunan yang menjadi asas dalam membentuk strategi pembangunan

Rancangan Tempatan Morib – Tg. Sepat ini adalah seperti berikut:

2.3.1 Lokasi Kawasan Rancangan Tempatan

Kawasan rancangan tempatan yang terletak berhampiran dengan Bandar Banting dan Sepang

mempunyai potensi untuk dibangunkan di masa hadapan. Tambahan pula, kawasan rancangan

tempatan terletak di pinggiran pembangunan Koridor Raya Multimedia (KRM) yang berperanan sebagai

kawasan pertumbuhan perbandaran taraf dunia. Kawasan rancangan tempatan ini juga berhampiran

dengan Lembah Klang yang merupakan kawasan pembangunan utama negara. Tahap

kemudahsampaian yang tinggi antara kawasan rancangan tempatan dengan Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bandar Sepang, Putrajaya, Cyberjaya dan Koridor Raya

Multimedia (KRM) dan Lembah Klang, secara tidak langsung akan memberikan kesan limpahan

pembangunan di kawasan rancangan tempatan kelak.

2.3.2 Penduduk

Jumlah penduduk di kawasan rancangan tempatan telah meningkat daripada 32,769 orang pada tahun

1991 kepada 40,126 orang pada tahun 2000 dengan pertumbuhan tahunan pada kadar purata 2.28

peratus setahun. Pertumbuhan positif tersebut disumbangkan oleh pertambahan penduduk secara

semula jadi dan kemasukan penduduk ke kawasan rancangan tempatan sebagai tempat untuk

menetap.

Tumpuan utama penduduk di kawasan rancangan tempatan ialah di BP 4 (Batu) (41.47%) dan BP 2

(Kelanang) (40.56%). Hanya sebahagian kecil penduduk yang menetap di BP 1 (Morib) (10.73%) dan

BP 3 (Tg. Dua Belas) (7.24%) dan ini memerlukan satu perancangan pembangunan yang dapat

menyeimbangkan jumlah penduduk di semua BP di kawasan rancangan tempatan.

Unjuran penduduk berdasarkan pembangunan komited telah dijalankan di kawasan rancangan

tempatan dan menunjukkan purata kadar pertumbuhan tahunan adalah tinggi iaitu sebanyak 4.25

peratus (Jadual 2.1). Secara tidak langsung, pertambahan penduduk ini menunjukkan bahawa

wujudnya keperluan untuk pembangunan baru bagi menampung pelbagai keperluan dan keselesaan

penduduk.

Jadual 2.1: Unjuran Penduduk di Kawasan Rancangan Tempatan

Alternatif

Tahun Tahun

KPPT

2000 2020 2000-2020

Berasaskan Pertumbuhan Semula jadi 56,177 1.70 peratus

Berasaskan Tren Pertumbuhan Masa Lalu 40,126 64,799 2.43 peratus

Berasaskan Pembangunan Komited

92,256 4.25 peratus

2.3.3 Tren Pembangunan Semasa

Berdasarkan kepada faktor-faktor pembangunan semasa, tren pembangunan dari Bandar Banting telah

tersebar di sepanjang jalan utama di kawasan rancangan tempatan. Potensi semula jadi yang

merupakan aset utama di BP 1 (Morib) meningkatkan lagi keupayaan kawasan ini untuk menjadi pusat

perkembangan dan tumpuan pembangunan di masa hadapan. Ini ditambah dengan adanya

pembangunan di kawasan berhampiran seperti Lembah Klang, Putrajaya, KRM, KLIA dan Bandar

Sepang yang menggalakkan lagi potensi pembangunan di kawasan rancangan tempatan.

Perkembangan pembangunan ini meningkatkan lagi kemajuan ekonomi setempat, namun perancangan

yang teliti dan terancang adalah diperlukan agar potensi sedia ada hanya akan dieksploitasi secara

optimum dengan mengekalkan kemampanan kawasan rancangan tempatan.

2.3.4 Kedapatan Tanah Untuk Pembangunan Masa Hadapan

Keseluruhan kawasan rancangan tempatan ialah 22,254.68 hektar dan terletak di dalam Daerah Kuala

Langat. Sebahagian besar kawasan rancangan tempatan adalah pertanian iaitu terdiri daripada ladangladang

kelapa sawit dan dusun. Guna tanah pertanian ini meliputi kawasan seluas 16,365.15 hektar dan

merupakan 73.54 peratus daripada jumlah keluasan keseluruhan. Ini menunjukkan kawasan rancangan

tempatan mempunyai potensi untuk dibangunkan namun perlulah dirancang dengan teliti agar

pembangunan masa hadapan tidak menjejaskan sumber semula jadi yang terdapat di kawasan ini.

Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan, kawasan rancangan tempatan mempunyai seluas

3,321.43 hektar (14.92 peratus) Kawasan Kelas 1 yang mempunyai potensi tinggi untuk dijalankan

kerja-kerja pembangunan dengan halangan dan isu yang minimum dari aspek fizikal, sosio budaya dan

perundangan. Antara ciri-ciri bagi kawasan Kelas 1 ini adalah seperti berikut:

i. Bukan terdiri daripada tanah jenis gambut.

ii. Tidak mempunyai pembangunan komited dan tepubina.

iii. Bukan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

iv. Tidak mempunyai sekatan pembangunan (perundangan).

v. Disediakan dengan rangkaian jalan raya atau alternatif pengangkutan yang lain.

Berdasarkan kepada keadaan semasa di kawasan rancangan tempatan, sebahagian besar kawasan

Kelas 1 adalah terdiri daripada ladang-ladang pertanian (kelapa sawit), tanah kosong dan semak.

Konsep dan Strategi Pembangunan 2-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!