08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

3.9 CADANGAN ALAM SEKITAR

3.9.1 Pengenalan

Secara amnya, pembangunan di kawasan rancangan tempatan akan melibatkan beberapa Kawasan

Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang perlu diambilkira bagi mengelakkan sebarang impak negatif.

Perancangan guna tanah yang mesra alam adalah perlu untuk mengoptimumkan pembangunan guna

tanah, meminimumkan kesan negatif pembangunan terhadap KSAS di samping mengekalkan dan

memperbaiki kualiti alam sekeliling sedia ada. Secara keseluruhannya, cadangan sektor ini lebih

ditumpukan kepada cadangan melindungi dan memperelokkan alam sekitar (Rajah 3.8.1).

3.9.2 Cadangan KSAS Bagi BP1 (Morib)

Kawasan BP 1 (Morib) merupakan satu kawasan yang mempunyai kepelbagaian guna tanah iaitu

pertanian, petempatan, perniagaan dan rekreasi / pelancongan berasaskan pantai. Perancangan

pembangunan di BPK 1.2 telah mengambilkira pembangunan Bandar Peranginan Pantai Morib yang

telah dicadangkan oleh Golden Hope dan PNSB serta cadangan untuk mengekalkan peranan Kg.

Endah sebagai Pusat Pertumbuhan Desa. Selain itu, pembangunan di dalam zon ini juga akan

berteraskan kepada rekreasi marin termasuk kawasan rekreasi awam dan pusat latihan. Pembangunan

yang dicadangkan akan mengakibatkan gangguan ke atas sistem ekosistem semula jadi kawasan

KSAS hutan paya bakau dan pesisiran pantai sekiranya langkah-langkah pencegahan (proaktif) dan

pengawalan serta pengurangan (reaktif) tidak diambilkira.

Langkah-langkah pengawalan yang perlu diambilkira adalah:

i. Pemeliharaan dan Pengekalan Zon Hutan Paya Bakau (BPK1.2)

• Kawasan hutan paya bakau mengandungi ekosistem sensitif yang perlu dikekalkan.

• Tiada pembangunan dibenarkan di kawasan hutan paya bakau kecuali aktiviti rekreasi rimba,

penyelidikan dan pemerhatian terhadap spesis hidupan yang terdapat di dalam kawasan ini.

Pemusnahan hutan paya bakau dilarang sama sekali di kawasan tersebut.

• Mengekalkan hutan paya bakau atau hanya membangunkan 20% daripada keluasan sesuatu

kawasan tersebut bagi tujuan eko pelancongan, penyelidikan dan sebagainya tanpa

pemotongan atau penebangan pokok.

• Pembangunan di kawasan berhampiran hutan paya bakau perlu mengikut anjakan yang telah

ditetapkan. Kawasan penampan selebar 30 m mesti diadakan di antara kawasan pembangunan

dan hutan paya bakau atau mengikut jenis pembangunan.

• Pembuangan sampah dan kumbahan di kawasan hutan paya bakau dilarang sama sekali.

ii.

Pemeliharaan Zon Pantai (BPK1.2)

Zon pantai di kawasan Morib berpotensi untuk pelancongan dan aktiviti yang berkaitan dengannya

seperti akuakultur dan perumahan manakala bagi kawasan dalam air (shore front) pula berpotensi untuk

pelancongan seperti chalet dan restoran terapung, marina, aktiviti rekreasi air dan berenang, jeti dan

sebagainya. Bagaimanapun, aktiviti di atas jika tidak dirancang dan dikawal dengan berkesan akan

mengakibatkan gangguan-gangguan seperti kehilangan habitat marin, hakisan pantai dan muara

sungai, gangguan ekosistem dan masalah estetika, pencemaran dan penurunan kualiti air serta

peningkatan paras air laut yang boleh memusnahkan habitat hidupan air laut / payau. Pengekalan

elemen-elemen semula jadi bagi pembangunan di atas air dan di garis pantai dengan:

• Semua anak-anak sungai seperti Sg. Morib dan Sg. Kanchong Laut perlu dikekalkan dalam

keadaan semula jadi terutamanya di zon pelancongan.

