08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

vi.

Cadangan Infrastruktur dan Utiliti

Cadangan yang disediakan bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan utiliti di kawasan

rancangan tempatan ini merangkumi sistem saliran dan perparitan, pembetungan, pelupusan sisa

pepejal, bekalan air, bekalan elektrik dan telekomunikasi. Tahap kemudahan yang baik dan mampu

menampung kadar pembangunan sehingga tahun 2020 merupakan tujuan utama cadangan infrastruktur

dan utiliti ini dihasilkan. Selaras dengan wawasan yang telah ditetapkan di dalam rancangan tempatan

ini, mutu perkhidmatan yang sempurna akan menggalakkan lagi potensi pembangunan di kawasan

rancangan tempatan ini.

Untuk menjayakan pembangunan yang telah dicadangkan, perkhidmatan sistem pengairan dan saliran

di kawasan rancangan tempatan ini akan dinaiktaraf dengan menyediakan sistem perparitan yang

teratur dan pemasangan perangkap sampah. Selain itu, cadangan sistem pembetungan dan rawatan

kumbahan secara berpusat juga akan memudahkan pengurusan dan pengawalan dijalankan oleh pihak

berkuasa. Penyelenggaraan dan pembinaan sistem rawatan kumbahan yang diusahakan secara

bersama dengan pihak Indah Water Konsortium (IWK) juga akan memantapkan lagi pengurusan sistem

ini di kawasan rancangan tempatan (Rajah 3.2.7).

Bagi menampung pelupusan sisa pepejal di kawasan rancangan tempatan dan sekitarnya sehingga

tahun 2020, pembinaan sebuah insinerator di BP 4 (Batu) diharap dapat menyelesaikan permasalahan

yang bukan hanya dihadapi oleh kawasan rancangan tempatan, malah untuk seluruh Negeri Selangor

dan Kuala Lumpur. Selain itu, pembinaan insinerator ini juga akan menyumbangkan pendapatan

kepada pihak Majlis dan badan-badan usahasama yang lain sekiranya dijalankan kelak.

Cadangan menggantikan paip bekalan air, penyediaan talian voltan yang mempunyai rentis secukupnya

bagi sistem elektrik dan penyediaan bekalan talian telefon yang mencukupi adalah penting bagi

memastikan pembangunan di kawasan rancangan tempatan dapat dijana dengan sebaiknya.

vii.

Cadangan Landskap dan Rekreasi

Landskap dan rekreasi dirancang berdasarkan potensi dan keperluan kemudahan asas bagi penduduk

setempat. Landskap dan rekreasi di kawasan rancangan tempatan dicadangkan mempunyai hubungkait

dan kesinambungan dengan keseluruhan pembangunan Koridor Raya Multimedia seperti ‘Kuala

Lumpur International Airport’, ‘Airport City’ dan Cyberjaya-Putrajaya. Konsep ‘Pembangunan Bandar

Pelancongan’ dan ‘Rekreasi Maritim’ akan diintegrasikan dalam pembangunan kawasan landskap dan

rekreasi. Kawasan rancangan tempatan mempunyai aset tersendiri untuk memangkinkan aktiviti

rekreasi sebagai salah satu asas ekonomi berkaitan sektor pelancongan. Pantai Morib, Sg. Langat dan

kawasan Tambahan Hutan Rizab Kuala Langat (Selatan) dicadangkan agar dibangunkan sebagai

kawasan tumpuan bagi aktiviti rekreasi dan pelancongan. Hutan rizab ini juga berpotensi sebagai

kawasan riadah bagi aktiviti khusus seperti perkhemahan, penyelidikan dan pendidikan.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

Pokok Cempaka Kuning (Michelia Champaca) merupakan pokok rasmi Majlis Daerah Kuala Langat.

Penanaman pokok-pokok rasmi disarankan di kawasan-kawasan berikut:

• Jalan protokol iaitu jalan utama ke kawasan pentadbiran kerajaan kerana ia memberi imej rasmi

kawasan pentadbiran Kuala Langat.

• Kawasan pusat tumpuan utama seperti kawasan perdagangan, kawasan institusi dan taman

awam.

viii.

Cadangan Reka Bentuk Bandar

a. Bandar Morib

Bandar Morib merupakan pusat penempatan utama dalam BP 1 (Morib) dan juga kawasan pelancongan

pantai yang sering menjadi tumpuan para pelancong. Kawasan ini akan dinaiktaraf dan ditingkatkan

penampilan imejnya dari segi aktiviti yang dicadangkan dan juga pembaikan elemen-elemen reka

bentuk bandar yang sedia ada. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah kawasan rekreasi maritim dan

rekreasi berasaskan air.

b. Pekan Tg. Sepat

Pekan Tg. Sepat (yang akan diluaskan

kawasan perdagangan sedia ada)

merupakan sebuah kawasan yang

mempunyai pelbagai aktiviti iaitu kawasan

perdagangan, perumahan dan institusi.

Oleh kerana kawasan Pekan Tg. Sepat ini

merupakan kawasan perdagangan utama,

cadangan menaiktaraf nodal-nodal utama

di kawasan ini amat penting untuk

keselesaan pengguna. Elemen-elemen

reka bentuk bandar seperti laluan pejalan

kaki, arca, pintu gerbang dan juga elemen

landskap lembut dan kejur amat penting

untuk menonjolkan kawasan Pekan Tg.

Sepat ini (Rajah 3.2.10).

BAB 3

Penyediaan elemen reka bentuk yang lain seperti gazebo, papan

tanda, bollard dan sebagainya turut menyumbang kepada peningkatan

imej di kawasan ini dan seterusnya, akan meningkatkan keselesaan

pengunjung.

Elemen landskap juga akan berfungsi bagi

mengekalkan kawasan hijau, penyeimbang flora dan

fauna, kecantikan, identiti dan penghubung antara

aktiviti guna tanah. Sumber alam sekitar semula

jadi, kawasan lapang, taman rekreasi dan rizab jalan

serta utiliti boleh diintegrasikan melalui penyediaan

elemen landskap yang sesuai dan bermanfaat

(Rajah 3.2.8 dan 3.2.9).

Pokok rasmi pihak Majlis akan digunakan secara

meluas di kawasan rancangan tempatan agar dapat

menjelaskan imej dan menyokong kepada

pembentukan identiti kawasan ini.

Pokok Cempaka Kuning (Michelia Champaca)

merupakan pokok rasmi Majlis Daerah Kuala Langat

c. Kg. Batu Laut

Kg. Batu Laut merupakan sebuah pekan kecil dan majoriti penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

Kawasan ini terkenal dengan pengeluaran hasil laut dan produk desanya seperti kerepek, herba,

barangan kraftangan dan sebagainya. Beberapa aktiviti utama yang akan disediakan di kawasan ini

ialah menaiktaraf jeti sedia ada, mereka bentuk laluan pesisiran pantai bagi mewujudkan ‘scenic drive’,

mewujudkan kawasan aktiviti penjualan hasil laut dan produk desa dengan menyediakan gerai-gerai

yang sesuai dan menyediakan kawasan medan makanan laut dengan menerapkan suasana pantai.

Elemen-elemen reka bentuk bandar akan diterapkan bagi meningkatkan lagi imej dan identiti kawasan

ini.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.2-6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!