08.04.2015 Views

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

rancangan tempatan morib - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID I – LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 3

3.9.6 Garis Panduan Khusus Untuk Pemuliharaan Hutan Paya Bakau

Beberapa garis panduan khusus yang disediakan adalah:

i. Cadangan Mewartakan Kawasan Hutan Paya Bakau Sebagai Kawasan Sensitif Alam

Sekitar (KSAS) Negeri Selangor

• Semua kawasan yang mempunyai hidupan hutan paya bakau perlu diwartakan sebagai KSAS

Negeri Selangor bagi memastikan sistem dan ekologi sungai terpelihara.

• Sebarang aktiviti meluruskan jajaran sungai adalah tidak dibenarkan.

• Sebarang aktiviti penebangan hutan paya bakau adalah dilarang sama sekali. Sekiranya ingin

dibangunkan untuk tujuan eko pelancongan dan penyelidikan, perlu mengekalkan hutan paya

bakau atau hanya membangunkan 20 peratus daripada keluasan sesuatu kawasan tersebut

tanpa pemotongan atau penebangan pokok.

ii.

Cadangan Mengekalkan Dan Memulihara Kawasan Hutan Paya Bakau

• Mengklasifikasikan semua kawasan hutan paya bakau kepada beberapa kategori iaitu KSAS

Berisiko Rendah, KSAS Berisiko Sederhana, KSAS Berisiko Tinggi dan KSAS Berisiko Kritikal.

• Menyediakan strategi pengurusan hutan paya bakau yang lebih efektif. Pengurusan akan

dikendalikan oleh PBT dengan bantuan Jabatan Hutan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS) dengan penglibatan penduduk tempatan.

• Kawasan hutan paya bakau yang telah

ditebang dan musnah akibat pencemaran

air perlu ditanam semula. Hanya pokok

yang sesuai dengan habitat di tepi sungai

dan kawasan lembap sahaja akan dipilih

untuk memastikan keadaan semula jadi

kawasan ini terus dipelihara.

• Bagi tujuan penanaman semula, tapak

semaian (nursery) bagi tumbuh-tumbuhan

bakau mesti dibina untuk menghasil benihbenihnya.

Tapak semaian ini mesti

ditempatkan di kawasan paya bakau sedia

ada. Penanaman benih boleh dijalankan

iii.

apabila pokok benih mencapai ketinggian

60 sm hingga 80 sm. Mengikut amalan

penanam pokok bakau di Amerika Selatan,

pembajaan perlu menggunakan beg. Beg

baja dimasuk ke dalam lubang di mana

benih pokok bakau akan ditanam.

Contoh penanaman semula pokok bakau

yang dicadangkan di kawasan rancangan

tempatan.

Cadangan Menjadikan Kawasan Hutan Paya Bakau Sebagai Salah Satu Kawasan

Rekreasi Dan Pelancongan

• Pembangunan yang akan dijalankan mestilah secara minimum dan mengekalkan kehijauan

alam sekitar.

• Hanya aktiviti penyelidikan dan rekreasi pasif dibenarkan dijalankan di kawasan ini tanpa

melibatkan sebarang pembangunan fizikal.

• Kemudahan penginapan (hanya chalet sahaja dibenarkan) dibina berbentuk kluster dan di atas

tiang (on stilt). Pembinaan chalet dibenarkan dengan intensiti rendah. Pembinaan chalet

digalakkan mengikut tema bangunan nusantara melayu ataupun ‘the malay archipelago

traditional architecture’.

• Aktiviti perikanan seperti memancing dan ternakan ikan dalam sangkar boleh diintegrasikan

sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan di samping dapat menambah pendapatan nelayan.

• Pokok yang ditanam di kawasan hutan paya bakau perlulah:

- Mampu menarik unggas dan serangga lain seperti kelip-kelip di kawasan berpaya.

- Mengekalkan hutan paya bakau dan nipah bagi tujuan ekologi dan mengawal hakisan.

- Memilih tanaman yang mudah diselenggarakan dan elakkan dari menggunakan

tanaman yang mempunyai kadar daun gugur yang tinggi seperti ‘Acacia spp’.

• Jalan masuk yang akan digunakan oleh

pelancong hendaklah melalui ‘boardwalk’ atau

dengan menaiki bot. Bot yang digunakan mestilah

mempunyai ciri-ciri binaan tempatan dan

mempunyai kelengkapan keselamatan di tahap

paling tinggi kerana sungai ini agak lebar dan

dalam.

• Terhad kepada ‘boardwalk’ yang dibina di antara

celah-celah pokok-pokok bakau tanpa

merosakkan pokok-pokok bakau tersebut. Binaan

adalah dari jenis kayu tahan cuaca dan

mempunyai reka bentuk tempatan.

• Pembangunan kemudahan fizikal mestilah

berdasarkan kepada pelan tapak.

• Ketinggian bangunan hendaklah tidak melebihi

ketinggian kanopi pokok (tidak melebihi 3 tingkat).

• Pembuangan sampah dan kumbahan di kawasan

hutan paya bakau dilarang sama sekali.

• Pembangunan di kawasan berhampiran hutan paya bakau perlu mengikut anjakan yang telah

ditetapkan. Kawasan penampan selebar 30 m mesti diadakan di antara kawasan

pembangunan dan hutan paya bakau atau mengikut jenis pembangunan.

• Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah yang mesra semula jadi dan melibatkan

penggunaan kenderaan tanpa jentera seperti perahu, sampan, laluan pejalan kaki, jambatan

gantung dan sebagainya.

iv.

Contoh penggunaan ‘boardwalk’ yang sesuai

dibina di hutan paya bakau.

Cadangan Garis Panduan Bagi Aktiviti Tebusguna Tanah Yang Mempunyai Kawasan

Hutan Paya Bakau Atau Terletak Berhampiran Dengan Hutan Paya Bakau

• Kesemua projek yang mempunyai komponen penebusgunaan pantai memerlukan satu kajian

hidraulik untuk menentukan impaknya. Langkah-langkah tebatan yang berkesan juga perlu

dicadangkan untuk mengatasi kesemua impak yang telah dikenalpasti dalam kajian.

• Sekiranya flora di zon pantai terdiri daripada hutan paya bakau, maka penebusgunaan

seharusnya jenis pulau bagi pemeliharaan hutan paya bakau.

• Penekanan perlu diberi terhadap sistem saliran di kawasan pedalaman dan alur-keluar saliran.

Sekiranya sebarang alur keluar baru dicadangkan, maka paip salur-keluar mesti disambungkan

lebih jauh dari MLWS dan ditanam dengan ‘cover’ minimum sedalam 1 m. Sekiranya terdapat

sebarang sungai, alur atau ‘outlet’ saliran bersebelahan dengan kawasan yang ditebusguna,

kesan ‘backwater’ dan banjir di kawasan hulu yang mungkin timbul berpunca daripada

peningkatan paras air akibat halangan yang disebabkan oleh pembangunan berkenaan. Selain

itu, pemendapan di ‘outlet’ perlu dikenalpasti dan seterusnya langkah-langkah tebatan yang

berkesan perlu dikemukakan untuk mengatasi kesemua impak yang telah dikenalpasti.

• Bagi garisan pantai yang ditebusguna, satu anjakan selebar 60 m diukur dari garisan air

pasang perbani (MHWS) menghala ke daratan perlu disediakan. Anjakan ini hendaklah

dilengkapkan dengan jalan servis / jalan masuk untuk kegunaan awam.

Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis 3.9-7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!