08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

• Semua hutan paya bakau yang tumbuh di bahagian hadapan pantai mesti dikekalkan dan

dipelihara untuk membantu mengawal hakisan.

• Kawasan hutan paya bakau yang telah ditebang mesti ditanam semula.

• Semua kawasan-kawasan hutan paya bakau yang telah musnah akibat pencemaran air perlu

ditanam semula setelah langkah-langkah mengurangkan pencemaran dijalankan.

• Bagi tujuan penanaman semula, tapak semaian (nursery) bagi tumbuh-tumbuhan bakau mesti

dibina untuk menghasil benih-benihnya. Tapak semaian ini mesti ditempatkan di kawasan paya

bakau sedia ada.

• Penanaman benih boleh dijalankan apabila pokok benih mencapai ketinggian 60 sm hingga 80

sm.

• Mengikut amalan penanam pokok bakau di Amerika Selatan, pembajaan perlu menggunakan

beg. Beg baja dimasuk ke dalam lubang di mana benih pokok bakau akan ditanam.

3.10.9 Kawalan Terhadap Cadangan Pembinaan Insinerator di BP 4 (Batu)

Cadangan pembinaan insinerator di BP 4 (Batu) disediakan adalah untuk memberikan kemudahan

kepada pihak Majlis dalam menguruskan sisa buangan di kawasan rancangan tempatan dan kawasan

berhampiran. Tambahan pula, kadar tampungan bagi tempat pelupusan sampah sedia ada di Sg. Sedu

akan mencapai tahap maksimum.

Beberapa langkah yang perlu dilakukan sekiranya cadangan pembinaan insinerator ini dilaksanakan

adalah seperti berikut:

• Memastikan lokasi yang sesuai dengan jarak pembangunan sekitar.

• Menyediakan reka bentuk dan pengurusan insinerator yang terbaik bagi memastikan sisa

pembuangan tidak mencemarkan kawasan rancangan tempatan dan persekitarannya.

• Menggunakan sistem insinerator termoden yang kini diaplikasikan di Osaka, Jepun agar kualiti

persekitaran sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.

• Memastikan sisa buangan tidak dibuang atau ditanam di kawasan rancangan tempatan. Ini

adalah untuk mengelakkan berlakunya pencemaran udara, air dan struktur semula jadi tanah.

Selain itu, beberapa kajian yang perlu dilakukan sebelum sebarang pembinaan insinerator dijalankan di

kawasan rancangan tempatan ini adalah:

• Kajian dari aspek kejuruteraan dan geoteknik kerana tanah di kawasan ini terdiri daripada jenis

gambut.

• Kajian mengenai paras air bawah tanah dan kesannya terhadap persekitaran. Ini adalah kerana

kajian awal mendapati paras air di bahagian akuifer atas kawasan rancangan tempatan ini

adalah tinggi iaitu antara 0.5 m sehingga 2.0 m dan mempunyai trasmisiti yang tinggi.

Sekiranya cadangan pembinaan insinerator ini akan dijalankan di kawasan rancangan

tempatan, kawalan yang terperinci perlu disediakan untuk mengelakkan sebarang kesan

pencemaran terhadap persekitaran.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.10-4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!