08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

3.10 CADANGAN GEOGRAFI FIZIKAL

3.10.1 Pengenalan

Beberapa kawasan di dalam rancangan tempatan ini dikenalpasti mempunyai potensi untuk

dibangunkan sebagai kawasan pelancongan dan pembangunan lain yang akan menjana kemajuan dan

peningkatan tahap ekonomi di kawasan rancangan tempatan ini. Beberapa garis panduan dan kawalan

pembangunan yang rapi perlu dipatuhi agar tidak menjejaskan keadaan semula jadi yang terdapat di

kawasan rancangan tempatan ini.

3.10.2 Kawalan Terhadap Tapak Pembangunan

Kebanyakan kawasan rancangan tempatan ini mempunyai struktur tanah yang lemah dan terdiri

daripada tanah jenis gambut. Tahap ketebalan tanah ini adalah sehingga 12 m dan ianya akan

mengakibatkan mendapan tanah jika ia dibebankan oleh pembinaan dan infrastruktur. Pada musim

kemarau, tanah gambut ini akan menjadi kering dan berkemungkinan terbakar secara semula jadi.

Tanah jenis ini perlu dikorek terlebih dahulu dan dirawat sebelum melaksanakan sebarang

pembangunan di atasnya. Kebiasaannya, pemasangan cerucuk (piling) perlu dilakukan untuk

mengukuhkan struktur binaan.

Langkah-langkah pengawalan telah disediakan adalah seperti berikut:

• Peta geologi dan geoteknik dalam bentuk Sistem Maklumat Geografi mesti digunakan sebagai

panduan untuk menentukan jenis pembangunan yang sesuai dijalankan.

• PBPT perlu memastikan bahawa setiap permohonan pembangunan perlu menjalankan kajian

tapak geologi dan geoteknik terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Keputusan

kajian tapak ini akan diserahkan sebagai sebahagian daripada syarat permohonan.

• Kajian tapak yang melibatkan penggerudian rotari, kajian lapangan atau kajian geofizik perlulah

dilakukan terlebih dahulu sebelum memberikan kelulusan terhadap sebarang permohonan.

• Ujian lapangan seperti penelukan piawai, ‘geonor vane’ dan ketelapan (permeabiliti) mesti

dibuat untuk mengetahui kekuatan tanah bawah permukaan dan keadaan geohidrologi.

• Ujian ‘undisturbed sample’ dan penelukan piawai perlu dijalankan untuk menentukan

pengkelasan saiz sedimen.

• Ujian makmal UCS (Unconfined Compression Shear) dan TCS (Triaxial Compression Shear)

mesti dibuat jika lapisan lempung melebihi daripada 1.5 m didapati wujud di bawah permukaan

tanah.

• Semua lubang penggerudian rotari mesti dipasang dengan paip PVC yang mengandungi lubang

‘slot’ untuk mengambil sampel air tanah dan ukuran paras air tanah.

• Ujian kandungan pH, kandungan SO 4 -- dan Cl - mestilah dilakukan terhadap sampel air tanah.

• Laporan geologi dan geoteknik mestilah menekankan mengenai kehadiran tanah lemah dan

gambut di kawasan pembangunan dan juga lain-lain potensi geobencana yang mungkin wujud.

Laporan kaedah mitigasi perlu dikemukakan apabila potensi geobencana dikenalpasti.

• Pastikan semua jenis tanah gambut akan dikorek keluar terlebih dahulu dan digantikan dengan

tanah yang sesuai sebelum sebarang aktiviti pembinaan dijalankan.

• Pengeksploitasian air tanah secara berleluasa adalah tidak dibenarkan untuk mengelakkan

daripada amblesan (subsidence) tanah.

• Pembangunan yang dicadangkan perlulah menyediakan kaedah mengelakkan banjir.

3.10.3 Kawalan Terhadap Kawasan Pantai Berpasir (Morib sehingga Kanchong Laut)

Pantai berpasir yang terdapat di Pantai Kelanang sehingga Kanchong Laut perlu dipulihara bagi

mengekalkan dan memajukan Morib sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi marin. Sedimen pasir

dan lumpur yang dibawa oleh Sg. Langat kini telah membentukkan sebuah delta yang didapati wujud di

bawah laut dengan kedalaman antara 0.6 m hingga 2.1 m di bawah aras permukaan laut.

Arus pesisiran pantai (long shore drift) di kawasan rancangan tempatan ini bergerak kebanyakannya

dari barat laut menuju tenggara dan keadaan ini telah menghasilkan pasir dari kuala Sg. Langat hingga

ke Kanchong Laut dan kawasan paya bakau. Arus pantai ini juga akan menghakiskan sedimen pantai

dan jika keadaan ini tidak dikawal, hakisan akan berlaku.

Langkah-langkah ke arah mengekalkan dan memelihara pantai berpasir adalah seperti berikut:

• Sebarang kerja menggali atau mengambil pasir pada semua bahagian Sg. Langat hingga

Kanchong Laut adalah dilarang agar proses penyumbangan pasir kepada pantai yang wujud

secara semula jadi tidak terganggu.

• Sebarang pembinaan yang akan menghalang aktiviti pengangkutan sedimen mengikut arus

pesisiran pantai adalah tidak dibenarkan.

• Garis Panduan Perancangan di Kawasan Pesisiran Pantai yang disediakan oleh JPBD dan

syarat lain yang ditetapkan oleh RSKL mesti digunapakai bagi setiap jenis permohonan

pembangunan di kawasan rancangan tempatan ini.

• Sebarang aktiviti pemuliharaan kawasan pantai hanya dibenarkan untuk dijalankan di bahagian

luar pantai dan perlulah mengekalkan keadaan pantai berpasir sedia ada.

Bagi kawasan pantai yang terlibat dengan

aktiviti pembuangan abu mayat (terutama di

Kanchong Laut), beberapa langkah yang perlu

dilakukan untuk membersihkan semula keadaan

pantai ini adalah seperti berikut:

• Bekas-bekas tembikar, logam dan

benda-benda pejal seperti tulang mesti

dikutip secara fizikal dari kawasan

pantai yang terlibat.

• Pengutipan ini mestilah dijalankan

ketika air surut (kadar air surut terendah

untuk satu tahun) dengan kekerapan 1

kali sebulan.

Kawasan Pantai Kanchong Laut yang berpasir dan

berpotensi untuk dibangunkan memerlukan pemeliharaan

untuk terus dikekalkan.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.10-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!