• Pembangunan di kawasan ‘hinterland’ perlu dikawal supaya tidak menjejaskan kualiti air sungai

di kawasan pesisiran memandang ia merupakan ‘outlet’ akhir ke laut.

• Menggalakkan pembinaan struktur seperti jeti, tambak dan struktur lain yang perlu dibina di

atas air dengan menggunakan tiang supaya tidak mengganggu proses semula jadi arus air laut.

• Pembangunan di dalam sungai dan muara yang menghalang atau mengubah corak saliran,

kekuatan saliran dan penahan endapan sungai keluar ke laut dan kawasan pesisiran tidak

dibenarkan.

• Perlu menyediakan anjakan pembangunan am iaitu 60 m untuk pantai berpasir dan 400 m

untuk pantai yang ditumbuhi bakau kecuali jika:

- Tiada pembangunan dibenarkan di atas ‘dune’ pantai, beting pasir dan spit pasir serta

di kawasan hutan paya bakau yang digazet sebagai rizab hutan.

- Penggunaan ‘vertical faced wall’ untuk perlindungan hakisan pantai tidak digalakkan.

- Menyediakan paras platform untuk kerja pembangunan yang mengambilkira ‘run-up’

pada ‘significant wave height’.

- Kesemua kawasan dalam had anjakan 60 m untuk kawasan pantai berpasir dan 400 m

(untuk hutan paya bakau) seharusnya dikekalkan sebagai Tanah Kerajaan dan tidak

seharusnya diluluskan untuk pemilikan.

iii.

Pemeliharaan Zon Muara Sungai dan Sungai Morib dan Kanchong Laut dan Sg. Batu

Laut (Sg. Mesob) (BPK1.2)

• Tiada sebarang pembangunan kekal

dibenarkan di kawasan zon muara sungai

dan di kawasan rizab sungai. Kelebaran

rizab berdasarkan keluasan sungai seperti

yang telah ditetapkan oleh Jabatan

Pengairan dan Saliran.

• Menentukan langkah-langkah menahan

hakisan dirancang bersama dengan

perancangan pembangunan kawasan yang

berhampiran tebing.

• Sebarang pembinaan atau struktur seperti

jeti, restoran terapung, ‘chalet’ dan lain-lain

hendaklah didirikan di atas tiang supaya

tidak mengganggu aliran air.

• Menggalakkan bangunan mengadap ke arah sungai untuk menjaga estetika sepanjang sungai

serta tidak menjadikan sungai sebagai tempat buangan akhir dari dapur.

• Memastikan sisa-sisa buangan pepejal dan air kumbahan tidak dibuang terus ke sungai.

iv.

Kawalan Pembangunan Zon Rekreasi Awam

Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti padang, kawasan istirehat, kawasan berkelah, pejabat

pengurusan, pusat cenderamata dan kemudahan-kemudahan sokongan seperti tandas awam, tempat

duduk, tapak perkhemahan, tempat letak kereta, ‘jogging track’ dan lain-lain keperluan yang berkaitan.

Antara tindakan yang perlu dilakukan adalah:

Reka bentuk chalet yang menggunakan tiang mampu

menyokong kepada persekitaran semula jadi yang lebih

mampan.

• Pantai rekreasi awam hendaklah dikenalpasti khususnya kawasan yang mempunyai jalan

masuk.

• Rekreasi awam dibenarkan dalam kawasan rizab pantai (60 m) bagi aktiviti yang tidak

melibatkan struktur binaan seperti ‘jogging track’ dan alat-alat sokongannya, tapak

perkhemahan dan tempat duduk.

• Pantai harus dibuka untuk semua orang awam.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.9-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!