08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS

BAB 3

3.5.3 Cadangan Perdagangan

Sebuah kawasan pusat perniagaan desa seluas 3.45 hektar dicadang dibangunkan di BP 3 (Tg. Dua

Belas). Lokasi yang berhampiran dengan jalan utama ke Kg. Sg. Lang ini akan memberikan kemudah

sampaian yang tinggi bagi penduduk dan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi pembangunan

di kawasan ini dan juga kawasan sekitar.

Perdagangan sedia ada bagi BP ini adalah 19 unit dan berkeluasan sebanyak 1,657.4 meter persegi.

Cadangan penempatan semula kawasan perdagangan sedia ada ini ke kawasan cadangan dijangka

mampu meningkatkan kemudahan bagi penduduk dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan

(Rajah 3.5.5).

3.5.4 Cadangan Pelancongan

Potensi terbaik yang terdapat di BP3 (Tg. Dua Belas) adalah pada pembangunan pelancongan agro

yang berasaskan penduduk setempat iaitu program ‘homestay’ di kampung tradisional yang menarik di

Kg. Sg. Lang. Dari itu, dicadangkan supaya kemudahan ‘homestay’ dan aktiviti pelancongan agro

dianjurkan dan dipromosikan di Kg. Sg. Lang dengan penyertaan sebanyak lebih kurang 20 buah

rumah. Aktiviti-aktiviti yang boleh dirangkumi ke dalam program ‘homestay’ ini termasuklah:

• Kelas memasak makanan Melayu dan permainan tradisional.

• Lawatan ke Bukit Cheeding dan Paya Indah Wetlands.

• Lawatan ke kebun-kebun tempatan, dusun buah-buahan, dan perusahaan lain yang berkaitan

dengan pertanian.

• Lawatan ke tapak-tapak bersejarah di Jugra.

MDKL, ‘Tourism Malaysia’, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan

agensi-agensi lain yang berkenaan hendaklah sentiasa memberikan sokongan padu bagi projek

pelancongan desa ini. Selain itu, projek ini juga memerlukan promosi yang menggalakkan daripada

industri pelancongan dan perjalanan. Agensi pelaksana hendaklah memastikan bahan-bahan maklumat

dan pendidikan bagi sesuatu destinasi itu sentiasa tersedia untuk pengunjung.

Sebagai satu insentif, MDKL perlu mempertimbangkan cadangan untuk mengurangkan bayaran cukai

taksiran kepada peserta. Peraturan baru mengenai kawalan pencemaran dan perlindungan alam sekitar

yang terkandung di dalam Pelan Induk Pelancongan Desa perlu dituruti dan dikuatkuasa. Papan tanda

penunjuk arah perlu dibina oleh JKR di beberapa lokasi yang strategik seperti di Banting. Projek ini perlu

dilaksanakan dalam jangka masa pendek.

iii.

Cadangan Sistem Bekalan Air

Paip-paip ‘asbestos cement’ yang terdapat di Kg. Sg. Lang dan Kg. Sg. Kelambu kini telah berusia

melebihi 20 tahun perlu diganti kepada sistem paip retikulasi dan paip pengagihan berdasarkan saiz

yang dicadangkan seperti Rajah 3.5.6. Ini penting dalam memastikan penyediaan paip yang berkualiti

ini akan dapat mengelakkan sebarang kejadian kebocoran atau masalah karat sehingga menjejaskan

keselesaan penduduk.

3.5.6 Cadangan Landskap

Cadangan landskap jalan utama di BP3 perlu mengambilkira suasana kawasan kedesaan yang meliputi

kawasan pertanian, dusun dan petempatan tradisional (Rajah 3.5.7 dan 3.5.8).

i. Laluan Utama, Rizab Jalan dan Persimpangan

Jalan Negeri B123 tidak mempunyai penanaman landskap di tepi jalan dan ia didominasi oleh

pemandangan kawasan pertanian, dusun dan belukar. Jalan-jalan utama ini memerlukan penyediaan

elemen landskap yang lebih sesuai seperti penanaman pokok yang dapat memisahkan sempadan jalan

dan sempadan kawasan pertanian tanpa menyekat pemandangan yang menarik di kawasan pertanian.

Pendekatan konsep jalan desa dicadangkan di mana landskap ditanam secara informal dengan

mengambilkira jenis pokok asal setempat. Antara pokok cadangan ialah ‘Tamarindus Indicus’ (Asam

Jawa), ‘Hopea Odorata’ (Merawan Siput Jantan) dan ‘Erythrina Variegata’ (Dedap).

ii.

Kawasan Kampung Tradisi

Kg. Sg. Lang dan Kg. Sg. Kelambu di BP3

merupakan kawasan kediaman pertanian

tradisional dan mempunyai aset untuk

menarik ramai pelancong. Kawasan

perkampungan perlu dikekalkan dan

dimajukan. Elemen landskap dan juga

penjagaan perlu ditingkatkan untuk

mengekalkan imej kedesaan dan

mewujudkan persekitaran desa yang cantik,

nyaman dan kemas.

3.5.5 Cadangan Infrastruktur dan Utiliti

i. Cadangan Sistem Saliran dan Perparitan

• Kerja-kerja menaiktaraf dan pembesaran sistem perparitan di Kg. Sg. Lang dan Kg. Sg.

Kelambu perlulah dijalankan untuk menampung aliran sedia ada serta pembangunan baru.

• Sistem reka bentuk saliran dan pengairan hendaklah mematuhi garis panduan manual Saliran

Mesra Alam oleh JPS.

ii.

Cadangan Sistem Pembetungan

Sistem pembetungan konvensional di kawasan Kg. Sg. Lang (289 buah rumah) dan Kg. Sg. Kelambu

(257 buah rumah) mestilah digantikan secara berperingkat kepada tangki septik sebelum disambungkan

kepada sistem pembetungan berpusat. Kebaikan sistem pembetungan berpusat ini adalah

memudahkan pihak IWK untuk mengawalselia, dapat mengurangkan pencemaran air dan bau serta

menjadikan persekitaran kelihatan bersih dan kemas.

Antara langkah-langkah pelaksanaan yang boleh dijalankan adalah:

Gambaran suasana landskap di kawasan desa yang

menonjolkan keindahan dan identiti tersendiri.

• Menggalakkan pembangunan berdensiti sederhana dengan mengekalkan kawasan kehijauan

dusun.

• Menggalakkan penduduk memperkemaskan laman rumah masing-masing.

• Mewujudkan jaluran hijau berangkai bagi kawasan lapang dan elemen-elemen aktiviti landskap

serta rekreasi yang menarik di kawasan kediaman tradisional yang akan menjadi aset tarikan di

kawasan kampung-kampung tradisi.

• Menggalakkan supaya pemilik-pemilik dusun mengamalkan konsep dusun bersih dan terjaga

serta menghapuskan kawasan tanah terbiar.

• Menggalakkan penanaman pokok asal dan tradisi tempatan untuk mewujudkan semula habitat

dan warisan tempatan.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.5-6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!