08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

3.9.5 Cadangan KSAS Bagi BP4 (Batu)

Terdapat beberapa kawasan KSAS di BP 4 iaitu kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan

(tambahan), kawasan paya bakau, kawasan pantai dan kawasan penternakan khinzir. Oleh itu, langkahlangkah

pemeliharaan dan memperelokkan alam sekitar yang dicadangkan adalah:

i. Pemeliharaan Zon Rizab Hutan Simpan Kuala Langat Selatan

Kawasan ini perlu dipelihara sepenuhnya bagi memastikan fungsi semula jadinya dikekalkan.

ii.

Pemeliharaan Zon Hutan Paya Bakau di BPK4.1 (di Pesisiran Sg. Kundang-Sg. Batu

Untong) dan BPK4.2 (di Sepanjang Pesisiran Sg. Sepat - Sg.Tumbok)

Kawasan ini perlu dipelihara kerana mengandungi ekosistem dan sumber yang perlu dikekalkan pada

keadaan semula jadinya kerana ciri-ciri kesensitifan yang signifikan (kawasan pemuliharaan di mana

pembangunan tidak dibenarkan).

Untuk tujuan tersebut, garis panduan khusus bagi zon hutan paya bakau perlu dipatuhi seperti berikut:

• Tiada pembangunan dibenarkan di kawasan hutan paya bakau kecuali rekreasi rimba,

penyelidikan dan pemerhatian terhadap spesis hidupan yan terdapat di dalam kawasan ini.

Pemusnahan hutan paya bakau dilarang sama sekali di kawasan zon penampan tersebut.

• Pembangunan di kawasan berhampiran hutan paya bakau perlu mengikut anjakan yang telah

ditetapkan. Kawasan penampan selebar 30 m mesti diadakan di antara kawasan pembangunan

dan hutan paya bakau atau mengikut jenis pembangunan.

• Hanya 20 peratus daripada keluasan sesuatu hutan paya bakau boleh dibangunkan bagi tujuan

eko pelancongan, penyelidikan dan sebagainya tanpa pemotongan atau penebangan pokok.

• Pembuangan sampah dan kumbahan di

kawasan hutan paya bakau dilarang sama

sekali.

• Pembangunan hanya dibenarkan di

peringkat minimum supaya tidak

menjejaskan keaslian kawasan serta tidak

menyebabkan pencemaran.

• Kemudahan-kemudahan yang disediakan

adalah yang berbentuk semula jadi dan

tidak melibatkan penggunaan kenderaan

berjentera seperti perahu, sampan, laluan

pejalan kaki, jambatan gantung dan

sebagainya.

Keadaan bakau di Tg. Sepat yang memerlukan

pemeliharaan rapi agar tidak musnah akibat pencemaran.

iii. Pemeliharaan Zon Pantai (BPK4.1 dan 4.2)

Terdapat cadangan pembangunan yang telah dicadangkan bagi mengeksploitasi kawasan berdekatan

dengan pesisiran pantai. Tanpa perancangan yang rapi dan tersusun, pembangunan kawasan yang

sensitif seumpama ini akan memudaratkan dan mengakibatkan gangguan ekosistem semula jadi

pantai.

Di antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk pembangunan yang melibatkan kawasan di belakang

garis pantai adalah seperti berikut:

• Perlu menyediakan anjakan pembangunan am iaitu 60 m untuk pantai berpasir dan 400m

untuk pantai yang ditumbuhi paya bakau.

• Tiada pembangunan dibenarkan di atas ‘dune’ pantai, beting pasir dan spit pasir serta di

kawasan hutan paya bakau yang digazet sebagai rizab hutan tetap.

• Kerja kawalan hakisan pantai dan anjakan penyelenggaraan yang mencukupi perlu disediakan.

Bagaimanapun, kawalan hakisan seperti ‘vertical faced wall’ tidak digalakkan. Jalan untuk

akses orang awam ke pantai juga perlu disediakan.

• Kesemua kawasan dalam had anjakan (60 m untuk kawasan pantai berpasir dan 400 m untuk

hutan paya bakau) perlu dikekalkan sebagai tanah kerajaan.

iv.

Kawalan Pembangunan di Muara Sg. Batu Untong, Sg. Kundang dan Sg. Sepat (BPK4.1

dan BPK4.2)

• Tiada sebarang pembangunan kekal dibenarkan di kawasan zon muara sungai dan di kawasan

rizab sungai. Kelebaran rizab berdasarkan keluasan sungai seperti yang telah ditetapkan oleh

JPS. Menggalakkan bangunan mengadap ke arah sungai untuk menjaga estetika sepanjang

sungai serta tidak menjadikan sungai sebagai tempat buangan akhir dari dapur.

• Langkah-langkah menahan hakisan ditentukan dan dirancang bersama dengan perancangan

pembangunan kawasan yang berhampiran tebing.

• Sebarang struktur seperti jeti, restoran terapung, ‘chalet’ dan lain-lain hendaklah didirikan di

atas tiang supaya tidak mengganggu aliran air.

• Memastikan bahawa sisa-sisa buangan pepejal dan air kumbahan tidak dibuang terus ke

sungai.

iii.

Pemindahan Aktiviti Ternakan Khinzir ke Kawasan PFA yang Dibenarkan

Aktiviti penternakan khinzir di Ladang Tumbok, Batu Untong, Tg. Layang, Ladang Bedford dan

Kanchong Laut perlu diberi perhatian serius kerana potensinya yang tinggi untuk mencemarkan alam

sekitar sama ada dari segi bau, pencemaran air sungai dan air laut. Kesan utama bau busuk adalah

amat ketara di dua kawasan iaitu di kawasan Ladang Tumbok dan kawasan Tg. Layang - Batu Untong

- Ladang Bedford. Kesan bau dapat dikesan sehingga 1km bagi kawasan Ladang Bedford / Batu

Untong dan 3km radius di kawasan Tumbok 3. Seterusnya kualiti air di sepanjang sungai-sungai utama

dan pesisiran pantai telah dicemari oleh BOD dan ammoniakal Nitrogen (NH3-N) berpunca dari sistem

rawatan kumbahan yang kurang berkesan terutamanya di pesisiran pantai di Tumbok, Batu Untong dan

Tg. Layang. Selain daripada itu, keadaan fizikal parit-parit dan sungai-sungai utama sebelum menuju

ke kawasan pantai yang tidak berkesan dan tidak terpelihara juga menjadi punca pencemaran.

Berdasarkan statistik Julai 2003, konsentrasi bilangan khinzir adalah semakin meningkat di mana

konsentrasi ladang adalah di Ladang Tumbok, Tg. Sepat (66 ladang), Tg. Layang (30 ladang) dan Batu

Untong (19 ladang) selain daripada Ladang Bedford dan Kanchong Laut. Dengan anggaran keluaran

BOD sebanyak 0.07 juta gelen/hari, masalah pencemaran air akan bertambah buruk sebanyak 24

peratus sekiranya sistem yang digunakan masih lagi di tahap yang sama.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.9-5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!