08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 3

g. ‘Screening Element’

Kawasan Pekan Tg. Sepat

kebanyakannya tidak terurus dan

kelihatan agak usang terutamanya di

kawasan perniagaannya. Dicadangkan

‘screening element’ yang mana dapat

menutup kawasan atau pun permukaan

yang terbiar dan buruk dari tontonan

orang ramai. ‘Screening element’ ini

merupakan binaan yang bukan untuk

jangka masa yang panjang, di mana

sekiranya kawasan itu akan dibangunkan,

ianya boleh dirobohkan. Dicadangkan

disepanjang jalan utama iaitu laluan

Persekutuan 5 di dalam kawasan Pekan

Tg. Sepat dibina ‘screening element’ ini

untuk menutup kawasan yang agak

terbiar.

ii.

Batu Laut

Batu Laut yang terletak di antara Bandar Morib dan Pekan Tg. Sepat bertindak sebagai pusat

pertumbuhan strategik. Sebagai sebuah pekan kecil, Batu Laut mempunyai keistimewaan dan

keunikannya yang tersendiri. Pekan ini berfungsi sebagai tempat pengumpulan hasil-hasil pertanian

penduduk sekitar. Namun begitu akibat kurangnya elemen-elemen reka bentuk bandar di tempat-tempat

tumpuan, mercu tanda dan paksi visual telah menenggelamkan ciri-ciri rupa bandar tersebut.

a. Menaiktaraf Laluan Pesisiran Pantai Bagi Mewujudkan ‘Scenic Drive’

Dicadangkan laluan di sepanjang

pesisiran Pantai Batu Laut dinaiktaraf

sebagai kawasan ‘scenic drive’ dengan

penyediaan elemen-elemen reka bentuk

bandar seperti ‘promenade’ dan

‘esplanade’, perabot jalan serta elemen

landskap lembut dan kejur. Dicadangkan

juga kawasan pesisiran Pantai Batu Laut

ini terutamanya kawasan hujung pantai

untuk dijadikan kawasan melihat

panorama matahari terbenam.

Penyediaan pondok khas, menara tinjau

atau wakaf yang sesuai perlu disediakan

untuk aktiviti ini. Secara tidak langsung

kawasan ini dilihat berpotensi sebagai

kawasan rekreasi kedua selepas Pantai

Morib.

‘Screening element’ yang disediakan di Pekan Tg. Sepat ini akan

meningkatkan kualiti visual seterusnya menimbulkan identiti yang unik

bagi kawasan ini.

Keratan rentas ‘scenic-drive’ bagi jalan 40m.

Garis panduan untuk kawasan ‘scenic-drive’ ini adalah:

• Setiap program dan peruntukan khusus yang dibangunkan untuk kawasan ini haruslah

menekankan kepada perlindungan dan peningkatan latar depan (foreground) koridor.

• Utiliti-utiliti seperti talian komunikasi (STMB) dan talian kuasa (TNB) di sepanjang koridor ini

hendaklah dipasang di dalam tanah.

• Jalan-jalan baru hendaklah mengikut kontur supaya ia kelihatan semula jadi dan ditanam

dengan spesis tumbuhan asal atau tanaman lain yang sesuai dengan lanskap.

• Tumbuhan asal yang menjadi tanda kawasan tersebut harus dipelihara atau dibaik pulih supaya

kedudukan lanskap tersebut seimbang dengan pembinaan jalan dan pembangunan lain.

ii.

Mengindahkan Plaza Produk Desa

Sebuah bangunan kekal yang mempunyai reka bentuk menarik dan mempunyai tema yang bersesuaian

dengan plaza produk desa dicadang akan dibina di Batu Laut. Bangunan plaza ini akan dilengkapi

dengan kemudahan perniagaan, ruang legar, surau, tandas dan tempat letak kereta. Aktiviti utama

plaza ini adalah jualan hasil laut hasil tangkapan penduduk tempatan. Aktiviti ini juga akan dapat

mewujudkan identiti bagi kawasan ini di mana orang ramai akan mengenali kawasan Batu Laut sebagai

pusat jualan hasil laut yang segar dan berkualiti. Antara produk lain yang boleh dipasarkan di sini

adalah pelbagai jenis kerepek, herba, barangan kraftangan dan lain-lain lagi.

iii.

Pembinaan Jeti Baru dan Menaiktaraf Masjid Sedia Ada

Sebuah jeti baru akan disediakan di

kawasan Pantai Batu Laut yang juga

digunakan bagi aktiviti rekreasi

berasaskan air. Antara aktiviti yang

berpotensi dijalankan di sini adalah

memancing, memberi makan kepada ikan

dan lain-lain lagi. Aktiviti seperti kayak,

‘boat riding’ dan luncur layar juga boleh

dijalankan di kawasan ini. Masjid sedia

ada di Batu Laut juga akan dinaiktaraf

dengan mempertingkatkan struktur binaan

dan reka bentuk fasad agar mampu

berperanan sebagai ‘focal point’ bagi

pembangunan di kawasan ini.

iv.

Medan Makanan Laut

Kawasan pinggiran Pantai Batu Laut ini berpotensi untuk dibangunkan dengan Medan Selera Makanan

Laut. Pemandangan menghadap laut dan hasil laut yang segar menjadikan cadangan pembangunan ini

menjadi salah satu bahan tarikan bagi kawasan Batu Laut. Dengan teknik pencahayaan yang berkesan,

kawasan medan selera ini akan menjadi lebih menarik terutamanya pada waktu malam. Penawaran

menu yang pelbagai terutamanya pelbagai jenis ikan bakar akan menambahkan minat orang ramai

untuk mengunjungi medan ini.

v. Zon Hala Masuk

Kerja menaiktaraf masjid di Batu Laut akan menjadi ‘focal point’ bagi

pembangunan di kawasan ini.

Dicadangkan elemen-elemen yang mempunyai ciri-ciri menarik dan identiti tersendiri untuk kawasan

Batu Laut ditonjolkan di zon hala masuk dari arah Tg. Sepat. Imej yang dapat ditonjolkan di kawasan ini

adalah seperti penyediaan papan tanda, arca atau replika yang dapat menggambarkan imej atau identiti

kawasan pengeluaran barangan kampung seperti kerepek, herba, hasil laut dan sebagainya. Ini secara

tidak langsung dapat memberi kesan ‘sense of welcoming’ dan dapat menarik perhatian bagi pelancong

yang datang dari arah Daerah Sepang.

Pandangan sisi reka bentuk pembangunan ‘scenic drive’ yang akan dibangunkan di Batu Laut.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.6-31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!