08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 3

ii.

Pelancongan Khusus

Kg. Batu Laut merupakan satu lagi lokasi yang sesuai bagi pelancongan khusus. Dari itu, dicadangkan

Kg. Batu Laut menjadi tuan rumah kepada program khusus ‘Balik Kampung’ yang disediakan khas buat

golongan muda dari bandar, pertubuhan-pertubuhan beruniform seperti Pengakap, ‘Boys Brigade’,

Persatuan Bulan Sabit Merah dan peserta-peserta program Rakan Muda.

Di antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan di kawasan rancangan tempatan adalah:

• Program pendidikan alam sekitar yang merangkumi ekologi paya bakau.

• Memerhati burung.

• Kajian ke atas tumbuhan ubat-ubatan dan herba.

• Rekreasi memancing.

• Berkelah.

• Berkhemah.

• Lawatan ke perkampungan nelayan dengan aktiviti melihat cara membuat perahu, memproses

ikan, pendaratan ikan, pemasaran ikan dan lain-lain.

Agensi pelaksana perlulah memastikan bahan-bahan pendidikan dan interpretif mengenai sesuatu

destinasi itu mencukupi dan sentiasa tersedia untuk peserta-peserta program ‘Balik Kampung’.

iii.

Pelancongan Agro

a. ‘Homestay’

Pelancongan agro sangat berpotensi di Kg. Batu Laut dan menggalakkan pelabur yang lebih ramai

untuk sama-sama menjayakan program ‘homestay’. Oleh yang demikian, 20 buah rumah lagi akan

ditambah bagi menjalankan program ‘homestay’ di Kg. Batu Laut dengan melibatkan kerjasama dengan

Kementerian Pertanian, LKIM, Tourism Malaysia, MDKL dan sektor swasta. Garis panduan bagi Pelan

Induk Pelancongan Desa hendaklah diikuti. Di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dipromosi termasuklah:

• Kelas memasak makanan Melayu dan permainan tradisional seperti congkak dan gasing.

• Program ekologi bakau dan pendidikan alam sekitar.

• Lawatan ke kawasan ternakan haiwan, akuakultur dan kawasan memancing.

• Lawatan ke industri-industri desa seperti tempat memproses ikan, membuat kerepek dan lainlain.

• Lawatan ke tapak-tapak bersejarah di Jugra.

b. Taman Botani dan Pelancongan Agro

Selain itu, sebuah taman botani mini akan

dibina berhadapan dengan pesisiran

pantai di Kg. Tumbok Laut dengan

keluasan 37.35 hektar. Sebuah pusat

pelancongan agro juga turut dicadangkan

di hadapan taman botani ini dengan

keluasan 60.18 hektar. Kedua-dua

pembangunan ini merupakan aset

pelancongan berasaskan sumber semula

jadi di kawasan rancangan tempatan.

Antara elemen pembangunan yang akan

disediakan di kedua-dua taman ini ialah

kawasan pertanian, chalet / resort,

kemudahan tempat letak kereta, taman

rekreasi, pusat interpretif pelawat, bilik

pameran interaktif, kedai cenderamata,

laluan jelajah, denai, restoran, ‘jungle

tracking’, wakaf untuk rehat, pergola,

beberapa buah kolam kecil yang

direntangi oleh jambatan-jambatan kecil

yang sesuai untuk aktiviti rekreasi untuk

memberi kemudahan kepada pengunjung.

Tema utama resort ini adalah pertanian

dan suasana yang akan diterapkan

adalah suasana dusun.

Beberapa garis panduan untuk aktiviti pelancongan agro ini adalah:

Cadangan reka bentuk bangunan di kawasan pelancongan agro akan

menjadi mercu tanda kepada pembangunan di sekitar kawasan

rancangan tempatan.

• Program pelancongan agro haruslah dirancang dan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan

Jabatan Pertanian sebagai agensi utama. Program tersebut perlu meliputi penyediaan

kemudahan-kemudahan ‘homestay’ selaras dengan garis panduan Pelan Induk Pelancongan

Kawasan Luar Bandar Negara (National Rural Tourism Master Plan).

• Koordinasi dan hubungan di antara pihak yang berkaitan dengan sektor pelancongan dan

pertanian perlu diperkukuhkan lagi bagi meningkatkan keseluruhan perancangan, rangkaian

dan pemasaran pelancongan agro.

• Agensi-agensi pelaksana harus memastikan bahan-bahan interpretasi / berpendidikan seperti

peta maklumat yang mengandungi produk-produk pelancongan agro dan kawasan tarikan lain,

sentiasa tersedia untuk pengunjung.

• Galakan akan diberi kepada sektor swasta untuk menyediakan pakej pelancongan yang lebih

menarik berasaskan aktiviti-aktiviti perladangan seperti tanaman buah-buahan, sayur-sayuran,

florikultur dan berasaskan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti memancing dan menunggang kuda.

Insentif yang sesuai akan dipertimbangkan bagi tujuan tersebut.

• Usaha yang lebih gigih perlu diambil dalam penyediaan tenaga kerja mahir untuk meningkatkan

tahap professionalisma dan kualiti perkhidmatan. Ini termasuk kursus latihan dan membiasakan

pemandu pelancong dengan aktiviti pertanian dan destinasi pelancongan agro.

• Latihan perkhidmatan pelanggan untuk pengendali dan pengurus destinasi pelancongan agro

perlu disediakan.

• Industri pelancongan dan perjalanan harus digalakkan untuk mempromosikan destinasidestinasi

pelancongan agro di dalam pakej pelancongan mereka.

• Program pemasaran yang agresif perlu dijalankan melalui iklan dan publisiti, misi jualan,

seminar, pameran dan anjuran acara-acara khas seperti pesta flora dan festival buah-buahan.

• Garis panduan, peraturan dan kod latihan akan diperkenalkan semasa rundingan dengan pihak

terbabit dan akan dikuatkuasakan bagi memastikan pembangunan mampan bagi sukan

memancing.

Tasik serta hidupan flora dan fauna merupakan elemen utama di

dalam menjayakan pembangunan taman botani.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.6-15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!