08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 3

Selain itu, guna tanah lain di BP ini ialah hutan seluas 767.27 hektar yang merangkumi hutan darat

(Tambahan Hutan Rizab Kuala Langat Selatan) dan hutan tanah bencah (hutan paya bakau). Guna

tanah kemudahan rekreasi juga merupakan antara guna tanah utama di kawasan rancangan tempatan

iaitu seluas 528.28 hektar yang terdiri daripada pantai (523.22 hektar) dan rekreasi maritim (5.05

hektar).

Pembangunan bercampur seluas 479.43 hektar (5.28%) pula merupakan guna tanah keempat dan

terletak berhampiran Jalan Persekutuan 5. Kawasan ini dikenalpasti akan menerima tekanan

pembangunan yang kuat di masa hadapan. Namun, pembangunan di kawasan ini hanya akan

dijalankan setelah semua pembangunan komited dan cadangan dijalankan.

Guna tanah perdagangan dan perkhidmatan yang disediakan di BP ini adalah seluas 207.71 hektar dan

terdiri daripada perdagangan (57.66 hektar), chalet / resort (83.86 hektar), medan selera (2.76 hektar),

plaza produk desa (3.25 hektar) dan pelancongan agro (60.18 hektar). BP ini juga turut menyediakan

cadangan pembangunan sebuah taman perindustrian dengan keluasan 20.21 hektar yang berperanan

dalam menggalakkan lagi pembangunan perindustrian secara terancang di kawasan rancangan

tempatan.

Tumpuan utama pembangunan di BP ini adalah di BPK 4.2 dan 4.3. BPK 4.2 yang terletak di pesisiran

pantai bermula dari Taman Gadong sehingga Kg. Kundang. Ia merupakan kawasan yang paling

berpotensi untuk dibangunkan kerana tidak mempunyai sebarang pembangunan komited. Perletakan di

pesisiran pantai dan mempunyai aset semula jadi yang kukuh menambahkan lagi potensi BPK ini untuk

dibangunkan. Rancangan tempatan ini telah menetapkan agar BPK ini dibangunkan dengan plaza

produk desa, pusat rekreasi maritim, ‘scenic drive’, chalet / resort, perumahan perkampungan

tradisional, perumahan perkampungan berproduk, perumahan terancang berdensiti sederhana, pusat

penyelidikan bakau dan pusat latihan (Rajah 3.6.3).

BPK 4.3 pula terletak di pintu masuk ke kawasan rancangan tempatan dari Daerah Sepang dan Pekan

Tg. Sepat yang berperanan kuat dalam menjana aktiviti perdagangan dan perindustrian akan

menggalakkan lagi pembangunan di kawasan rancangan tempatan. Antara pembangunan yang

dijalankan di BPK ini adalah perumahan terancang berdensiti sederhana, perumahan perkampungan

tradisional, pertanian, chalet / resort, taman botani dan pelancongan agro.

Secara keseluruhannya, cadangan pembangunan di kawasan rancangan tempatan meliputi semua

aspek pembangunan di samping turut memberi penekanan terhadap program yang sesuai untuk

dijalankan. Kerjasama dari semua pihak dalam membangunkan kawasan ini akan menghasilkan satu

pembangunan terancang yang lebih ideal dan maju berbanding keadaan sedia ada.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.6-2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!