08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Draf Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 1

iii.

Penyiasatan dan Perbicaraan Berkenaan Dengan Draf Rancangan Tempatan Morib – Tg.

Sepat [Seksyen 14 (1), Akta 172]

Untuk mempertimbangkan bantahan dan rayuan, PBPT boleh mengarahkan supaya suatu penyiasatan

tempatan atau lain-lain perbicaraan dijalankan. Penyiasatan tempatan atau perbicaraan yang diadakan

hendaklah dibuka kepada awam [Kaedah 31 (10) Kaedah-kaedah Rancangan Pemajuan (Rancangan

Struktur dan Rancangan Tempatan)].

iv. Kelulusan atau Penolakan Draf Rancangan Tempatan Morib – Tg. Sepat [Seksyen 15 (1),

Akta 172]

Selepas menimbang bantahan-bantahan dan rayuan-rayuan, PBPT hendaklah menyampaikan draf

Rancangan Tempatan Morib – Tg. Sepat atau sebagaimana yang diubahsuai (dengan mengambil kira

bantahan dan rayuan tersebut) kepada Jawatankuasa Perancang Negeri bagi kelulusannya.

Jawatankuasa Perancang Negeri boleh selepas menimbangkan Draf Rancangan Tempatan yang

disampaikan kepadanya, sama ada meluluskan secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya dan

dengan atau tanpa ubahsuaian atau menolaknya. Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklah

menyampaikan Draf Rancangan Tempatan yang telah diluluskan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi

persetujuan dan apabila persetujuan diberikan, rancangan hendaklah berkuat kuasa [Seksyen 15 (1C),

Akta 172].

Hakikat persetujuan Rancangan Tempatan Morib – Tg. Sepat hendaklah disiarkan dalam Warta Negeri

dan dalam sekurang-kurangnya 2 akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan

tentang tempat di mana boleh diperiksa [Seksyen 15 (4), Akta 172].

v. Pengubahan, Pemansuhan dan Penggantian Rancangan Tempatan Morib – Tg. Sepat

[Seksyen 16(1) dan (2), Akta 172]

PBPT boleh pada bila-bila masa, atau jika diarahkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri, membuat

cadangan-cadangan untuk mengubah, memansuhkan atau menggantikan Rancangan Tempatan

Morib – Tg. Sepat.

1.2 BENTUK DAN KANDUNGAN RANCANGAN TEMPATAN

1.2.1 Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis

Peta cadangan pada asasnya memperlihatkan cadangan gunatanah bagi kawasan rancangan tempatan

secara terperinci bagi tempoh perancangan yang ditetapkan. Ia dihasilkan melalui satu pelan yang

mempamerkan keseluruhan kawasan rancangan tempatan atau beberapa pelan berdasarkan blok

perancangan yang telah ditetapkan dalam kawasan rancangan tempatan tersebut.

Peta cadangan perlu dibaca bersama-sama dengan kelas kegunaan tanah yang menerangkan jenisjenis

dan aktiviti kegunaan tanah yang dibenarkan dan tidak dibenarkan di setiap kawasan di dalam

rancangan tempatan ini.

Peta cadangan juga disokong oleh pernyataan bertulis yang akan menerangkan perkara-perkara

di bawah sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta A933:

i. Memajukan dan menggunakan tanah.

ii. Melindungi dan memperelokkan alam sekitar dari segi fizikal.

iii. Memelihara topografi semula jadi.

iv. Memperelokkan landskap.

v. Memelihara dan menanam pokok.

vi. Mengadakan tanah lapang.

vii. Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan.

viii. Memperbaiki sistem komunikasi.

ix. Mengendalikan lalu lintas.

Pelan subjek, pelan sisip, imej dan gambarajah akan menggambarkan dengan lebih jelas dan terperinci

mengenai perkara-perkara telah dijelaskan di dalam peruntukan Akta A933.

1.2.2 Garis Panduan Pelaksanaan

Garis Panduan Pelaksanaan (Jilid II) disediakan khusus bagi memandu pembangunan di sesebuah

kawasan. Ianya boleh dijadikan rujukan oleh pihak PBPT dan PBT untuk membuat keputusan semasa

memproses kelulusan kebenaran merancang. Di samping itu, laporan ini juga dapat membantu pihak

pemaju membuat rujukan di dalam menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) dan pelan tatatur.

1.3 ASAS PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN MORIB-TG. SEPAT

Rancangan tempatan merupakan satu alat yang dijadikan panduan oleh Jabatan Perancangan Bandar

dan Desa (JPBD) Negeri Selangor dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dalam mengawal selia

pembangunan di masa hadapan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan jabatan-jabatan ini

dalam menjalankan proses permohonan kebenaran merancang yang melibatkan pemajuan di kawasan

rancangan tempatan.

Selain itu, rancangan tempatan ini juga turut memberikan pemahaman dan informasi kepada orang

awam, agensi-agensi kerajaan yang lain serta pihak swasta berkenaan potensi pembangunan serta

pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pembangunan dan programprogram

yang dicadangkan.

Dalam mencapai pelaksanaan rancangan tempatan dengan lebih realistik, MDKL serta JPBD Negeri

Selangor memainkan peranan utama di peringkat pengurusan bagi mengawal selia dan memantau

kemajuan rancangan tempatan ini mengikut jadual serta tempoh yang telah ditetapkan. Selain

memastikan peruntukan yang diperolehi adalah mencukupi dan dapat menampung keperluan

pembangunan tersebut, kedua-dua pihak ini perlu saling berkaitan dalam memberikan khidmat nasihat

perancangan kepada pihak pemaju.

Pelaksanaan projek yang lebih efisyen dan cekap perlu diberikan penekanan oleh pihak-pihak yang

terlibat dalam melaksanakan projek-projek ini. Selain daripada memastikan pelaksanaan projek adalah

mengikuti garis panduan perancangan dan seiring dengan hasrat kerajaan, pihak terbabit juga perlu

melihat kepada kepentingan sosial dan alam sekitar. Ini penting bagi menjaga dan memelihara imej

tempatan, sumber pantai dan alam semula jadi yang terdapat di kawasan rancangan tempatan.

Penyertaan dari sektor swasta merupakan inisiatif bagi meningkatkan nilai pelaburan di kawasan

rancangan tempatan. Selain dapat menggalakkan kerjasama di kedua-dua belah pihak, ia juga dapat

menjana pelbagai peluang pekerjaan serta meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan penduduk.

Perlantikan agensi kerajaan sedia ada sebagai pihak penyelaras kepada kerjasama antara swasta dan

kerajaan dapat memudahkan dan melicinkan pengurusan kerja.

Pengenalan 1-2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!