13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 2

...sambungan

ix. Kemudahan-kemudahan

yang disediakan adalah

yang berbentuk semula jadi

dan

melibatkan

penggunaan kenderaan

tidak berjentera seperti

perahu dan sampan.

x. Tambakan tanah

• Kaedah ini melibatkan tambakan tanah untuk pembinaan aras

‘platform’ kawasan pembangunan.

• Tambakan tanah hanya boleh dilakukan bagi kawasan yang

terletak bersebelahan jajaran ban / tali air sedia ada.

• Kawasan tambakan akan menyediakan kemudahan-kemudahan

utama yang diperlukan untuk menyokong aktiviti yang

dibenarkan di zon hutan bakau seperti tempat letak kereta dan

sebagainya.

Ban

Kawasan

pembangunan

Sampan yang digunakan untuk ke kawasan

hutan paya bakau.

Hutan paya

bakau (100m)

• Keluasan kawasan untuk pembinaan ‘platform’ / tambakan

hendaklah diminimumkan iaitu bagi memenuhi keperluan

pembinaan struktur bangunan dan penyediaan tapak.

Penambakan yang berlebihan daripada keperluan minimum

adalah tidak dibenarkan.

• Bagi kawasan selain dari kawasan dibenar tambakan, iaitu zon

hutan paya bakau, pembangunan / aktiviti guna tanah yang boleh

dibenarkan terhad kepada aktiviti rekreasi dan pelancongan

berimpak rendah.

• Akses ke kawasan zon hutan paya bakau hanya menggunakan

‘boardwalk’ di atas tiang yang dibina di antara celah-celah

kelompokan pokok bakau.

• Sumber tanah untuk tambakan pembangunan hendaklah

diperolehi daripada luar. Pengambilan tanah untuk kerja-kerja

tambakan dari kawasan hutan paya bakau adalah tidak

dibenarkan.

Tebing sungai

Sungai

ALAM SEKITAR (sambungan)

xi. Akuakultur

• Tapak akuakultur:

- Tapak akuakultur hendaklah berdekatan dengan jalan

utama atau jalan berstruktur baik.

- Hendaklah berdekatan atau mempunyai sumber elektrik dan

air bagi memudahkan aktiviti pemprosesan ternakan

dijalankan.

- Berhampiran dengan pusat telekomunikasi.

- Tapak akuakultur juga perlu mempunyai sistem pam yang

lengkap.

- Penebangan pokok di kawasan ladang hendaklah

diminimumkan.

- Zon penanaman perlu disediakan bagi kawasan yang

berhampiran dengan sungai atau lain badan perairan.

- Elakkan hakisan dan pencemaran sumber air semasa

pembinaan kolam.

- Elakkan cara pembinaan yang memberi kesan negatif

kepada alam sekitar.

• Kolam akuakultur:

- Memastikan aktiviti penternakan dijalankan menggunakan

kolam khas yang dikorek. Pembinaan sangkar di atas

permukaan sungai adalah dilarang.

- Penebangan pokok hutan paya bakau adalah dilarang.

- Penggalian perlu dikawal pada tahap minimum terutama

bagi kawasan berasid sulfat, mengelakkan hakisan dan

pencemaran sumber air.

- Mempunyai saluran yang baik ke kolam takungan untuk

memproses air kolam.

- Saiz kolam di antara 0.3 - 1 hektar.

- Mestilah mengikuti garis panduan daripada Jabatan

Perikanan.

- Air kolam akuakultur mestilah mengandungi oksigen yang

mencukupi dengan mengikuti garis panduan Jabatan

Perikanan. Kolam akuakultur juga perlu mempunyai paras

air yang mengandungi garam. Larutan oksigen perlu

mengikut paras dan sukatan berdasarkan garis panduan

daripada Jabatan Perikanan.

• Zon penampan:

- Bagi setiap kawasan tapak kolam akuakultur, jarak zon

penampan yang perlu disediakan ialah 30 meter lebar.

- Jika tapak kolam akuakultur berdekatan dengan hutan paya

bakau, zon penampannya adalah 100 meter.

- Jika tapak kolam tersebut berhampiran dengan kawasan

pesisiran pantai, zon penampan yang perlu disediakan ialah

100 meter manakala 50 meter bagi kawasan kolam yang

berdekatan dengan sungai.

• Sistem kumbahan air kolam akuakultur:

- Saliran bagi air kolam akuakultur untuk pencucian dan

pertukaran hendaklah jauh dari kawasan hutan paya

bakau.

- Aktiviti ternakan akuakultur memerlukan sistem air masuk

dan keluar yang berasingan serta penyediaan kolam

takungan rawatan air untuk pengaliran air dan bahan

buangan ke kolam pemendapan 72 jam sebelum

dilepaskan ke alur air berhampiran.

xii. Khinzir

• Ladang khinzir tidak dibenarkan melepaskan sisa mentah atau

air buangan yang tidak diolah secara terus ke sungai atau laut

untuk mengelakkan pencemaran yang akan menjejaskan

hutan paya bakau.

• Saliran atau perparitan berasingan mesti dibina untuk aliran air

hujan dan air buangan khinzir daripada setiap kandang.

• Air buangan khinzir mesti disalurkan melalui parit konkrit atau

‘lined drain’ atau paip yang mesti sentiasa dicuci supaya tidak

tersumbat.

• Semua bahan sisa yang dibawa keluar perlulah dibuang di

kawasan khas yang disediakan.

Bersambung...

Garis Panduan Kawalan Pembangunan 2.6-3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!