08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 3

3.7 CADANGAN PERTANIAN

Berdasarkan kepada keadaan guna tanah di kawasan rancangan tempatan sehingga tahun 2020, guna

tanah pertanian mempunyai keluasan tertinggi iaitu sebanyak 9,181.62 hektar yang terdiri daripada

kelapa sawit (8,826.32 hektar), buah-buahan dan tanaman utama yang lain (318.30 hektar) dan

akuakultur seluas 37 hektar. Cadangan bagi sektor pertanian adalah seperti berikut:

3.7.1 Kelapa Sawit

Pertanian kelapa sawit mempunyai keluasan tertinggi di dalam kawasan rancangan tempatan. BP 4

(Batu) mempunyai keluasan kelapa sawit tertinggi berbanding BP lain dengan 3,853.21 hektar.

Rancangan tempatan ini telah mencadangkan kesemua kawasan kelapa sawit dikekalkan untuk

pembangunan masa hadapan (dalam tempoh 20 – 30 tahun akan datang). Tiada sebarang

pembangunan dibenarkan untuk dijalankan di kawasan ini, melainkan seperti yang dinyatakan di dalam

Kelas Kegunaan Tanah.

3.7.2 Tanaman Utama Lain

Namun, sebelum sebarang kerja tanaman dijalankan di seluruh kawasan yang dicadangkan ini, aktiviti

penternakan khinzir perlu dipindahkan secara berperingkat. Ini penting bagi memastikan pembangunan

yang akan dijalankan tidak diganggu oleh aktiviti ini dari segi bau busuk dan pencemaran air kesan

daripada pembuangan najis khinzir yang tidak sempurna. Setelah itu, kerja-kerja pembaikan struktur

tanah perlu dijalankan supaya kandungan tanah berada di tahap yang baik dan subur.

3.7.3 Akuakultur

Aktiviti akuakultur sedia ada seluas 16.16 hektar di BP 4 (Batu) akan dikekalkan. Seluas 20.84 hektar

kawasan cadangan juga disediakan untuk menggalakkan lagi aktiviti akukultur di kawasan rancangan

tempatan. Lain-lain kawasan selain yang dicadangkan adalah dilarang untuk menjalankan aktiviti

akuakultur ini. Jenis ternakan yang sesuai dijalankan adalah:

i. Ternakan udang galah dan udang harimau dalam kolam

ii. Ternakan ikan keli dan baung

iii. Ternakan ikan tilapia dan sepat siam

iv. Ternakan ikan lampam jawa

Berdasarkan kepada aspek geologi, struktur tanah di kebanyakan kawasan rancangan tempatan

terutama BP 4 (Batu) yang terdiri daripada tanah Asosiasi Selangor – Briah berada di dalam Kelas 1

(tanah yang tidak mempunyai apa-apa had atau sekatan terhadap aktiviti pertanian). Oleh yang

demikian, bagi tujuan mengkomersilkan sumber-sumber pertanian untuk pembangunan ekonomi

setempat, tanah seluas 318.30 hektar di Ladang Tumbok telah dicadang untuk ditanam dengan

pelbagai jenis buah-buahan seperti berikut:

i. Durian D24,D101, D144, D197, D99 dan D175

ii. Cempedak

iii. Ciku

iv. Dukong

v. Jambu madu

vi. Longan belian

vii. Manggis

viii. Nangka

ix. Pisang

x. Sukun

xi. Sayur-sayuran

Contoh kolam yang sesuai disediakan untuk menternak udang dan ikan.

Perancangan yang teliti perlu dijalankan bagi menjayakan cadangan ini kerana akuakultur ini

mempunyai kesan pencemaran terhadap persekitaran dan alam semulajadi sekiranya tidak dikawal.

Antara punca pencemaran ini berlaku ialah sisa makanan ternakan, najis, kimia pencuci jaring atau

sangkar dan juga ubat yang digunakan untuk merawat penyakit serta parasit masin. Tambahan pula,

kawasan yang dicadangkan ini berhampiran dengan hutan paya bakau dan pesisiran pantai. Dalam

usaha menternak pelbagai jenis udang dan ikan di BP ini, beberapa langkah penjagaan yang perlu

diambil adalah seperti berikut:

i. Pembinaan Ladang

Ban yang dibina di setiap ladang hendaklah ditambak dengan penggalian minimum dan hendaklah

mengelakkan hakisan dan pencemaran sumber air. Selain itu, kebersihan dari peringkat pembinaan

sangkar hingga operasi perlu diutamakan. Penebangan pokok di kawasan ladang hendaklah

diminimakan. Zon penanaman perlu disediakan untuk mengelakkan hakisan.

Durian, pisang dan sayur-sayuran antara tanaman yang sesuai ditanam dan dijadikan sebagai produk utama di kawasan

rancangan ini.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.7-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!