08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

v. Kawalan Aktiviti Tebusguna Pantai Morib

Kawasan pantai mempunyai ciri-ciri estetik yang telah menarik pelbagai pemajuan tanah seperti

pelancongan dan pembangunan bandar baru. Pemajuan tanah serta cadangan pembangunan yang

memerlukan penambakan kawasan pantai akan memberi kesan kepada alam sekitar seperti perubahan

kepada proses semula jadi pantai dan kehilangan kawasan bakau.

Oleh itu, kesan-kesan alam sekitar yang akan timbul perlu difahami terlebih dahulu supaya langkahlangkah

pencegahan dapat dijalankan bagi meminimumkan kesan-kesan tersebut. Berdasarkan

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (EIA), 1987, penilaian EIA perlu

dijalankan terlebih dahulu bagi pembangunan yang melibatkan penambakan pantai dan pengorekan

pasir yang melebihi 50 hektar serta aktiviti yang berkaitan dengan pantai seperti penukaran kawasan

bakau kepada lain-lain kegunaan seperti resort dan sebagainya.

Antara tindakan yang perlu dilakukan adalah:

• Kesemua projek yang mempunyai komponen penebusgunaan pantai memerlukan satu kajian

hidraulik untuk menentukan impaknya. Langkah-langkah tebatan yang berkesan juga perlu

dicadangkan untuk mengatasi kesemua impak yang telah dikenalpasti dalam kajian.

• Sekiranya flora di zon pantai terdiri daripada hutan paya bakau, maka penebusgunaan

seharusnya jenis pulau bagi pemeliharaan hutan paya bakau.

• Penekanan perlu diberi terhadap sistem saliran di kawasan pedalaman dan alur-keluar saliran.

Sekiranya sebarang alur-keluar baru dicadangkan, maka paip salur-keluar mesti disambungkan

lebih jauh dari MLWS dan ditanam dengan ‘cover’ minimum sedalam 1 m. Sekiranya terdapat

sebarang sungai, alur atau ‘outlet’ saliran bersebelahan dengan kawasan yang ditebusguna,

kesan ‘backwater’ dan banjir di kawasan hulu yang mungkin timbul berpunca daripada

peningkatan paras air akibat halangan yang disebabkan oleh pembangunan berkenaan, atau

pun pemendapan di ‘outlet’ perlu dikenalpasti dan seterusnya langkah-langkah tebatan yang

berkesan perlu dikemukakan untuk mengatasi kesemua impak yang telah dikenalpasti.

• Bagi garisan pantai yang ditebusguna, satu anjakan selebar 60 m diukur dari garisan air pasang

perbani (MHWS) menghala ke daratan perlu disediakan. Anjakan ini hendaklah dilengkapkan

dengan jalan servis / jalan masuk untuk kegunaan awam.

vi.

Kawalan Pembangunan Perumahan di Pinggir Pantai Morib (BPK1.2)

Di antara langkah kawalan yang diperlukan di dalam perancangan pembangunan perumahan adalah

seperti berikut:

• Memastikan pembangunan perumahan hanya berdensiti sederhana dan rendah untuk tujuan

ekologi, menjaga estetika dan ‘carrying capacity’ pantai di mana kawasan perumahan ini perlu

dipisahkan dengan zon pantai oleh jalan perkhidmatan awam selebar 15 m – 20 m serta pejalan

kaki yang berlandskap.

• Perlu mengawal ketinggian bangunan terutamanya lot yang berhampiran pantai.

• Sistem pembetungan dan perparitan hendaklah menghala ke sistem dalaman dan tidak

disalurkan terus ke laut.

• Tiada pembangunan atau binaan kekal terletak secara langsung di atas muara, rizab sungai

dan rizab pantai di samping menggalakkan bangunan mengadap ke arah sungai untuk menjaga

estetika sepanjang sungai serta tidak menjadikan sungai sebagai tempat buangan akhir dari

dapur.

• Langkah-langkah menahan hakisan perlu ditentukan dan dirancang bersama dengan

perancangan pembangunan kawasan yang berhampiran tebing sungai dan pantai.

• Memastikan sisa-sisa buangan dan air kumbahan tidak dibuang terus ke sungai dan ke laut.

3.9.3 Cadangan KSAS Bagi BP2 (Kelanang)

BP 2 merupakan satu kawasan pertanian ladang dan pekebun kecil yang menjadi sumber ekonomi

utama kawasan ini. Bagaimanapun, kawasan ini mempunyai aset utama berupa khazanah

kepelbagaian biologi di dalam bentuk semula jadi iaitu hutan paya bakau dan kawasan pantai.

Langkah-langkah pemeliharaan dan memperelokkan alam sekitar yang dicadangkan adalah:

i. Pemeliharaan dan Pengekalan Zon Hutan Paya Bakau (BPK2.1)

Hutan paya bakau di BPK 2.1 merupakan sambungan dari hutan paya bakau Jugra yang terdapat

banyak di kuala Sg. Langat. Ianya juga merupakan hutan paya bakau yang telah matang dan

mempunyai fungsi semula jadi bagi melindungi kawasan muara dan pantai dari hakisan. Oleh itu,

kawasan ini perlu dikekalkan kerana ciri-ciri kesensitifan yang signifikan.

Untuk tujuan tersebut, garis panduan khusus bagi zon hutan paya bakau perlu dipatuhi seperti berikut:

• Tiada pembangunan dibenarkan di kawasan hutan paya bakau kecuali rekreasi rimba,

penyelidikan dan pemerhatian terhadap spesis hidupan yan terdapat di dalam kawasan ini.

Pemusnahan hutan paya bakau dilarang sama sekali di kawasan zon penampan tersebut.

• Pembangunan di kawasan berhampiran hutan paya bakau perlu mengikut anjakan yang telah

ditetapkan. Kawasan penampan selebar 30m mesti diadakan di antara kawasan pembangunan

dan hutan paya bakau atau mengikut jenis pembangunan.

• Hanya 20% daripada keluasan sesuatu hutan paya bakau boleh dibangunkan bagi tujuan eko

pelancongan, penyelidikan dan sebagainya tanpa pemotongan atau penebangan pokok.

• Pembuangan sampah dan kumbahan di

kawasan hutan paya bakau dilarang sama

sekali.

• Pembangunan hanya dibenarkan di

peringkat minimum supaya tidak

menjejaskan keaslian kawasan serta tidak

menyebabkan pencemaran.

• Kemudahan-kemudahan yang disediakan

adalah yang berbentuk semula jadi dan

tidak melibatkan penggunaan kenderaan

berjentera seperti perahu, sampan, laluan

pejalan kaki, jambatan gantung dan

sebagainya.

Keadaan hutan paya bakau di pesisiran Sg. Langat yang

masih subur dan perlu dipelihara.

Berdasarkan kepada keadaan sedia ada di kawasan rancangan tempatan, Pantai Baru Kelanang

dibina di atas kawasan hutan paya bakau. Kerja-kerja penebangan hutan paya bakau yang telah

dijalankan perlu diambil ditanam semula di kawasan khas untuk memastikan hidupan ini tidak pupus

dan terganggu. Langkah-langkah dan kawalan segera seperti yang dinyatakan di atas perlulah

dijalankan oleh pihak terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan

Perhutanan untuk memastikan ekosistem sedia ada dapat dikekalkan.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.9-2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!