13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

iii.

Saranan Tindakan

4.3.8 CADANGAN MEMBINA MEDAN SELERA (MS)

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 4

a. Menyediakan Perumahan Berdasarkan Kepada Unjuran Permintaan Dan Keperluan

Semasa Serta Di Lokasi Tertentu

Cadangan untuk menyediakan perumahan perlu mengambil kira kuasa membeli penduduk tempatan

yang agak terhad. PBT perlu mengutamakan penyediaan perumahan kos sederhana dan rendah

berdasarkan kepada unjuran permintaan dan keperluan semasa bagi memberi peluang kepada

penduduk tempatan memiliki kediaman sendiri. Selain itu, perkara-perkara berikut juga perlu

dipertimbangkan oleh PBT dan REHDA sebelum melaksanakan cadangan ini iaitu:

• Menyediakan unit perumahan yang mencukupi berdasarkan permintaan dan pasaran

semasa.

• Mengkaji profil demografi dan sosio ekonomi penduduk mengikut unjuran agar dapat

menentukan tahap keupayaan membeli di kalangan penduduk tempatan.

• Menyediakan perumahan-perumahan di lokasi bersesuaian, yang mempunyai permintaan

dan keperluan yang sebenar.

b. Pembahagian Unit-unit Perumahan Kos Rendah Perlu Melalui Sebuah Jawatankuasa

Khusus Yang Ditubuhkan

Pembahagian unit-unit perumahan kos rendah perlu melalui sebuah jawatankuasa khusus yang

ditubuhkan dan dianggotai oleh kementerian tertentu seperti JKM, KPN, KKLW dan JKKK kawasan

terbabit. Ia perlu dilakukan secara telus dan permohonannya perlu disokong oleh semua ahli yang

menjadi ahli jawatankuasa khusus tersebut. Pemberian milik perumahan terbabit juga perlu diutamakan

kepada penduduk tempatan yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal, penduduk asal dan

golongan pesara yang belum memiliki kediaman sendiri. Jika masih terdapat lebihan unit-unit

perumahan, baru ia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan yang berminat.

c. Menyediakan Perumahan Yang Dikehendaki Oleh Penduduk Tempatan Berdasarkan

Bancian Yang Telah Dilakukan

PBT dan REDHA perlu peka dengan permintaan penduduk tempatan yang inginkan jenis

perumahan bukan strata berbanding perumahan strata. Maklumat ini diperolehi semasa sesi bancian

kaji selidik sosial yang telah dilakukan sebelum ini. Oleh itu, disarankan agar PBT dan pemaju lebih

menumpukan pembangunan perumahan jenis ini pada masa akan datang berbanding perumahan jenis

pangsa. Selain itu, aspek kualiti, keselesaan dan reka bentuk juga perlu diambilberat oleh pihak pemaju.

d. Konsep ‘Bina Dulu Baru Jual’ Perlu Dipraktikkan

Konsep ini akan membantu penduduk tempatan membuat keputusan yang bijak tentang pembelian unit

kediaman. Antara kebaikan penggunaan konsep ini ialah:

• Penduduk tempatan berpeluang untuk menyimpan duit untuk membeli kediaman yang

bersesuaian dengan kemampuan mereka.

• Penduduk tempatan juga berpeluang untuk melihat dan menilai terlebih dahulu sebelum

membuat keputusan untuk membeli sesebuah kediaman.

• Membantu penduduk membuat pilihan kediaman kerana mereka sukar memahami spesifikasi

yang digambarkan di dalam pelan.

Cadangan membina medan selera ini dicadangkan di Kanchong Laut dan Batu Laut. Ia menempatkan

gerai-gerai, ruang lapang, tempat letak kereta dan kemudahan beristirehat seperti bangku, gazebo,

teduhan dan laluan pejalan kaki yang selesa untuk kemudahan para pengunjung.

i. Impak Positif

Cadangan ini dijangka akan memberikan beberapa impak positif kepada penduduk tempatan iaitu:

• Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk berkecimpung di dalam bidang

perniagaan. Ini termasuklah membesarkan perniagaan sedia ada atau memulakan perniagaan

baru dengan dilengkapi kemudahan yang serba lengkap.

• Meningkatkan sosio ekonomi penduduk tempatan kerana terbabit di dalam bidang

perniagaan makanan yang sememangnya memberi pulangan segera yang setimpal dan

lumayan. Lokasi medan selera ini akan menjadi satu faktor tarikan kepada pengunjung lalu

memberi kebaikan dan keuntungan kepada para peniaga tempatan.

• Penyediaan kawasan khusus untuk pembinaan medan selera ini akan melahirkan persekitaran

gerai yang lengkap dan mampu menarik perhatian pengunjung. Keadaan ini mampu

menarik perhatian pengunjung kerana kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini adalah

lengkap dan memberi manfaat kepada para peniaga tempatan.

ii.

Impak Negatif

• Perubahan kepada hak milik tanah tempatan juga akan berlaku kerana cadangan ini akan

dibina di atas tanah milik penduduk tempatan. Penduduk berkenaan akan kehilangan pemilikan

tanah dan ini sangat merugikan daripada aspek pemilikan tanah tempatan.

• Perubahan terhadap kehidupan harian dan ‘movement pattern’ penduduk sedia ada juga

akan berlaku. Dengan adanya cadangan ini, kawasan terbabit akan menjadi fokus penumpuan

penduduk khususnya di hari cuti umum dan cuti hujung minggu. Kehadiran orang ramai akan

menyesakkan dan ini menyebabkan perubahan terhadap kehidupan harian penduduk tempatan.

• Gejala sosial dan jenayah dijangka akan meningkat dan menyukarkan kehidupan penduduk

tempatan. Gejala sosial dan jenayah yang dimaksudkan adalah seperti budaya melepak,

mengganggu orang awam, membuat bising, ‘dating’, kecurian dan lain-lain. Kehadiran

pengunjung yang ramai juga akan menarik perhatian pencuri untuk melakukan jenayah.

iii.

Saranan Tindakan

• Peluang perniagaan yang adil kepada semua penduduk - PBT perlu memastikan agar

peluang-peluang perniagaan ini dapat diberi dan diagihkan secara adil kepada penduduk

tempatan.

• Reka bentuk medan selera perlu menggambarkan budaya tempatan dan mesra pengguna

- PBT perlu menekankan kepada aspek reka bentuk tempatan bagi mewujudkan kelainan dan

menarik kehadiran pengunjung asing dan tempatan. Reka bentuk medan selera juga perlu

berkonsep terbuka dan mempunyai imej tradisional. Perletakan dan susunatur medan selera

juga harus mengambil kira keselesaan pengguna.

KPKT perlu bekerjasama dengan REDHA dan PBT agar konsep ini dapat digunapakai di kawasan

rancangan tempatan.

Pelan Pengurusan dan Mitigasi Sosial 4-10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!