13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 1

1.0 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Garis Panduan Pelaksanaan (Jilid II) ini merupakan sebahagian daripada Rancangan Tempatan Morib -

Tg. Sepat dan perlu dirujuk bersama dengan Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis (Jilid I). Secara

keseluruhannya, laporan ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu:

Bahagian 1: Garis panduan pembangunan

• Perumahan

• Perdagangan

• Kemudahan masyarakat

• Projek pemangkin

• Kawasan sensitif alam sekitar

• Perabot jalan

Bahagian 2: Kajian pengukuhan implementasi cadangan rancangan tempatan

• Pengurusan dan pelaksanaan rancangan tempatan

• Pelan pengurusan dan mitigasi sosial

• Penilaian strategik alam sekitar

Bahagian 1 akan memperincikan mengenai garis panduan bagi kawalan pembangunan yang akan

dilaksanakan di kawasan rancangan tempatan. Garis panduan pembangunan ini akan menjadi panduan

dan piawaian yang akan digunakan bagi setiap jenis pembangunan dan meliputi aspek-aspek fizikal dan

perancangan tapak seperti kawalan ketinggian, kepadatan dan reka bentuk.

Bahagian 2 pula menekankan kepada beberapa aspek kajian iaitu:

i. Menjelaskan mengenai cara pelaksanaan dan pengurusan kewangan yang perlu dilakukan oleh

PBPT / PBT dalam memastikan projek-projek yang disediakan dapat dijalankan sepenuhnya

dan seterusnya, mampu menjana peningkatan ekonomi.

ii. Mengenalpasti cara pengurusan terhadap bentuk-bentuk perubahan yang telah dijangka

berlaku sama ada ke atas komuniti, persekitaran, fizikal dan juga ekonomi penduduk. Ia juga

berperanan untuk memberi persediaan kepada PBT dan penduduk tempatan di dalam

menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berlaku akibat cadangan pembangunan yang

telah dirangka.

iii. Menjalankan penilaian berasaskan kepada ciri-ciri strategik alam sekitar yang bertujuan untuk

melindungi dan memperelok alam sekitar agar lebih menjurus kepada penjanaan pembangunan

mampan, seiring dengan pembangunan ekonomi dan sosial bagi kawasan rancangan

tempatan.

Bagi meningkatkan kefahaman pengguna mengenai kaedah penggunaan rancangan tempatan ini, sila

rujuk Rajah 1.1. Rajah ini menjelaskan mengenai isi kandungan dan perkaitan antara Jilid I dan Jilid II

yang bertujuan untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat berkenaan dengan rancangan

pembangunan dan pemajuan yang dicadangkan di kawasan rancangan tempatan. Diharap dengan

adanya garis panduan dan kawalan pembangunan ini yang disokong pula dengan langkah-langkah

implementasi akan menjayakan perancangan di kawasan rancangan tempatan.

Pendahuluan 1-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!