13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

iii.

Saranan Tindakan

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

4.3.12 CADANGAN MEWUJUDKAN TAMAN BOTANI (TB) DAN PELANCONGAN AGRO (PA)

BAB 4

• Keutamaan kepada penduduk tempatan bagi mengisi peluang-peluang pekerjaan

berasaskan kemampuan yang ada, dan

• PBT perlu memastikan agar penduduk tempatan boleh mengambil bahagian secara aktif di

dalam pembangunan ini. Penyediaan buruh tempatan yang terlatih di mana latihan perlu

diberikan dan disasarkan kepada golongan guna tenaga aktif tempatan.

Jabatan Tenaga Manusia dan MLVK yang bertanggungjawab melatih dan membekalkan tenaga kerja

agar mampu memenuhi keperluan tenaga kerja tempatan perlu bersama-sama membantu agar

cadangan ini berjaya.

4.3.11 CADANGAN MEMBINA KEMUDAHAN PENDIDIKAN (PK)

Kemudahan pendidikan yang dicadangkan adalah MRSM atau sekolah berasrama penuh yang akan

dibina di Kg. Batu Laut. Keperluan kepada pendidikan di tahap menengah ini adalah amat ketara

berdasarkan maklum balas yang diperolehi semasa sesi FGD diadakan. Cadangan ini sebenarnya

menepati kehendak dan keperluan pendidikan di tahap menengah di kalangan penduduk tempatan.

Buat masa ini, hampir kesemua kemudahan pendidikan yang baik hanya diperolehi dari bandar terdekat

iaitu di Bandar Banting.

i. Impak Positif

Cadangan ini dilihat akan memberi lebih banyak impak positif iaitu:

• Memberi kemudahan pendidikan kepada penduduk tempatan khususnya para pelajar dan

memudahkan mereka mendapatkan kemudahan pendidikan.

• Keperluan dan kepekaan kepada pendidikan akan meningkat. Penduduk tempatan

khususnya ibu bapa akan lebih peka terhadap kepentingan pendidikan anak-anak mereka

sementara golongan pelajar pula akan lebih terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh.

• Kehadiran para pelajar dari seluruh Malaysia di sini akan mempelbagaikan aktiviti di kawasan

rancangan tempatan.

Sebuah taman botani (39.94 hektar) dan pelancongan agro (60.18 hektar) di Kg. Tumbok Laut akan

dibina berhadapan dengan pesisiran pantai di Kg. Tumbok Laut yang dilengkapi dengan kawasan

pertanian, chalet / resort, tempat letak kereta, taman rekreasi, pusat interpretif pelawat dan bilik

pameran interaktif. Kedua-dua cadangan ini akan diulas secara bersama kerana impak yang dijanakan,

lokasi cadangan serta saranan tindakan yang diusulkan juga adalah bersamaan antara satu sama lain.

i. Impak Positif

Cadangan ini dilihat lebih menjurus kepada penghasilan impak positif memandangkan keadaan

persekitaran Kg. Tumbok Laut yang kini dicemari akibat aktiviti penternakan khinzir. Dengan adanya

cadangan ini, maka kawasan persekitaran Kg. Tumbok Laut yang dahulunya tercemar dan menjejaskan

alam sekitar semula jadi akan berubah menjadi bertambah baik. Antara impak positif yang lain adalah

seperti:

• Mewujudkan keselesaan penghunian kepada penduduk tempatan kerana kawasan

persekitaran di Kg. Tumbok Laut akan berubah menjadi bertambah baik dari aspek pencemaran

alam sekitar. Penduduk tempatan sebenarnya tidak menyenangi aktiviti ternakan khinzir ini

diusahakan tetapi tiada pilihan lain kecuali berdiam diri sejak sekian lama. Dengan adanya

cadangan ini, maka tahap keselesaan penduduk tempatan dapat dipertingkatkan sebagaimana

yang dikehendaki oleh mereka.

• Memulihkan kembali keadaan pesisiran pantai yang tercemar. Aktiviti penternakan khinzir

yang dijalankan telah menyebabkan kawasan pesisiran pantai tercemar dengan teruk. Adalah

diharap menerusi cadangan ini, maka keadaan yang tercemar tersebut dapat dipulihkan

kembali dan mengembalikan imej kawasan rancangan tempatan sebagai salah satu destinasi

pelancongan yang menarik.

• Cadangan ini akan meningkat sosio ekonomi penduduk kerana ia memperbaiki mutu alam

sekitar dan secara tidak langsung menarik perhatian para pelabur untuk melabur di kawasan ini.

• Imej kawasan Tumbok Laut akan bertambah baik berbanding keadaan sedia ada yang lebih

dikenali dengan aktiviti ternakan khinzir.

• Meningkatkan jumlah kemasukan pelancong ke kawasan ini serta menguntungkan

penduduk tempatan dan sosio ekonomi kawasan rancangan tempatan secara keseluruhannya.

ii.

Impak Negatif

ii.

Impak Negatif

• Perubahan kepada hak milik tanah persendirian akan berlaku di mana cadangan ini akan

melibatkan tanah milik penduduk tempatan. Proses pengambilan tanah penduduk tempatan

akan merugikan mereka dari aspek status pemilikan tanah. Oleh itu penilaian tanah yang wajar

perlu dibuat agar tetuan tanah tidak mengalami kerugian.

• Ketidakselesaan kepada penduduk tempatan akibat kehadiran pelajar yang dikhuatiri akan

memberi kesan kepada penduduk tempatan dari aspek sosio budaya tempatan. Ini kerana

pelajar yang tinggal jauh dari keluarga sukar untuk dikawal pergerakan dan kelakuan mereka.

• Gejala sosial dijangka akan meningkat antaranya budaya ‘dating’ di kalangan pelajar yang

dikhuatiri akan menjadi ikutan remaja tempatan.

iii.

Saranan Tindakan

Kementerian Pendidikan Negeri perlu menangani beberapa masalah khususnya yang membabitkan

perlakuan para pelajar yang menetap di asrama seperti membuat bising dan mengganggu penduduk

sekitar. Diharap para pelajar akan menggunakan perletakan kawasan rancangan tempatan yang ideal

iaitu berhampiran dengan Pantai Morib untuk melakukan aktiviti riadah yang baik bagi kecergasan

minda dan fizikal mereka.

Sementara itu, terdapat juga impak negatif yang dikenalpasti iaitu:

• Perubahan kepada hak milik tanah persendirian akan berlaku kerana kedua-dua cadangan ini

membabitkan tanah milik penduduk tempatan. Penduduk tempatan akan kehilangan hak milik

tanah.

• Para pengusaha dan pekerja akan kehilangan pekerjaan dan terpaksa beralih ke sektor

ekonomi yang lain bagi menyara kehidupan mereka. Kawasan cadangan ini sebenarnya

sejak sekian lama telah digunakan untuk menjalankan aktiviti penternakan khinzir oleh

penduduk tempatan. Apabila cadangan ini dibangunkan, maka tiada lagi aktiviti penternakan

khinzir di sini dan para pengusaha dan pekerja terpaksa mencari lokasi lain yang bersesuaian

atau beralih ke bidang ekonomi yang lain.

• Setelah cadangan ini dibangunkan, perubahan terhadap kehidupan harian dan

‘movement pattern’ penduduk sedia ada akan berlaku. Ini kerana kawasan ini akan menerima

kehadiran ramai pelancong selain para pekerja yang menyebabkan kesibukan berbanding

keadaan sebelum ini.

Pelan Pengurusan dan Mitigasi Sosial 4-12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!