08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 2

2.4.3 Strategi Perumahan

Strategi yang telah ditetapkan untuk pembangunan perumahan di kawasan rancangan tempatan adalah:

i. Memastikan hanya perumahan berdensiti sederhana dan rendah sahaja yang dijalankan

di kawasan rancangan tempatan bagi mengekalkan densiti dan keadaan sedia ada.

ii. Menyediakan zon pelebaran di setiap kawasan perkampungan tradisional sedia ada bagi

memudahkan kerja-kerja menaik taraf tahap kemudahan masyarakat dan infrastruktur.

iii. BP 1 (Morib) akan dibangunkan dengan kawasan petempatan terancang bagi memenuhi

keperluan penduduk di masa akan datang dan mengukuhkan peranan sebagai pusat

petempatan utama.

iv. Pekan Tg. Sepat akan menjadi tumpuan selain BP 1 (Morib) untuk dijadikan sebagai kawasan

petempatan terancang. Ini bertujuan untuk memberikan alternatif kepada penduduk dalam

memilih jenis petempatan yang selesa untuk didiami. Ini juga secara tidak langsung akan

menggalakkan pelaburan di kawasan rancangan tempatan.

v. Bahagian utara Mukim Kelanang akan dijadikan sebagai kawasan perbandaran berteraskan

kawasan perumahan bagi menampung penyerakan pembangunan dari Bandar Banting.

vi. Keadaan perumahan terancang sedia ada akan dibaikpulih dan disediakan dengan kemudahan

infrastruktur dan utiliti yang maksimum bagi meningkatkan keselesaan penduduk setempat.

2.4.4 Strategi Kemudahan Masyarakat dan Institusi

i. Memastikan penyediaan kemudahan masyarakat di seluruh kawasan rancangan tempatan

mengikut keperluan unjuran penduduk agar mampu memberikan keselesaan yang maksimum.

Bangunan kemudahan yang telah buruk dan usang perlulah dibaikpulih bagi mengekalkan

fungsinya sebagai kemudahan masyarakat kepada penduduk. Selain itu, bangunan kemudahan

yang mempunyai struktur separuh kekal dan tidak kekal perlu dibangunkan semula dan

diselenggara dengan sempurna.

ii. Penyediaan institusi-institusi kerajaan, latihan dan penyelidikan di BP 1 (Morib) dan BP 4 (Batu)

adalah perlu bagi menggalak dan mempelbagaikan jenis pembangunan di kawasan rancangan

tempatan.

2.4.5 Strategi Perdagangan

i. Menyediakan perancangan pembangunan kawasan perdagangan secara berpusat dengan

tujuan untuk memudahkan pengurusan dijalankan. Ini juga secara tidak langsung akan

meningkatkan kualiti perancangan dan visual di kawasan rancangan tempatan. Premis

perdagangan sedia ada yang terletak di kawasan yang tidak dizonkan sebagai kawasan

perdagangan akan ditempatkan semula ke kawasan yang dicadangkan.

ii. Penglibatan usahawan Bumiputera di kawasan rancangan tempatan akan dipertingkatkan

dengan penyediaan Plaza Produk Desa di BP 1 (Morib) dan BP 4 (Batu). Plaza ini akan

berperanan sebagai ‘one stop centre’ yang memberi kemudahan kepada pelancong

mendapatkan barangan desa. Secara tidak langsung, plaza ini juga akan menggalakkan

pengusaha industri desa untuk memasarkan barangan desa secara berpusat. Selain itu,

cadangan zon perkampungan berproduk di BP 4 (Batu) juga akan memberi peluang kepada

usahawan Bumiputera menceburi bidang perdagangan ini.

iii. Tg. Sepat yang berfungsi sebagai Pusat Perniagaan dan Pusat Perkhidmatan di Negeri

Selangor akan dibangunkan dengan perniagaan dan perindustrian yang terancang, juga

memberikan penekanan utama terhadap produk pelancongan berasaskan produk laut.

iv. Memastikan jalinan antara sektor perdagangan dengan sektor-sektor ekonomi yang lain seperti

pertanian, pelancongan dan industri akan diperkuatkan melalui pendekatan bersepadu seperti

membina gerai buah-buahan, pusat produk akuakultur, restoran makanan laut, pusat herba dan

pusat internet (cybercafe) di lokasi yang strategik.

