08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 3

BAB 3: PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

3.1 PANDUAN GUNA TANAH UTAMA

Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada cadangan guna tanah di kawasan rancangan tempatan

sehingga tahun 2020 (Rajah 3.1.1), guna tanah pertanian merupakan guna tanah utama dengan

keluasan 9,181.62 hektar (41.26%). Guna tanah pertanian ini merupakan guna tanah yang akan

dikekalkan dan hanya akan dibangunkan pada masa hadapan dengan kawalan yang ketat. Kawasan ini

dikekalkan adalah untuk memastikan keadaan alam semula jadi dan aset pertanian sedia ada akan

terpelihara sehingga tahun 2020. Tambahan pula, kawasan pertanian di BP 2 (Kelanang) terdiri

daripada kawasan sensitif alam sekitar (KSAS). Kawasan hutan paya bakau seluas 523.79 hektar juga

turut dikawal dan mempunyai syarat yang ketat untuk dibangunkan. Pembangunan bagi kawasan hutan

paya bakau perlu mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Selain itu, kawasan pertanian di BP 4

(Batu) juga terdiri daripada kawasan yang berpotensi untuk aktiviti pelancongan agro. Kawasan

pelancongan agro ini dikenal pasti sebagai kawasan yang subur untuk tanaman pelbagai jenis buahbuahan

dan ini merupakan aset yang boleh diketengahkan di kawasan rancangan tempatan. Sebarang

pembangunan lain tidak dibenarkan untuk dijalankan di kawasan ini.

Rajah 3.1.1: Peratus Keluasan Cadangan Guna Tanah (2020)

Pertanian

41.26%

Hutan

5.10%

Pengangkutan

4.62%

Lain-lain

1.77%

Kemudahan Rekreasi

6.20%

Kediaman

26.08%

Tanah Lapang

1.60%

Perdagangan

2.16%

Pembangunan

Bercampur

8.94%

Institusi dan

Kemudahan

M asyarakat

2.27%

Rajah 3.1.1 juga menunjukkan bahawa pembangunan bercampur merupakan antara pembangunan

utama di kawasan rancangan tempatan. Pembangunan bercampur seluas 1,864.49 hektar ini adalah

kawasan yang dikhaskan untuk dibangunkan setelah semua projek komited dan cadangan

dibangunkan. Kawasan ini disediakan adalah bertujuan untuk memastikan kesesuaian pembangunan

dengan kawasan persekitaran. Hanya kawasan pembangunan bercampur (komited) seluas 125.63

hektar yang akan dibangunkan dalam tempoh rancangan tempatan oleh pihak PNSB dan Golden Hope.

Terdapat pelbagai jenis pembangunan seperti perumahan dan perdagangan yang akan dibangunkan

di kawasan ini. Pembangunan komited ini merupakan fasa ketiga projek Bandar Peranginan Pantai

Morib.

Selain itu, kemudahan rekreasi merupakan guna tanah keempat tertinggi pada tahun 2020 dengan

jumlah keluasan 1,380.71 hektar (6.20%). Kemudahan rekreasi ini terdiri daripada rekreasi maritim

(13.31 hektar), taman tema (18.90 hektar), gelanggang permainan (4.63 hektar) dan pantai (1,055.57

hektar). Keluasan kemudahan rekreasi ini juga adalah termasuk kemudahan rekreasi komited (padang

golf dan kompleks sukan) yang dicadangkan oleh pihak PNSB dan Golden Hope seluas 288.30 hektar.

Pembangunan pelbagai jenis kemudahan rekreasi di kawasan rancangan tempatan akan menggalakkan

lagi pembangunan berteraskan pelancongan maritim dan seterusnya, membantu dalam menjana

peningkatan pembangunan di kawasan rancangan tempatan.

Selain guna tanah pengangkutan (1,029.14 hektar), guna tanah perdagangan seluas 480.65 hektar juga

merupakan guna tanah yang penting di kawasan rancangan tempatan. Guna tanah ini telah meningkat

sebanyak 2.15% berbanding 63.10 hektar (0.28%) pada tahun 2003. Guna tanah perdagangan dan

perkhidmatan ini terdiri daripada perdagangan (283.07 hektar), chalet / resort (95.36 hektar), medan

selera (15.01 hektar), plaza produk desa (27.03 hektar) dan pelancongan agro (60.18 hektar).

Gabungan antara guna tanah kemudahan rekreasi dan perdagangan ini mampu menjadi daya tarikan

pelancongan di kawasan rancangan tempatan.

Secara keseluruhannya, guna tanah kediaman, rekreasi serta perdagangan merupakan guna tanah

penting yang perlu dibangunkan berdasarkan kepada perancangan yang telah ditetapkan di dalam

rancangan tempatan ini bagi memastikan pembangunan pelancongan maritim dapat dilaksanakan

dengan berjaya. Penyediaan kemudahan pengangkutan dan infrastruktur yang lengkap juga akan

membantu dalam memajukan lagi kawasan rancangan tempatan. Jadual 3.1.1 - 3.1.2 dan Rajah 3.1.2

menunjukkan panduan cadangan guna tanah utama bagi keseluruhan kawasan rancangan tempatan

dan juga mengikut blok perancangan sehingga tahun 2020.

Nota: Guna tanah ‘lain-lain’ merupakan gabungan guna tanah industri (0.59%), infrastruktur dan utiliti (0.64%) dan badan air

(0.54%) yang setelah dijumlahkan, mempunyai keluasan sebanyak 1.77% daripada keseluruhan guna tanah di kawasan

rancangan tempatan.

Guna tanah kediaman iaitu dengan keluasan 5,803.50 hektar (26.08%) merupakan guna tanah kedua

tertinggi di kawasan rancangan tempatan. Guna tanah kediaman ini telah meningkat sebanyak 24.27%

berbanding keadaan semasa (tahun 2003) seluas 802.04 hektar (3.60%). Guna tanah kediaman ini

terdiri daripada perumahan terancang berdensiti sederhana (3,130.79 hektar), perumahan

perkampungan tradisional (2,501.56 hektar) dan perumahan perkampungan berproduk (171.15 hektar).

Kawasan perumahan perkampungan tradisional akan dikekalkan dan hanya cadangan pembaikan

kemudahan infrastruktur dan utiliti sahaja akan disediakan. Ini adalah bagi mengekalkan ciri dan

keunikan yang wujud di kawasan rancangan tempatan.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.1-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!