13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.3 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN

iii.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II - LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

Pembangunan medan selera dan pusat makanan

BAB 2

Untuk menggalakkan aktiviti perdagangan di kawasan rancangan tempatan ini, terdapat 3 jenis kawasan

perdagangan baru yang dicadangkan untuk mempelbagaikan aktiviti perdagangan iaitu:

i. Pembangunan kawasan perdagangan baru yang berbentuk teres, berkelompok dan plaza

Pembangunan medan selera dan pusat makanan ini bertujuan untuk menyediakan kawasan khas yang

menjadi tumpuan pengunjung dalam menikmati hidangan berasaskan makanan laut. Pelbagai reka

bentuk medan selera dan pusat makanan yang akan dibangunkan di kawasan ini antaranya ialah

restoran terapung dan medan ikan bakar. Pembangunan ini yang terletak di pesisiran pantai akan

memberikan satu pemandangan dan suasana yang segar dan nyaman kepada pengunjung.

Kawasan perdagangan baru ini akan dibangunkan secara terancang dan disediakan dalam pelbagai

bentuk iaitu teres, gerai berkelompok dan plaza. Selain itu, dataran dan ruang berniaga secara terbuka

juga disediakan bagi menggalakkan aktiviti penjajaan dengan lebih terancang. Penyediaan kemudahan

perdagangan ini akan dapat menempatkan semula kawasan perdagangan yang kini berselerak dan

berkeadaan uzur. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan potensi pembangunan di kawasan ini

dan seterusnya menyokong kepada pembangunan berteraskan pelancongan.

Beberapa reka bentuk medan selera yang mampu menarik kedatangan pengunjung ke kawasan rancangan tempatan.

Garis panduan perdagangan ini disediakan dalam enam peringkat (Jadual 2.3.1) iaitu:

Reka bentuk plaza dan dataran yang sesuai untuk dibina di kawasan rancangan tempatan.

ii.

Penyediaan kemudahan chalet / resort

Kawasan rancangan tempatan yang terletak di pesisiran pantai akan disediakan dengan kemudahan

penginapan berbentuk chalet / resort yang tidak melebihi 1 tingkat. Ini adalah bertujuan untuk tidak

menghalang pemandangan terus ke arah laut. Chalet / resort ini disediakan adalah untuk memberikan

kemudahan kepada pengunjung yang datang ke kawasan rancangan tempatan. Tema tradisional dan

suasana desa merupakan imej utama yang akan ditonjolkan oleh reka bentuk chalet / resort.

i. Piawaian pembangunan

ii. Reka bentuk bangunan

iii. Landskap dan pengindahan

iv. Rekreasi

v. Alam sekitar

vi. Kemudahan jalan raya dan laluan pejalan kaki

Rajah 2.3.1 menunjukkan dengan jelas mengenai lokasi dan aktiviti perdagangan yang akan dijalankan

di kawasan rancangan tempatan.

Penerapan elemen semulajadi di kawasan chalet akan meningkatkan keindahan dan daya tarikan kawasan rancangan tempatan.

Garis Panduan Kawalan Pembangunan 2.3-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!