08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 2

2.3.5 Pelancongan Berasaskan Sumber Desa dan Semula jadi

Kawasan rancangan tempatan mempunyai kekuatan dari aspek pelancongan berasaskan sumber desa

dan semula jadi. Ini merupakan satu potensi utama yang perlu dirancang agar dapat meningkatkan

kemajuan kawasan rancangan tempatan. Kekuatan utama kawasan rancangan tempatan ini adalah:

i. Nama Pantai Morib yang terkenal di Negeri Selangor boleh dijadikan sebagai asas dalam

merancang pembangunan berteraskan pelancongan.

ii. Hutan paya bakau yang terdapat di sepanjang pesisiran pantai (523.79 hektar) di kawasan

rancangan tempatan merupakan aset utama dan merupakan satu keunikan berbanding

kawasan lain.

iii. Sg. Langat merupakan potensi pelancongan jika dirancang dengan baik. Selain itu, Sg. Langat

juga adalah penyumbang utama kepada sumber pasir bagi menggalakkan pertumbuhan hutan

paya bakau di kawasan rancangan tempatan.

iv. Kawasan rancangan tempatan terletak berhampiran dengan sebahagian Hutan Simpan Jugra

yang mempunyai talian ekosistem mikro dengan Sg. Langat.

v. Kawasan rancangan tempatan mempunyai kampung tradisional yang menjalankan program

‘homestay’ yang merupakan salah satu tarikan kedatangan pelancong.

vi. Mempunyai banyak kawasan atau pembangunan berasaskan ‘training’ sedia ada dan

berpotensi untuk dibangunkan lagi oleh pihak kerajaan dan swasta.

2.3.6 Pembangunan Yang Telah Ditetapkan

Projek yang akan dijalankan oleh Golden Hope dan PNSB seluas 2,084.28 hektar akan menyumbang

kepada perubahan pembangunan secara agresif dan juga memberi kesan kepada keseluruhan

kawasan rancangan tempatan.

2.4.1 Strategi Kawasan Pembangunan Utama

Kawasan pembangunan utama di kawasan rancangan tempatan akan memainkan peranan yang

bersepadu dalam memastikan objektif pembangunan yang ditetapkan dapat dicapai. Jadual 2.2

menjelaskan mengenai strategi yang disediakan bagi setiap kawasan pembangunan utama.

Jadual 2.2: Strategi Bagi Setiap Kawasan Pembangunan Utama

Kawasan Pembangunan

Strategi

Bandar Morib

• Membangunkan Bandar Morib sebagai sebuah kawasan

• Bandar Pelancongan

pembangunan berteraskan pelancongan maritim dan pusat

• Pusat Perkhidmatan Utama perkhidmatan utama.

• Kawasan Rekreasi Marin • Bandar Morib juga akan berfungsi sebagai Bandar

Pelancongan dan Pusat Perkhidmatan Utama Negeri

Selangor akan dibangunkan secara bersepadu dengan

pembangunan di Bandar Banting.

Tg. Sepat

• Pusat Perniagaan dan

Perindustrian

• Tg. Sepat akan dibangunkan sebagai kawasan perniagaan

dan perindustrian utama di kawasan rancangan tempatan

yang akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi

kawasan rancangan tempatan.

• Tg. Sepat yang berfungsi sebagai Pusat Perniagaan dan

Pusat Perkhidmatan di Negeri Selangor akan dibangunkan

dengan perniagaan dan perindustrian yang terancang, juga

memberikan penekanan utama terhadap produk pelancongan

berasaskan produk laut.

2.4 KONSEP PEMBANGUNAN

Strategi pembangunan guna tanah terpilih (Alternatif 3) disediakan berdasarkan penemuan kajian

di peringkat Laporan Teknikal, wawasan, matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Pelan konsep

pembangunan rancangan tempatan ini menghasilkan 3 hierarki pusat petempatan yang mempunyai

peranan masing-masing berdasarkan potensi kawasan rancangan tempatan (Rajah 2.1). Cadangan

hierarki pusat petempatan kawasan rancangan tempatan akan dapat menentukan fungsi serta corak

pengagihan pembangunan yang dibuat secara berpusat dan strategik. Aktiviti utama setiap pusat

petempatan tertumpu kepada sektor pelancongan, perdagangan, institusi dan industri. Tiga hierarki

pusat petempatan dicadangkan iaitu:

Pusat Petempatan Utama : Bandar Morib

Pusat Petempatan : Pekan Tg. Sepat

Pusat Pertumbuhan Desa : Kg. Batu Laut, Kg. Endah dan Kg. Kanchong Tengah

2.4.2 Strategi Guna Tanah Fizikal

Beberapa zon pembangunan telah disediakan bagi merancang pembangunan guna tanah fizikal yang

baik dan berkualiti seperti berikut:

i. Menyediakan zon kawalan pembangunan bagi kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti

sensitif seperti kawasan hutan simpan, kawasan hutan paya bakau dan kawasan pantai bagi

memastikan kawasan ini dipelihara dan dibaikpulih. Hanya pembangunan yang berdensiti

rendah dan tidak mencemarkan sahaja akan dibenarkan untuk dibangunkan di kawasan ini.

ii. Zon pesisiran pantai akan dibangunkan dengan pelbagai jenis pembangunan dan aktiviti yang

berasaskan pelancongan secara terkawal. Kawalan terhadap pembangunan di sepanjang

pesisiran pantai akan meningkatkan kualiti persekitaran pantai dan seterusnya, akan

menjadikan kawasan pantai ini antara destinasi pelancongan yang terbaik. Pembangunan

rekreasi dan pelancongan di sepanjang pesisiran pantai ini juga akan meningkatkan nilai tanah

dan menggalakkan lebih banyak aktiviti di kawasan rancangan tempatan.

iii. Kawasan pertanian sedia ada terutama ladang kelapa sawit akan dikategorikan sebagai zon

pembangunan bercampur dan zon pembangunan masa hadapan yang bertujuan untuk

memajukan kawasan ini secara berperingkat dan mampan.

iv. Memastikan perancangan bersepadu antara Kelanang - Morib - Batu Laut - Tg. Sepat agar

dapat meningkatkan kualiti pembangunan di seluruh kawasan rancangan tempatan.

v. Menggalakkan pembangunan yang berteraskan pelancongan dan rekreasi.

vi. Pembangunan utama yang akan dijalankan di kawasan rancangan tempatan ini adalah

kawasan pelancongan, petempatan, perkhidmatan dan rekreasi marin.

Konsep dan Strategi Pembangunan 2-2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!