08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3.6.6 Cadangan Infrastruktur dan Utiliti

ii.

Cadangan Sistem Pembetungan

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 3

i. Cadangan Sistem Saliran dan Perparitan

• Parit-parit yang mengalir ke sungai perlu dipasang dengan perangkap sampah untuk

mengurangkan pencemaran air terutama di Sg. Titip, Sg. Batu Untong, Sg. Kundang dan Sg.

Tg. Sepat.

• Kerja-kerja pengukuhan tebing laut perlulah dilakukan bermula dari Kg. Batu Laut hingga ke Kg.

Kundang dan dari Bandar Tg. Sepat hingga ke Kg. Tumbok Laut.

• Kerja-kerja menaiktaraf dan membesarkan sistem perparitan bandar sedia ada perlulah

dilakukan bermula dari Taman Mutiara hingga ke Kg. Tumbok Laut untuk menampung aliran

sedia ada dan pembangunan akan datang.

• Membuat tembok laut granit dari Sg. Titip hingga ke Sg. Tumbok yang bertujuan untuk

melindungi pantai dari hakisan ombak dan gangguan terhadap biologi alam sekitar dan marin

kawasan berkenaan.

• Bagi kawasan belakang pantai, berdekatan pantai dan luar pantai, hanya pembangunan

rekreasi, eko pelancongan, marina dan perikanan sahaja yang dibenarkan. Lain-lain

pembangunan yang mempunyai struktur fizikal tidak digalakkan dan hanya boleh dibina dengan

kelulusan Unit Kejuruteraan Pantai (Jabatan Pengairan Saliran) dan Jabatan Alam Sekitar.

• Bagi kawasan pantai berlumpur, kawasan ini tidak boleh menerima secara terus efluen yang

tidak terawat dari daratan atau aktiviti yang menyekat aliran bebas air daratan / laut (air payau).

Sekiranya terdapat aktiviti perikanan yang boleh mengubah hidrologi air (masin-payau-tawar),

maka kelulusan EIA dan JPS adalah diperlukan.

• Cara kawalan pantai yang boleh diamalkan di BP ini ialah lapis lindung (revetment), kekubah

dan dinding laut yang memerlukan kelulusan dari Unit Kejuruteraan Pantai, JPS.

• Bagi pantai pasir yang stabil dan mempunyai asas yang kuat, opsyen kejur untuk kawalan

pantai boleh digunakan setelah mendapat kelulusan (JPS).

• Struktur semula jadi pesisiran pantai yang dinamik seperti tanjung dan beting pasir hendaklah

dikekalkan dan tidak boleh dibangunkan dengan sebarang aktiviti pembangunan bagi tujuan

menjaga kestabilan seluruh garis pantai serta mengekalkan keseimbangan ekosistem pantai.

• Pokok-pokok di kawasan tanjung hendaklah dikekalkan.

• Sistem reka bentuk saliran dan pengairan hendaklah mematuhi garis panduan manual Saliran

Mesra Alam oleh JPS.

• Sistem pembetungan dan rawatan kumbahan berpusat hendaklah diadakan di kawasan

perumahan dan pembangunan baru terutama di Taman Seri Tanjong. Dua buah loji kumbahan

dengan jumlah keluasan 5.84 hektar akan dibina di Tg. Sepat dan Batu Laut untuk menampung

keperluan sehingga tahun 2020.

• Penyelenggaraan dan pembinaan sistem rawatan kumbahan dikelolakan oleh pihak Indah

Water Konsortium (IWK), di mana setiap kumbahan mestilah menjalani rawatan yang terperinci

sebagaimana garis panduan pihak yang bertanggungjawab sebelum dilepaskan ke dalam

saliran semula jadi terutama di Sg. Batu Laut dan Sg. Tg. Sepat.

• Sistem pembetungan konvensional di kawasan Kg. Batu Laut (329 buah rumah) dan Kg.

Kundang (317 buah rumah) mestilah digantikan secara berperingkat kepada tangki septik

sebelum disambungkan kepada sistem pembetungan berpusat (Rajah 3.6.10).

iii.

Cadangan Sistem Pelupusan Sisa Pepejal

Kerja-kerja pembuangan sisa pepejal di kawasan rancangan tempatan adalah di bawah tanggungjawab

MDKL dan pihak Alam Flora. Tapak pelupusan sampah yang terletak berhampiran dengan kawasan

rancangan tempatan adalah di Sg. Sedu. Ia mula beroperasi pada tahun 1995 dan dijangka tarikh tamat

tapak pelupusan tersebut ialah pada tahun 2005.

Keluasan tapak pelupusan sampah ini adalah 6.07 hektar. Menjelang tahun 2020, dianggarkan jumlah

penjanaan sisa pepejal meningkat kepada 1.2 kg / orang / hari berbanding 0.9 kg / orang / hari pada

tahun 2005. Jangka hayat tapak pelupusan sampah sedia ada ini adalah dianggarkan dapat bertahan

selama dua tahun sahaja. Di kawasan rancangan tempatan ini, kaedah yang dilaksanakan adalah

menimbus sampah di tapak pelupusan tidak sanitari yang mana ianya merupakan tempat pembuangan.

Antara keburukan teknik ini adalah sistem ini menghasilkan cecair reputan sampah berwarna hitam

pekat dan berbau busuk serta mengandungi pencemar yang boleh memudaratkan sumber air bawah

tanah. Selain itu, ia juga menghasilkan gas rumah hijau yang terdiri daripada gas karbon dioksida dan

metana tanpa kawalan dan terlepas bebas ke alam sekitar.

Oleh yang demikian, satu cadangan pembinaan kompleks ‘waste to energy’ (WTE) akan disediakan di

Felcra Darat Batu dengan keluasan 55 hektar bagi menggantikan kaedah pelupusan sisa pepejal

secara konvensional. Lokasi ini dipilih berdasarkan kawasannya yang jauh daripada pembangunan dan

penduduk. Jadual 3.6.5 di bawah menerangkan secara ringkas ciri-ciri pelupusan sisa pepejal

menggunakan WTE.

Cadangan pembinaan tembok laut batu granit di kawasan

pantai dari Sg. Titip hingga ke Sg. Mesok.

Cadangan pembinaan perangkap sampah pada parit-parit

yang mengalir keluar ke sungai.

Jadual 3.6.5: Penerangan Ciri-Ciri Pelupusan Sisa Pepejal Menggunakan Kompleks WTE

Ciri-ciri

Penerangan

Proses

Pembakaran dibuat menggunakan bahan api diesel.

Loji boleh dilengkapi dengan sistem pengeringan sisa sebelum pembakaran

dan pusat rawatan kumbahan untuk merawat ‘leachate’.

Kelebihan Mampu mengurangkan sisa sehingga 96 – 100%.

Kapasiti dan Kos Pusat pembakaran mini

• 3 – 10 tan / hari / unit.

• RM 5.7 juta

Pusat pembakaran

• 1500 tan / hari / unit

• RM 500 juta – RM 1 billion.

Kesesuaian Memerlukan operator mahir dan separuh mahir untuk mengendalikan loji.

Hasil sampingan Boleh menghasilkan tenaga elektrik.

13% tenaga elektrik yang dihasilkan boleh digunakan semula oleh loji dan

selebihnya boleh dijual.

Di mana teknologi Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura

sedang digunakan .

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.6-16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!