08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

v. Cadangan Kawalan Pembangunan Di Pesisiran Pantai Yang Mempunyai Kawasan Hutan

Paya Bakau Atau Berhampiran Dengan Kawasan Hutan Paya Bakau

• Perlu menyediakan anjakan pembangunan am iaitu 60m untuk pantai berpasir dan 400 m untuk

pantai yang ditumbuhi bakau kecuali jika:

- Tiada pembangunan dibenarkan di atas ‘dune’ pantai, beting pasir dan spit pasir serta

di kawasan hutan paya bakau yang digazet sebagai rizab hutan.

- Penggunaan ‘vertical faced wall’ untuk perlindungan hakisan pantai tidak digalakkan.

- Menyediakan paras platform untuk kerja pembangunan yang mengambilkira ‘run-up’

pada ‘significant wave height’.

- Kesemua kawasan dalam had anjakan 60 m untuk kawasan pantai berpasir dan 400m

(untuk hutan paya bakau) seharusnya dikekalkan sebagai Tanah Kerajaan dan tidak

seharusnya diluluskan untuk pemilikan.

• Pantai rekreasi awam hendaklah dikenalpasti khususnya kawasan yang mempunyai jalan

masuk.

• Rekreasi awam dibenarkan dalam kawasan rizab pantai (60 m) bagi aktiviti yang tidak

melibatkan struktur binaan seperti ‘jogging track’, tapak perkhemahan, kawasan istirehat,

kawasan berkelah, pejabat pengurusan, pusat cenderamata dan kemudahan-kemudahan

sokongan seperti tandas awam, tempat duduk, tempat letak kereta, ‘jogging track’ dan lain-lain

keperluan yang berkaitan.

• Pantai harus dibuka untuk semua orang awam.

• Perlu mengawal ketinggian bangunan terutamanya lot yang berhampiran pantai.

• Sistem pembetungan dan perparitan hendaklah menghala ke sistem dalaman dan tidak

disalurkan terus ke laut.

• Memastikan pembangunan perumahan hanya berdensiti sederhana dan rendah untuk tujuan

ekologi, menjaga estetika dan ‘carrying capacity’ pantai di mana kawasan perumahan ini perlu

dipisahkan dengan zon pantai oleh jalan perkhidmatan awam selebar 15 m – 20 m serta pejalan

kaki yang berlandskap.

• Menyediakan sebuah jalan untuk akses orang awam ke pantai.

• Sebarang kerja menggali atau mengambil pasir pada semua bahagian sungai adalah dilarang

agar proses penyumbangan pasir kepada pantai yang wujud secara semula jadi tidak

terganggu.

• Sebarang pembinaan yang akan menghalang aktiviti pengangkutan sedimen mengikut arus

pesisiran pantai adalah tidak dibenarkan.

• Garis Panduan Perancangan di Kawasan Pesisiran Pantai yang disediakan oleh JPBD dan

syarat lain yang ditetapkan oleh RSKL mesti digunapakai bagi setiap jenis permohonan

pembangunan di kawasan rancangan tempatan ini.

• Sebarang aktiviti pemuliharaan kawasan pantai hanya dibenarkan untuk dijalankan di bahagian

luar pantai dan perlulah mengekalkan keadaan pantai berpasir sedia ada.

v. Cadangan Garis Panduan Mengurangkan Hakisan Untuk Tujuan Pemeliharaan Hutan

Paya Bakau

• Kerja kawalan hakisan pantai dan anjakan penyelenggaraan yang mencukupi perlu disediakan.

Bagaimanapun, kawalan hakisan seperti ‘vertical faced wall’ tidak digalakkan. Sistem dinamik

yang mengawal pembentukan pantai secara seimbang perlu dikekalkan.

• Sebarang aktiviti di semua bahagian Sg. Langat adalah tidak digalakkan agar penyumbangan

pasir kepada pantai yang berlaku secara semula jadi tidak terganggu.

• Kerja-kerja menggali atau mengambil pasir di semua bahagian dan zon dinamik pantai dari

kuala Sg. Langat hingga Tumbok adalah tidak dibenarkan.

• Sebarang pembinaan yang menghalang pengangkutan sedimen mengikut arus pesisiran pantai

adalah tidak dibenarkan.

