08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

3.10.4 Kawalan Terhadap Sg. Langat Untuk Aktiviti Eko-Pelancongan

Kawasan Sg. Langat di Mukim Kelanang adalah sesuai bagi aktiviti eko-pelancongan adalah kerana:

• Kehadiran kawasan hutan simpan yang luas.

• Penternakan udang / ikan di beberapa bahagian tebing sungai.

• Potensi untuk rekreasi memancing di kuala sungai.

• Landskap yang indah.

• Hutan paya bakau di pantai berpasir.

Dari segi geomorfologi, kawasan kuala Sg. Langat mempunyai landskap dan hutan paya bakau semula

jadi yang indah dan kebanyakan habitatnya masih belum diganggu.

• Pihak MDKL dan Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat perlulah memainkan peranan yang tegas

dalam menghalang sebarang kerja menggali atau mengambil pasir di semua bahagian Sg.

Langat.

• Paya bakau yang ditebang mesti ditanam semula supaya tidak meninggalkan sebarang kesan

negatif terhadap kawasan rancangan tempatan ini.

• Setiap pembangunan yang dicadangkan perlulah berdensiti rendah dan mesti tidak memberikan

kesan buruk kepada alam semula jadi.

• Kajian EIA mesti dijalankan bagi semua cadangan pembangunan.

3.10.5 Kawalan Terhadap Sebarang Cadangan Pembangunan Pelabuhan

RSKL ada menyatakan mengenai cadangan pembinaan sebuah pelabuhan di Batu Laut. Namun,

sehingga kini, tiada sebarang tindakan susulan yang diberikan oleh mana-mana pihak termasuklah

Rancangan Struktur Negeri Selangor mengenai cadangan ini. Namun, berdasarkan kepada tafsiran

mengenai proses geomorfologi aktif di seluruh kawasan rancangan tempatan, Tg. Sepat adalah lebih

sesuai untuk dijadikan pelabuhan (sekiranya ada) berbanding Batu Laut dan kawasan lain di kawasan

rancangan tempatan kerana:

Sedimen hutan paya bakau yang terdapat di Sg. Langat -

terdiri daripada lempung dan lumpur berorganik (warna

kelabu atau hitam) dan sesuai untuk aktiviti penyelidikan.

Keadaan sedimen hutan paya bakau ketika air surut. Ini

adalah sedimen yang terdiri daripada pasir dan lumpur dan

merupakan habitat kepada ketam. Juga digunakan oleh

akar tumbuhan bakau untuk bernafas. Sesuai untuk aktiviti

eko-pelancongan yang berasaskan penyelidikan.

• Kedalaman laut di Tg. Sepat (jarak 2 km ke arah laut) adalah di antara 12.4 m hingga 39 m.

Tahap kedalaman laut ini dibenarkan untuk dibina pelabuhan.

• Perletakan Tg. Sepat adalah lebih jauh daripada proses pengenapan sedimen yang dibawa

oleh Sg. Langat dan ini akan mengurangkan mendapan lumpur di kawasan rancangan

tempatan ini.

• Kebiasaannya, kerja-kerja pemulihan akan menyebabkan pencemaran air laut dan kawasan

pantai di sekitar kawasan kerja tersebut. Oleh yang demikian, Tg Sepat lebih sesuai untuk

dibangunkan sebagai pelabuhan kerana jarak yang jauh ini tidak akan mencemarkan Pantai

Morib sebagai pusat pelancongan dan rekreasi marin.

Langkah-langkah yang perlu dipatuhi sekiranya cadangan pelabuhan ini diteruskan adalah seperti

berikut:

• Kawasan pantai (lebih kurang 2 km lebar) yang terdapat di hadapan perlu dibaikpulih terlebih

dahulu sebelum dijadikan pelabuhan.

• PBT perlu memastikan bahawa cadangan pembangunan pelabuhan mesti mengunakan kaedah

pemulihan dengan kadar pencemaran yang minimum.

Pembekalan pasir dan juga lumpur yang agak banyak di kawasan rancangan tempatan ini

membolehkan kehadiran pantai yang berpasir putih di hadapan kawasan hutan paya bakau.

Sebahagian kawasan paya bakau yang berlumpur di sebelah pantai telah diseliputi oleh pasir putih

dengan ketebalan 10 sm tebal. Seseorang pemerhati dapat memijak dengan selamat di atas

permukaan paya bakau ini dan juga boleh berjalan sehingga ke kawasan paya bakau tanpa bantuan

‘boardwalk’, bot ataupun papan. Keadaan ini sebenarnya merupakan satu kelebihan kepada kawasan

rancangan tempatan ini kerana ia hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja. Keadaan semula jadi ini

boleh dijadikan sebagai daya tarikan utama kepada eko-pelancongan.

Penebangan hutan paya bakau ini berkemungkinan boleh membawa kesan yang teruk kepada keadaan

pantai sedia ada. Oleh yang demikian, beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi mengekalkan

keadaan semula jadi ini dan seterusnya menggalakkan aktiviti eko pelancongan di kawasan rancangan

tempatan ini adalah seperti berikut:

3.10.6 Kawalan Terhadap Aktiviti Pertanian

Sebahagian kawasan berdekatan pantai dari Batu Laut sehingga Tg. Sepat mengandungi tanah Kelas 1

yang berasal daripada Lanar Tua (Formasi Simpang) yang sesuai untuk penanaman segala jenis

tanaman termasuk durian, herba dan sayur. Tanah Kelas 1 yang terdiri daripada campuran Formasi

Beruas dan Formasi Gula sekarang ditanam dengan kelapa sawit. Tanah di kawasan rancangan

tempatan ini juga sesuai untuk banyak tanaman kecuali durian. Tanah Kelas 4 (Formasi Beruas) yang

terdiri daripada tanah gambut yang wujud terdapat di BP 3 (Tg. Dua Belas) dan BP 4 (Batu). Tanah

Kelas 4 ini sesuai untuk tanaman kelapa sawit.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.10-2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!