08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 3

3.2 PANDUAN PEMBANGUNAN

3.2.1 Asas Penduduk

Cadangan guna tanah ini merangkumi cadangan sektoral yang dilakukan berdasarkan kepada

maklumat demografi, potensi guna tanah semasa dan pembangunan komited yang terdapat di kawasan

rancangan tempatan. Jumlah penduduk di kawasan rancangan tempatan akan meningkat daripada

40,126 orang pada tahun 2000 kepada 92,256 orang menjelang tahun 2020 dengan pertumbuhan pada

kadar purata 4.25 peratus setahun (Jadual 3.2.1).

Jadual 3.2.1: Jumlah Penduduk Sehingga Tahun 2020

Blok Perancangan 2000* 2005 2010 2015 2020

BP 1 (Morib) 4,307 6,851 9,265 11,540 13,802

BP 2 (Kelanang) 16,275 25,696 34,634 43,523 52,365

BP 3 (Tg. Dua Belas) 2,907 3,228 3,572 3,972 4,428

BP 4 (Batu) 16,637 17,511 18,618 20,040 21,661

Jumlah 40,126 53,286 66,089 79,075 92,256

KPPT (%) 2.28 5.84 4.40 3.65 3.13

KPPT 2000-2020 4.25

Nota: * Keadaan semasa

Menjelang tahun 2020, BP 2 (Kelanang) akan mempunyai jumlah penduduk tertinggi iaitu sejumlah

52,365 orang atau 56.76 peratus daripada jumlah penduduk di kawasan rancangan tempatan. Ia diikuti

oleh BP 4 (Batu) dengan jumlah penduduk seramai 21,661 orang (23.48 peratus) dan BP 1 (Morib)

dengan jumlah penduduk seramai 13,802 orang (14.96 peratus). Manakala BP 3 (Tg. Dua Belas)

mempunyai jumlah penduduk paling rendah iaitu 4,428 orang (4.80 peratus).

Secara keseluruhan, bagi tempoh 2000-2020, BP 1 (Morib) dan BP 2 (Kelanang) mengalami

pertumbuhan penduduk yang tinggi iaitu masing-masing pada kadar 6.00 peratus dan 6.02 peratus

setahun. Pelaksanaan Bandar Peranginan Pantai Morib menjadi penyumbang utama kepada

pertumbuhan penduduk yang tinggi di kedua-dua BP tersebut.

Pada tahun 2020 juga, kumpulan umur aktif (15-64 tahun) merupakan penduduk terbesar di kawasan

rancangan tempatan iaitu hampir 62 peratus daripada jumlah penduduk. Ia diikuti oleh kumpulan umur

bawah aktif (0-14 tahun) meliputi hampir 33 peratus dan baki sebanyak 5 peratus adalah penduduk

yang berumur 65 tahun ke atas (Rajah 3.2.1). Sepanjang tempoh perancangan, syer penduduk

kumpulan umur aktif akan terus meningkat berbanding kumpulan umur bawah aktif dan tidak aktif.

Keadaan ini menjelaskan bahawa terdapat keperluan bagi menyediakan peluang-peluang pekerjaan

dan kemudahan awam yang secukupnya di kawasan rancangan tempatan. Jumlah penduduk kumpulan

aktif di kawasan rancangan tempatan adalah bertambah daripada 24,075 orang pada tahun 2000

kepada 56,752 orang pada tahun 2020 (Jadual 3.2.2).

Jadual 3.2.2: Jumlah Penduduk Kumpulan Aktif (15-64 tahun) (2000-2020)

Blok Perancangan 2000 2005 2010 2015 2020

BP 1 (Morib) 2,629 4,346 5,985 7,259 8,415

BP 2 (Kelanang) 9,588 15,760 21,866 27,103 31,862

BP 3 (Tg. Dua Belas) 1,689 1,924 2,191 2,442 2,707

BP 4 (Batu) 10,169 11,436 12,555 13,159 13,767

Jumlah 24,075 33,466 42,597 49,963 56,751

Dengan menggunakan kadar penyertaan tenaga buruh yang diandaikan konsisten sepertimana

direkodkan dalam tahun 2000, jumlah tenaga kerja mengikut blok perancangan di kawasan rancangan

tempatan adalah meningkat daripada 13,097 orang pada tahun 2000 kepada 34,210 orang pada akhir

tahun perancangan (Jadual 3.2.3).

Jadual 3.2.3: Jumlah Tenaga Kerja Kawasan Rancangan Tempatan, 2000-2020

Blok Perancangan 2000 2005 2010 2015 2020

BP 1 (Morib) 1,447 2,312 3,243 3,907 4,739

BP 2 (Kelanang) 5,605 9,088 12,848 15,546 18,920

BP 3 (Tg. Dua Belas) 943 1,063 1,229 1,447 1,724

BP 4 (Batu) 5,102 5,662 6,447 7,486 8,827

Jumlah 13,097 18,125 23,767 28,386 34,210

Rajah 3.2.1: Piramid Struktur Umur Penduduk di Kawasan Rancangan Tempatan (2020)

LELAKI

70-74

PEREMPUAN

60-64

Selain faktor demografi, potensi guna tanah pertanian seluas 16,365.15 hektar (tahun 2003) juga

merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi cadangan yang disediakan bagi setiap sektor di

dalam rancangan tempatan ini. Cadangan yang disediakan ini juga turut mengambilkira pembangunan

komited yang akan dibangunkan di kawasan rancangan tempatan.

50-54

40-44

30-34

20-24

10-14

0-4 0-4

8000

6000

4000

2000

0 0 2000 4000 6000 8000

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.2-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!