• Setiap pembangunan yang akan dijalankan mestilah tidak menghalang atau mengganggu

proses-proses dinamik di kawasan pantai seperti aliran arus, ombak (angin) dan aliran air laut

pada masa pasang surut.

• Kajian EIA yang komprehensif perlu dijalankan bagi semua aktiviti penambakan pantai dan

kerja ‘beach nourishment / regeneration’.

• Semua kerja perlindungan pantai mesti mengikut garis panduan yang disediakan di dalam

‘Feasibility Study of Coastal Protection Work: Morib – Sungai Sepang, Selangor’ (1991).

• Semua hutan paya bakau yang tumbuh di bahagian hadapan pantai mesti dikekalkan dan

dipelihara untuk membantu mengawal hakisan.

3.9.7 Garis Panduan Khusus Pemulihan Bekas Kawasan Ternakan Khinzir

Bekas tapak ternakan khinzir perlu dipulihkan bagi memastikan tahap kebersihannya terjamin sebelum

digunakan untuk kegunaan yang lain. Pemuliharaan bekas tapak penternakan khinzir merupakan satu

peringkat penting dalam memelihara kesuburan tanah di kawasan rancangan tempatan. Terdapat

beberapa kaedah pemuliharaan tapak tersebut yang terbahagi kepada dua iaitu kaedah saintifik dan

kaedah konvensional. Kaedah saintifik yang dicadangkan adalah melibatkan pemulihan kualiti air di

bekas ternakan khinzir dengan menggunakan sistem ’Crystal Carbon Biotech’. Sistem ini telah

digunakan secara ektensif untuk merawat air buangan yang mengandungi lumpur tebal dan bau busuk.

’Sistem Crystal Biotech’ menggunakan ’bakteria baik’ untuk memulihkan keadaan yang telah tercemar

dengan proses yang dikenali sebagai ’bio-remediation’.

‘Bio-remediation’ membawa maksud kepada penggunaan agen biologi untuk menebusguna semula

tanah dan air yang telah tercemar (akibat daripada pembuangan najis khinzir) yang memberi impak

merbahaya kepada kesihatan manusia dan keseimbangan alam sekitar. ‘Bio-remediation’ merupakan

pendekatan secara biologi yang menggunakan teknologi yang lebih baik dan sesuai dari segi kos yang

rendah, mudah serta kurang memberikan kesan / masalah alam sekitar.

Penggunaan kaedah ini amat disarankan kerana ianya berpotensi untuk mengurangkan kos

pemuliharaan / pembersihan di kawasan yang tercemar. Kaedah konvensional seperti penimbusan

tanah (landfilling) memerlukan kos yang tinggi yang mana lebih mahal 10 kali ganda bagi setiap

kawasan / tapak pemuliharaan. Pelaksanaan ‘in-situ bio remediation’ mempunyai kesan kacau ganggu

yang kurang terhadap kawasan kajian dan boleh mengurang potensi pendedahan pencemaran kepada

orang ramai.

Manakala kaedah konvensional yang dicadangkan pula adalah melibatkan kerja-kerja pengorekan dan

penimbusan semula tanah. Kaedah ini memerlukan beberapa peralatan mengorek seperti kenderaan /

jentera mengorek tanah dan lori pasir untuk tujuan mengangkut pasir / tanah yang dikorek dan yang

hendak ditimbus. Beberapa langkah pemulihan bekas ladang khinzir yang perlu dijalankan adalah

seperti berikut:

• Pemulihan struktur tanah tapak penternakan dan kawasan sekitar (5m dari kawasan

penternakan).

• Langkah pemuliharaan menggunakan sumber semula jadi seperti sinaran matahari dapat

membantu meneutralkan kesuburan tanah untuk jangka masa tertentu..

• Pengawalan kegiatan dan aktiviti di tapak yang telah dipulihara untuk tempoh tertentu bagi

mengembalikan struktur semula jadi tanah.

• Penggunaan tanah, batuan agregat yang sesuai untuk tujuan penimbusan kawasan tapak

kandang.

Nota : Rujuk Bab 3.9 bagi mendapatkan huraian yang lebih lengkap berkenaan langkah pemulihan

bekas tapak khinzir melalui kaedah penimbusan tanah.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.9-8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!