2.4.6 Strategi Perindustrian

i. Memastikan aktiviti perindustrian sedia ada (bengkel-bengkel kejuruteraan, bengkel motor dan

juga perusahaan memproses produk berasaskan makanan) akan ditempatkan semula

ke kawasan taman perindustrian yang dicadangkan di BP 2 (Kelanang) dan BP 4 (Batu). Taman

perindustrian ini akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik dan

air, sistem perparitan, jalinan jalan raya, telekomunikasi, sistem pembuangan sampah dan lainlain.

ii. Kedudukan lokasi taman perindustrian dan aktiviti yang dijalankan perlulah dipantau dan

dikawal agar pembangunan yang dijalankan mematuhi piawaian, garis panduan pembangunan

dan alam sekitar.

2.4.7 Strategi Pelancongan

i. Zon pesisiran pantai (1 km ke sebelah darat – ‘back shore’) yang bermula dari Morib sehingga

Tg. Sepat akan dibangunkan dengan pelbagai aktiviti dan pembangunan yang berteraskan

rekreasi marin seperti resort, chalet, restoran terapung, pusat rekreasi air (kayak, ‘boating’,

‘yatching’, ‘jet-ski’, luncur layar dan lain-lain) yang akan meningkatkan lagi potensi

pembangunan di kawasan ini.

ii. Membangunkan aktiviti pelancongan yang berpotensi di kawasan rancangan tempatan seperti

pelancongan berasaskan istirehat, alam semula jadi, agro dan khusus (program balik

kampung).

iii. Membina kemudahan-kemudahan sokongan pelancongan seperti perhentian bas, tempat letak

kereta, tandas awam, bilik persalinan, tempat berteduh tepi pantai dan kemudahan bagi

pengunjung kurang upaya bagi menggalakkan kedatangan pelancong.

iv.

Menyediakan program kerjasama antara MDKL dan agensi-agensi lain yang berkaitan seperti

LPPM, Tourism Selangor Sdn Bhd dan sektor swasta untuk mempromosikan dengan giat

kawasan rancangan tempatan sebagai destinasi pelancongan.

v. Menyediakan pelbagai jenis penginapan dengan reka bentuk yang unik bagi menarik pelbagai

segmen pasaran yang berlainan termasuk pelancong domestik dan pelancong asing.

2.4.8 Strategi Reka Bentuk Bandar

Strategi reka bentuk bandar yang ditetapkan di dalam rancangan tempatan ini adalah:

i. Bandar Morib dan Pekan Tg. Sepat akan disediakan dengan elemen perabot jalan dan

kemudahan rekreasi yang lebih sistematik bagi meningkatkan lagi keupayaan kawasan

rancangan tempatan ini sebagai destinasi pelancongan yang lebih menarik.

ii. Menyediakan sebuah tempat ‘staging point’ yang lengkap dengan kemudahan dan ciri-ciri pusat

bandar bagi meningkatkan lagi peranan dan fungsi Pekan Batu Laut.

iii. Menaik taraf jeti yang terdapat di kawasan rancangan tempatan bagi mempelbagaikan fungsi

seperti dari aspek perikanan, pelancongan dan juga ekonomi.

iv. Mewujudkan imej dan identiti setiap bandar dengan elemen-elemen yang dimiliki oleh setiap

penempatan.

v. Kawasan kampung sedia ada akan dikekalkan dengan reka bentuk dan persekitaran sedia ada.

Konsep dan Strategi Pembangunan 2-4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!