13.04.2015 Views

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

morib – tg. sepat - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rancangan Tempatan

MORIB – TG. SEPAT

2002-2020

JILID II – LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

BAB 4

iii.

Saranan Tindakan

ii.

Impak Negatif

PBT dan JAS perlu memantau pelaksanaan aktiviti pembangunan di sini dan kajian EIA perlu

dilakukan bagi mengenal pasti impak kepada persekitaran tempatan khususnya kepada cadangan

pelancongan agro. Dicadangkan agar PBT mewartakan taman botani ini sebagai sebahagian kawasan

rekreasi agar ianya tidak diceroboh atau berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya berlaku di sini.

Pengawasan dan penguatkuasaan perlu dilakukan dari masa ke semasa agar taman botani ini tidak

disalahguna sehingga mengganggu persekitaran semula jadi oleh mana-mana pihak yang tidak

bertanggungjawab. Kawalan pembangunan perlu dipertingkatkan dan mesti mematuhi ‘use class order’

yang tersedia. Selain itu, pengunjung juga perlu didedahkan dengan aspek ‘pengetahuan dan

kesedaran’ agar faedah bersama diperolehi iaitu:

• Pengunjung perlu ditawarkan pengalaman yang boleh mencetuskan kesedaran seperti

mengadakan sambutan Hari Bumi dan Hari Alam Sekitar Sedunia dan lain-lain.

• Keuntungan yang diperolehi daripada pelancongan ini akan digunakan untuk tujuan

pemuliharaan dan penyelidikan saintifik.

4.3.13 CADANGAN MEWUJUDKAN DATARAN AWAM (DA) DAN TAMAN TEMA (TT)

Cadangan ini adalah berkenaan dengan mewujudkan dataran awam seluas 6.70 hektar dan taman tema

seluas 18.90 hektar di Pantai Morib. Kedua-dua cadangan ini bertujuan untuk meningkatkan dan

memperkukuhkan aktiviti pelancongan sedia ada di Pantai Morib. Ia akan dilengkapi dengan padang

bola, gelanggang bola jaring, gelanggang badminton dan tenis. Dengan adanya cadangan ini, maka

kawasan rancangan tempatan mempunyai sebuah kawasan yang lengkap untuk penduduk tempatan

menjalankan aktiviti rekreasi sama ada aktif atau pasif. Cadangan ini juga dilihat akan mampu menarik

lebih ramai pengunjung ke Pantai Morib di masa akan datang. Kedua-dua cadangan ini akan diulas

secara bersama kerana impak yang dijanakan, lokasi cadangan dan saranan tindakan yang diusulkan

juga adalah bersamaan antara satu sama lain.

i. Impak Positif

Setelah dianalisis, didapati bahawa cadangan ini bertepatan dengan kehendak penduduk tempatan

selain mempunyai beberapa impak positif yang telah dikenalpasti iaitu:

• Memberi kemudahan kepada penduduk tempatan menjalankan aktiviti rekreasi. Kawasan

rancangan tempatan tidak mempunyai kawasan khusus untuk penduduk tempatan melakukan

aktiviti rekreasi. Dengan adanya cadangan ini, penduduk tempatan khususnya golongan muda

dapat melakukan pelbagai aktiviti berfaedah seperti rekreasi bagi mengisi masa lapang atau

untuk kecerdasan minda dan fizikal mereka.

• Kemasukan para pelancong dan pelawat akan menguntungkan penduduk tempatan kerana

para pelancong akan memperuntukkan sejumlah kewangan untuk membeli belah, penginapan,

makanan dan ini secara tidak langsung akan membantu meningkatkan sosio ekonomi penduduk

tempatan.

• Cadangan ini juga dijangka akan memperkukuhkan institusi kekeluargaan di kawasan

rancangan tempatan kerana penduduk tempatan berpeluang melakukan aktiviti beriadah

bersama keluarga dengan kos yang rendah dan menjimatkan.

• Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengisi peluang pekerjaan baru atau

menceburi bidang perniagaan yang akan membantu memantapkan ekonomi masing-masing.

Sementara itu, terdapat juga impak negatif yang dikenalpasti iaitu:

• Perubahan kepada hak milik tanah tempatan akan berlaku. Proses pengambilan tanah

penduduk tempatan ini akan merugikan mereka dari aspek status pemilikan tanah. Oleh itu

penilaian tanah yang wajar perlu dibuat agar tetuan tanah tidak mengalami kerugian.

• Perubahan terhadap kehidupan harian penduduk sedia ada kerana apabila cadangan ini

dilaksanakan, kawasan terbabit akan menjadi tumpuan orang ramai khususnya di hujung

minggu dan hari cuti umum.

• Gejala sosial dijangka akan meningkat kerana kedua-dua cadangan ini mampu menarik

perhatian golongan muda berkunjung ke sini. Gejala sosial yang dimaksudkan adalah seperti

melepak dan ‘dating’ di kalangan golongan muda. Faktor persekitaran yang menarik akan

menggalakkan kedatangan golongan remaja tempatan dan dari kawasan sekitar bagi tujuan

tersebut dan keadaan ini tidak dapat dielakkan.

iii.

Saranan Tindakan

PBT perlu memastikan agar cadangan ini akan mematuhi tiga garis panduan umum yang berkaitan

dengannya iaitu:

• Perintah Kualiti Alam Sekeliling.

• Garis Panduan Landskap Negara.

• Garis Panduan Pemeliharaan Topografi Semula jadi Dalam Perancangan Dan Pembangunan

Fizikal.

Kedua-dua cadangan di atas adalah perlu berasaskan kepada konsep ‘pengetahuan dan hiburan’ di

mana PBT perlu memastikan agar pengunjung akan dapat pengetahuan yang berfaedah selain berlibur

di sini. Antara perkara-perkara yang boleh dilaksanakan oleh PBT, Jabatan Pertanian Negeri dan MTPN

adalah:

• Pengunjung perlu ditawarkan pengalaman yang boleh mencetuskan kesedaran seperti

mengadakan sambutan Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan lain-lain. Program seperti ini

akan mewujudkan kesedaran dan kecintaan pengunjung kepada kelebihan yang terdapat di

sini. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap perbuatan dan tingkah laku mereka di

taman ini.

• Keuntungan yang diperolehi daripada pelancongan ini akan digunakan untuk tujuan

pemuliharaan dan penyelidikan saintifik.

PBT dan JAIS boleh bekerjasama di dalam menangani gejala sosial yang dijangka meningkat akibat

kedua-dua cadangan di atas. Gejala sosial yang akan meningkat dan perkara ini perlu dititikberatkan

agar perlaksanaan cadangan pembangunan ini tidak terhalang hanya kerana masalah tersebut. Selain

itu, lain-lain keperluan dan saranan yang perlu dipatuhi adalah:

• Kadar masuk yang dikenakan ke atas pelawat perlu bersesuaian agar penduduk tempatan

berpeluang menikmati pembangunan ini.

• Menyediakan kemudahan untuk golongan tua dan golongan kurang upaya.

Pelan Pengurusan dan Mitigasi Sosial 4-13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!