13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 2

2.7 GARIS PANDUAN PERABOT JALAN

Penyediaan perabot jalan di kawasan rancangan tempatan merupakan intipati penting dalam

membentuk imej dan identiti perbandaran. Perabot jalan ini juga berperanan dalam membentuk sistem

sirkulasi jalan dan laluan pejalan kaki yang lebih efektif dan selesa untuk digunakan.

Elemen-elemen perabot jalan di kawasan rancangan tempatan perlu diterapkan dengan konsep

pelancongan pesisiran pantai dan semula jadi. Bagi memperkukuhkan lagi projek-projek pemangkin

pembangunan yang akan dijalankan di kawasan rancangan tempatan, elemen perabot jalan yang

terancang perlulah disediakan agar mampu berperanan dengan sepenuhnya dalam menggalakkan

kedatangan pelancong. Ini bersesuaian dengan hala tuju pembangunan di kawasan rancangan

tempatan sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri.

Garis panduan ini menjelaskan mengenai 8 elemen perabot jalan yang diguna pakai di kawasan

rancangan tempatan iaitu:

i. Laluan pejalan kaki

ii. Lampu

iii. ‘Bollard’

iv. Gazebo

v. Perhentian bas

vi. Papan tanda

vii. Kiosk

viii. ‘Ramp’ dan ‘handrail’

Ciri-ciri penyediaan yang diberi penekanan utama di dalam garis panduan ini adalah:

i. Perletakan (merangkumi aspek keselesaan dan keselamatan)

ii. Saiz, bahan (merangkumi aspek kos) dan warna

iii. Reka bentuk, imej dan identiti

iv. Penyelenggaraan

Elemen perabot jalan seperti laluan pejalan kaki, gazebo, landskap lembut dan kejur serta lampu mampu untuk meningkatkan

kualiti visual di kawasan rancangan tempatan.

Penerapan elemen perabot jalan sedia ada dan penambahan kepadanya perlu berdasarkan kepada ciriciri

dan kekuatan imej yang terdapat di kawasan rancangan tempatan. Sebagai contoh, penyediaan

elemen laluan pejalan kaki di Pantai Morib perlu mempunyai ciri-ciri laut dan pantai.

Antara kemudahan yang sesuai disediakan di pesisiran pantai adalah laluan pejalan kaki, papan tanda, tong sampah dan bangku.

Kemudahan ini akan memberikan keselesaan kepada pengguna dan menggalakkan kedatangan pelancong ke kawasan

rancangan tempatan.

Kajian telah mendapati beberapa elemen perabot jalan yang dirasakan perlu dan penting untuk diambil

berat di dalam setiap pembangunan di dalam kawasan rancangan tempatan. Ini kerana elemen-elemen

tersebut merupakan satu titik fokus yang boleh dijadikan tumpuan orang ramai terhadap imej bandar

melalui reka bentuknya yang menarik, selamat dan efektif.

Garis Panduan Kawalan Pembangunan 2.7-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!