08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

ii.

Pemeliharaan Zon Pantai (BPK2.1)

Langkah-langkah tersebut adalah sepert berikut:

Terdapat cadangan pembangunan yang telah dicadangkan bagi mengeksploitasi kawasan berdekatan

dengan pesisiran pantai. Tanpa perancangan yang rapi dan tersusun, pemajuan dan pembangunan

kawasan yang sensitif seumpama ini akan memudaratkan ekosistem semula jadi pantai.

Syarat-syarat untuk pembangunan yang melibatkan kawasan di belakang garis pantai adalah:

• Perlu menyediakan anjakan pembangunan am iaitu 60m untuk pantai berpasir dan 400m untuk

pantai yang ditumbuhi paya bakau.

• Tiada pembangunan dibenarkan di atas ‘dune’ pantai, beting pasir dan spit pasir serta di

kawasan hutan paya bakau yang digazet sebagai rizab hutan tetap.

• Kerja kawalan hakisan pantai dan anjakan penyelenggaraan yang mencukupi perlu disediakan.

Bagaimanapun, kawalan hakisan seperti ‘vertical faced wall’ tidak digalakkan. Satu jalan untuk

akses orang awam ke pantai juga perlu disediakan.

• Kesemua kawasan dalam had anjakan (60m untuk kawasan pantai berpasir dan 400 m untuk

hutan paya bakau) perlu dikekalkan sebagai Tanah Kerajaan.

iii.

Mengawal Pembangunan di Kuala Sg. Langat dan Sg. Kelanang (BPK2.1)

• Tiada sebarang pembangunan kekal dibenarkan di kawasan zon muara sungai dan di kawasan

rizab sungai. Kelebaran rizab berdasarkan keluasan sungai seperti yang telah ditetapkan oleh

JPS. Menggalakkan bangunan menghadap ke arah sungai untuk menjaga estetika sepanjang

sungai serta tidak menjadikan sungai sebagai tempat buangan akhir dari dapur.

• Menentukan langkah-langkah menahan hakisan dirancang bersama dengan perancangan

pembangunan kawasan yang berhampiran tebing.

• Sebarang struktur seperti jeti, restoran terapung, ‘chalet’ dan lain-lain hendaklah didirikan di

atas tiang supaya tidak mengganggu aliran air.

• Memastikan bahawa sisa-sisa buangan pepejal dan air kumbahan tidak dibuang terus ke

sungai.

iv.

Mengawal Pencemaran dari Kegiatan Akuakultur Dari Peringkat Pemilihan Tapak dan

Reka Bentuk Kolam

Terdapat kegiatan akuakultur di

sepanjang garisan pantai bermula di jeti

Kelanang sehingga ke Tongkah yang

berkemungkinan mengganggu ekosistem

kawasan bakau sekiranya langkahlangkah

kawalan dan pengurusan tidak

dijalankan. Pembangunan akuakultur

secara tidak langsung akan memberi

kesan kepada ekosistem paya bakau dan

pantai. Oleh itu, langkah-langkah perlu

dikenalpasti bagi mengelakkan gangguan

dan kesan-kesan negatif di peringkat

pemilihan tapak, pembersihan kawasan,

pembinaan kolam dan di peringkat reka

bentuk kolam untuk tujuan akuakultur.

Kegiatan akuakultur memerlukan penjagaan yang teliti agar tidak

menjejaskan kualiti persekitaran.

• Hanya kawasan tanah lembah pesisiran pantai dan sungai yang mempunyai sumber air yang

sesuai tetapi terbiar atau tidak produktif dan mempunyai prasarana asas sahaja digalakkan

untuk pembangunan akuakultur manakala kawasan seperti hutan simpan paya bakau dan

kawasan yang bermasalah seperti banjir, hakisan dan kawasan pencemaran adalah tidak

digalakkan.

• Di peringkat pembersihan kawasan, penebangan pokok hendaklah secara minimum dan

pembangunan dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk mengurangkan impak negatif

kepada persekitaran.

• Kawasan penampan sekurang-kurangnya 100 m daripada pesisiran pantai dan 50 meter

daripada sungai perlu disediakan manakala kawasan lapang yang tidak digunakan hendaklah

ditanam semula dengan paya bakau.

• Di peringkat pembinaan kolam, penggalian perlu dikawal pada tahap minimum terutama bagi

kawasan berasid sulfat, mengelakkan hakisan dan pencemaran sumber air di mana pembinaan

kolam jenis tambak digalakkan.

• Aktiviti akuakultur memerlukan sistem air masuk dan keluar yang berasingan serta penyediaan

kolam takungan rawatan air untuk pengaliran air dan bahan kumbahan ke kolam pemendapan

72 jam sebelum dilepaskan ke alur air berhampiran.

v. Mengawal Aktiviti Pertanian Dari Mencemarkan Alam Sekitar

Aktiviti pertanian berpotensi mendatangkan pencemaran di dalam beberapa keadaan seperti

pembakaran terbuka sisa-sisa bahan pertanian untuk pembangunan semula dan penggunaan racun

serangga dan racun rumpai yang ekstensif.

• Pembakaran terbuka adalah dilarang dan tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling

(Aktiviti Yang Ditetapkan) (Pembakaran Terbuka), 2000.

• Menggalakkan penggunaan baja kompos dan baja kimia yang boleh lupus secara biologi.

• Tidak membenarkan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan ternakan khinzir.

• Bagi ternakan ayam, hanya ternakan yang menggunakan ‘closed-system’ dibenarkan.

3.9.4 Cadangan KSAS Bagi BP3 (Tg. Dua Belas)

i. Mengawal Aktiviti Pertanian Dari Mencemarkan Alam Sekitar

• Aktiviti pertanian berpotensi mendatangkan pencemaran di dalam beberapa keadaan seperti

pembakaran terbuka sisa-sisa bahan pertanian untuk pembangunan semula dan penggunaan

racun serangga dan racun rumpai yang ekstensif.

• Pembakaran terbuka adalah dilarang dan tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling

(Aktiviti Yang Ditetapkan) (Pembakaran Terbuka), 2000.

• Menggalakkan penggunaan baja kompos dan baja kimia yang boleh lupus secara biologi.

• Tidak membenarkan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan ternakan khinzir.

• Bagi ternakan ayam, hanya ternakan yang menggunakan ‘closed-system’ dibenarkan.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.9-4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!