08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

a. Langkah-Langkah Pengurusan Ladang Khinzir Jangka Pendek (1-5 tahun)-mengambil

langkah-langkah kawalan pencemaran dari ternakan khinzir

Bagi mengelakkan gangguan berpunca dari pencemaran air dan bau busuk ini berterusan, ladangladang

hendaklah mematuhi kriteria ‘good management practice’ yang disarankan seperti piawaian

pematuhan kepada kepekatan BOD yang dilepaskan, jarak minimum dari kediaman berhampiran selain

dari kriteria-kriteria lain yang boleh membantu memperbaiki kod amalan ternakan khinzir seperti berikut:

• Kawasan yang berpagar.

• Jarak minimum kandang dari pagar sekurang-kurangnya 10m.

• Jarak minimum kolam pengolahan dari pagar sekurang-kurangnya 10m.

• Jarak minimum dari kawasan kediaman berhampiran sekurang-kurangnya 500m.

• Mempunyai zon penampan di sekeliling kawasan ternakan khinzir.

• Pelepasan BOD tidak melebihi 50 mg/l.

b. Langkah Pengurusan Jangka Panjang (1-10 tahun) - Perpindahan ke Kawasan PFA dan

Penutupan Serta Pemulihan Kawasan Bekas Ternakan Khinzir

Langkah jangka panjang bagi mengelakkan isu dan masalah berkaitan dengan aktiviti ternakan khinzir

adalah dengan memindahkan aktiviti perladangan khinzir di kawasan yang telah dikenalpasti sebagai

kawasan ‘Pig Farm Area’ (PFA) sebagaimana telah dipersetujui oleh kerajaan Negeri. Pada masa ini

perancangan awal kawasan PFA bagi Negeri Selangor adalah di kawasan Serendah. Ini adalah bagi

meningkatkan kualiti dan keselamatan produk, mesra pengguna dan mencegah kawalan penyakit.

c. Garis Panduan Khusus Bagi Perladangan Khinzir Yang Baik

Pengolahan Sisa

• Tidak dibenarkan melepaskan sisa mentah atau air buangan yang tidak diolah daripada ladang

khinzir.

• Semua sisa daripada khinzir (pepejal dan cecair) perlu dikumpul dan diolah dengan sempurna

dengan tidak menyebabkan sebarang kacau ganggu awam dan lalat membiak.

• Penternak perlu memasang peralatan pengasingan sisa pepejal dan cecair untuk

mengurangkan jumlah sisa pepejal dan meningkatkan keberkesanan sistem.

• Saliran atau perparitan berasingan mesti dibina untuk aliran air hujan dan air buangan khinzir

daripada setiap kandang.

• Air buangan khinzir mesti disalurkan melalui parit konkrit atau ‘lined drain’ atau paip yang mesti

sentiasa dicuci supaya tidak tersumbat.

• Hanya satu ‘discharge point’ dibenarkan di ladang.

• ‘Zero-discharge’ di mana air dikitar semula dan diguna semula sepenuhnya di ladang

digalakkan.

• Pembuangan cecair dan pepejal akan dikawal berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen Perindustrian) 1979, yang telah

ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Penternak dibenarkan memilih sebarang sistem

atau teknologi pengolahan sisa di pasaran atau disyorkan yang memenuhi keupayaan yang

telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

• Efluen daripada ladang khinzir mesti mempunyai ‘Biochemical Oxygen Demand’ tidak melebihi

50 mg/l dan parameter lain juga mesti dalam had yang telah ditetapkan oleh Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974.

• Sisa pepejal daripada khinzir mesti distabilkan dan disimpan dengan sempurna di ladang tanpa

mengakibatkan kekacauan awam atau keadaan pembiakan lalat.

Lokasi Ladang dan Infrastruktur

• Kawasan pengeluaran ladang perlu dipagar. Jarak di antara kandang khinzir dan pagar mesti

tidak kurang daripada 10 m.

• Jarak antara sistem pengolahan sisa dan pagar juga mesti tidak kurang daripada 10 m.

• Lokasi ladang tidak kurang 0.5 km daripada sebarang rumah kediaman. Hanya stesen pekerja

dibenarkan di ladang. Penternak dan ahli keluarganya tidak dibenarkan menginap di ladang.

Sanitasi

• Persekitaran ladang dan kandang khinzir mesti bersih.

• Semua sampah mesti dikutip dan dibuang secara sempurna.

• Kemudahan pembasmi kuman yang sempurna perlu disediakan di pintu masuk ke kawasan

pengeluaran.

• Semua kemudahan pembasmi kuman perlu sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.

ii.

Garis Panduan Khusus Pembangunaan Insinerator

Sisa pepejal perbandaran mengandungi pelbagai jenis sisa buangan disebabkan oleh pelbagai puncapunca

dan sumber-sumber yang berlainan, seterusnya memerlukan satu kaedah pelupusan yang

terkawal dari segi operasi dan pemeliharaan alam sekitar.

Walaupun terdapat pelbagai kaedah pelupusan seperti penimbusan tanah buangan pepejal (sanitary

landfill), keperluan keluasan tanah yang tinggi telah menjurus kepada pemilihan insinerator sebagai

alternatif kepada masalah pelupusan buangan pepejal perbandaran (municipal solid waste). Insinerator

(loji penunuan) adalah merupakan satu kemudahan pelupusan secara pembakaran yang terkawal.

Bahan buangan akan melalui proses pembakaran di dalam suhu tinggi yang akan menukarkan bahan

buangan yang telah dioksidakan kepada bahan bergas yang dilepaskan sebagai ‘flue gas’, slag dan

lebihan bahan pepejal (ash). Terdapat beberapa isu yang akan timbul dan mempunyai perkaitan

dengan cadangan pembinaan insinerator di BP ini iaitu:

• Kualiti udara akan bertambah buruk disebabkan oleh pelepasan bahan berbahaya seperti

toksin, dioksida, ‘furans’, logam berat, sulfur dan nitrogen oksida, pepejal terampai dan bahan

pencemar lain.

• Mempunyai risiko terhadap kesihatan penduduk terutama yang tinggal berdekatan dengan

kawasan cadangan insinerator. Ini adalah berpunca daripada pelepasan pencemar udara

dalam jangkamasa yang berterusan.

• Mempunyai risiko dari tumpahan dan kemalangan semasa pengangkutan dan sebagainya.

• Kemungkinan berlakunya kebakaran atau letupan bahan berbahaya dari percampuran bahanbahan

yang berbahaya.

• Ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan operator.

Pembangunan dan operasi insinerator untuk buangan sisa pepejal perbandaran adalah dikategorikan

sebagai Aktiviti Yang Ditetapkan di bawah Item 18 (b)(i) – Buangan Pepejal Perbandaran : Pembinaan

Penunuan, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam

Sekeliling) 1987, di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Oleh itu, satu laporan Kesan Kepada

Alam Sekeliling (EIA) perlu disediakan dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah dan mendapat

kelulusan sebelum pembangunannya dimulakan.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.9-6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!