13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 4

i. Impak Positif

iii.

Saranan Tindakan

Cadangan ‘scenic drive’ ini akan memberikan impak yang positif khususnya kepada persekitaran sedia

ada seperti:

• Memberikan imej yang menarik kepada kawasan rancangan tempatan dari aspek kebersihan

dan keindahan persekitaran. Selain itu, memperbaiki persekitaran dan imej kawasan pesisiran

laut yang kini tercemar akibat aktiviti penternakan khinzir kepada sebuah kawasan yang

menarik untuk dikunjungi ramai.

• Mewujudkan keselesaan penghunian kepada penduduk kerana tiada lagi pencemaran akibat

aktiviti penternakan khinzir yang bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara dan air,

malahan pencemaran persekitaran. Ini kerana majoriti aktiviti penternakan khinzir di kawasan

rancangan tempatan diusahakan di kawasan berhampiran laut seperti di Tumbok.

• Penduduk tempatan berpeluang untuk meningkatkan sosio ekonomi menerusi pembabitan

dalam sektor perniagaan kecil, industri pelancongan dan rekreasi.

• Membantu meningkatkan nilai hartanah sedia ada kerana wujudnya aksesibiliti dan ini akan

memberi kebaikan kepada penduduk khususnya penduduk yang mempunyai lot-lot tanah di

kawasan pesisiran laut dan di sepanjang jalan-jalan terbabit.

• Meningkatkan infrastruktur, utiliti dan ameniti di kawasan sekitar kerana cadangan ini akan

menyebabkan kemudahan infrastruktur dan awam akan dipertingkatkan demi menarik

kehadiran pelancong.

• Kualiti kehidupan penduduk akan meningkat menerusi keselesaan penghunian dan adanya

kemudahan infrastruktur dan awam yang lebih baik.

• Memudahkan penduduk tempatan melakukan aktiviti rekreasi dengan penyediaan

kemudahan rekreasi yang mencukupi.

ii.

Impak Negatif

Cadangan ini juga akan menghasilkan beberapa impak negatif seperti:

• Wujudnya perubahan kepada hak milik dan status tanah persendirian kerana proses

pengambilan tanah milik penduduk tempatan perlu dilakukan bagi menjayakan cadangan ini.

Proses pengambilan tanah bagi tanah yang telah mempunyai penempatan akan menyebabkan

‘displacement’ kepada penduduk tempatan dan ini secara tidak langsung akan memberi efek

kepada kehidupan harian penduduk.

• Perubahan terhadap kehidupan harian dan ‘movement pattern’ penduduk sedia ada juga

akan berlaku. Ini kerana kawasan pesisiran pantai akan menjadi tumpuan orang ramai untuk

menjalankan aktiviti riadah sedangkan sebelum ini ia tidak dikunjungi.

• Gejala sosial dijangka akan meningkat seperti melepak dan ‘dating’ di kalangan golongan

muda. Faktor persekitaran yang menarik dan lokasinya yang berhampiran laut akan

menggalakkan kedatangan golongan remaja bagi tujuan tersebut dan keadaan ini tidak dapat

dielakkan.

• Peningkatan kepada aliran trafik yang mengubah bentuk sirkulasi tempatan seterusnya

menimbulkan ketidakselesaan penduduk.

Beberapa tindakan disarankan agar cadangan ini boleh dijalankan tanpa banyak menimbulkan masalah

seperti:

a. Reka Bentuk Elemen di Kawasan ‘Scenic Drive’ Perlu Bersesuaian

Reka bentuk ini perlu dilakukan secara teliti agar ia mampu mengurangkan kecenderungan orang ramai

dari melakukan sebarang bentuk perlakuan jenayah dan sosial antaranya adalah:

• Reka bentuk jalan perlu bersifat mesra pengguna dan tidak berbentuk ‘highway standards’

bagi meningkatkan keselamatan pemandu yang berkunjung ke sini.

• Kemudahan untuk pejalan kaki seperti lintasan pejalan kaki perlu disediakan.

• Direka bentuk agar berkonsep terbuka.

• Penyediaan tempat meletak kenderaan yang mencukupi bagi keselesaan pengunjung.

• Mengelakkan pembinaan wakaf yang bertutup.

• Pemilihan landskap yang bersesuaian seperti tanaman ‘shrub’ yang tidak terlalu rimbun dan

tinggi.

Lain-lain saranan reka bentuk jalan raya adalah:

• Penetapan had kelajuan bersesuaian agar tahap pemanduan yang selamat diaplikasi di sini.

• Memastikan aras jalan dapat menimbulkan kesan ‘scenic’ kepada pemandu.

• Menggunapakai aplikasi ‘traffic calming’ seperti ‘kerb’, ‘chicane’, ‘constriction’, ‘speed table’

dan lain-lain.

• Keperluan bagi golongan cacat juga tidak diabaikan menerusi penggunaan ‘ramp’, ‘railing’

dan ‘detectable block’ di persimpangan atau di median jalan yang bersesuaian.

b. Menangani Gejala Sosial Dan Jenayah Secara Bersama Serta Menerusi Penguatkuasaan

Penduduk tempatan perlu bersama-sama berganding bahu dengan PBT dalam kerja-kerja

penguatkuasaan agar gejala sosial ini tidak akan menjejaskan imej kawasan rancangan tempatan

sebagai kawasan pelancongan. Beberapa perkara perlu ditekankan adalah:

• Mewujudkan kerjasama bersepadu daripada pelbagai pihak seperti polis, JAIS dan persatuan

penduduk atau JKKK khususnya penduduk tempatan. Penduduk tempatan perlu mengambil

bahagian di dalam penguatkuasaan dengan menjadi ‘mata dan telinga’ kepada PBT yang

efektif. Jika penduduk tempatan khususnya golongan warga tua diberi tanggungjawab ini, maka

mereka akan lebih prihatin. Golongan remaja juga akan lebih malu untuk melakukan perbuatan

yang tidak sopan. Ini secara tidak langsung akan menghindarkan remaja tempatan dari

menimbulkan masalah jenayah atau sosial di sini.

• Melakukan rondaan (oleh pihak polis).

• Menyediakan Pelan Kontigensi bagi menangani gejala sosial semasa seperti merangka

pelbagai program dan aktiviti yang membabitkan penggunaan kawasan pesisiran laut secara

maksimum sebagai lokasi pelbagai aktiviti berfaedah seperti program sukan dan ‘camping site’

(seperti program Rakan Muda).

PBT, Kementerian Belia dan Sukan serta MTPN perlu bekerjasama di dalam merangka program dan

aktiviti yang bersesuaian agar matlamat menangani gejala sosial dan jenayah akan tercapai. Dengan

adanya kerjasama penguatkuasaan dan program seperti ini diharap kecenderungan para pengunjung

khususnya golongan remaja di dalam melakukan perbuatan jenayah atau sosial akan berkurangan.

Pelan Pengurusan dan Mitigasi Sosial 4-5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!