08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 3

iv.

Kawasan Kediaman

3.6.8 Cadangan Rekreasi

Bagi pengindahan landskap di kawasan

kediaman di BPK 4.1, 4.2, dan 4.3, pokokpokok

seperti Tabebuia Pentaphylla

(Tecoma), Cinnamomum Iners (Kayu

Manis) dan Messua Ferrea (Penaga Lilin)

sesuai ditanam di sini. Pokok-pokok ini

akan membantu meredupkan kawasan

kediaman. Selain itu elemen landskap

kejur yang boleh disediakan di kawasan

kediaman termasuklah laluan pejalan kaki,

lampu dan tempat menunggu bas.

v. Kawasan Kampung Tradisi

Laluan pejalan kaki di kawasan perumahan dan penanaman pokok

teduhan sesuai di kawasan perumahan.

Unjuran keperluan rekreasi masa hadapan menunjukkan BP4 memerlukan 26.22 hektar kawasan

rekreasi serta kawasan lapang baru menjelang tahun 2020 (Rajah 3.6.15 hingga 3.6.17).

i. Lot Permainan dan Padang Permainan

Sehingga tahun 2020, terdapat sebanyak 21 lot permainan dan 7 padang permainan yang perlu

disediakan di BP ini bagi meningkatkan kemudahan penduduk dalam menjalankan aktiviti riadah. Lokasi

yang dicadangkan adalah di kawasan perumahan terancang berdensiti sederhana dan perumahan

perkampungan tradisional di seluruh BP ini.

ii.

Padang Kejiranan

Sebanyak dua buah padang kejiranan

dicadangkan di BP4. Padang-padang yang

terletak di BPK 4.2 iaitu di Pantai Batu Laut

dengan keluasan 3.39 hektar dan BPK 4.3 di

kawasan Tg. Sepat (2.25 hektar) ini mampu

menampung permintaan kemudahan rekreasi

bagi penduduk setempat yang akan dijanakan.

Padang kejiranan ini akan dilengkapi dengan

peralatan permainan untuk peringkat umur

kanak-kanak dan orang dewasa, sama ada

bagi aktiviti aktif dan pasif.

Kg. Kundang serta Kg. Batu Laut di BP2 merupakan kawasan kediaman tradisional dan mempunyai

aset untuk menarik ramai pelancong. Kawasan perkampungan perlu dikekalkan dan dimajukan dengan

penyediaan rekreasi untuk penduduk tempatan dan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan pertanian

dan dusun. Antara langkah-langkah pelaksanaan yang boleh dijalankan adalah:

• Menggalakkan pembangunan berdensiti sederhana dengan mengekalkan kawasan kehijauan

dusun.

• Menggalakkan penduduk memperkemaskan laman rumah masing-masing.

• Mewujudkan jaluran hijau berangkai bagi kawasan lapang dan elemen-elemen aktiviti rekreasi

serta landskap yang menarik di kawasan kediaman tradisional yang akan menjadi aset tarikan

di kawasan kampung-kampung tersebut.

• Menggalakkan supaya pemilik-pemilik dusun supaya mengamalkan konsep dusun bersih dan

terjaga serta menghapuskan kawasan tanah terbiar.

• Menggalakkan penanaman pokok asal dan tradisi tempatan untuk mewujudkan semula habitat

dan warisan tempatan.

Padang rekreasi kejiranan ini boleh

menyediakan beberapa komponen peralatan

rekreasi aktif seperti alatan senaman, trek

berjalan kaki, trek ‘jogging’, laluan berbasikal

dan tempat letak basikal serta wakaf. Pokok

teduhan boleh ditanam bagi melindungi silauan

cahaya matahari ketika berekreasi. Cadangan

untuk menyediakan pusat medan selera

makanan laut di Batu Laut juga akan mampu

menarik pengunjung untuk datang berehat dan

makan di sini.

iii.

Cadangan Kawasan ‘Scenic Drive’

Kawasan rekreasi yang menyediakan kelengkapan seperti

bangku, wakaf dan trek jogging dapat dijadikan kawasan

tumpuan aktiviti.

Kawasan tepian Pantai Batu Laut berpotensi untuk dijadikan kawasan rekreasi dan laluan siar kaki yang

berfungsi untuk melancarkan hala tuju orang ramai yang tertumpu di Pantai Morib ke Pantai Batu Laut.

Terdapat beberapa zon ‘scenic-drive’ iaitu di Tg. Layang, Kg. Kundang danTumbok dengan keluasan

107.46 hektar. Cadangan kawasan ‘scenic drive’ ini akan dilengkapi dengan elemen landskap lembut

dan kejur yang menarik. Komponen cadangan seperti tempat rehat, sudut arca, wakaf, gerai makan,

gerai jualan hasil desa, kraftangan, lampu ‘ornamental’ dan pokok redup akan disediakan bagi

meningkatkan tahap keselesaan pengguna.

iv.

Cadangan Taman Tempatan

Penyediaan taman tempatan di Tg. Layang dengan keluasan 16.87 hektar akan memberikan

kemudahan rekreasi kepada penduduk setempat yang secara tidak langsung akan menjana ekonomi

berasaskan pelancongan di Daerah Kuala Langat. Pembangunan yang dicadangkan ini mempunyai

keluasan yang minimum bagi mengekalkan keadaan sedia ada.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.6-22

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!